Sunday, March 25, 2012

Makam para pejuang Turki di Aceh (Tombs of Turkish fighters in Aceh)

Bersambung dari Masjid Turki di Bitai (The Turkish mosque in Bitai).
Continued from Masjid Turki di Bitai (The Turkish mosque in Bitai).


Di sebelah masjid terdapat satu kawasan lapang.
Besides the mosque there is an open area.


Ada papan tanda menyebutnya sebagai makam Tengku di Bitay (juga dieja Bitai).
There's a signage mentioning it as the tomb of Tengku di Bitay (also spelt Bitai).


Papan tanda ini pula menyebut ini adalah tanah perkuburan para komander kerajaan Ottoman, askar-askarnya serta keturunan mereka.
This signage in turn says this is the graveyard for Ottoman kingdom commanders, soldiers and their descendants.


Untuk pengetahuan kerajaan Ottoman merupakan sebuah empayar besar bertaraf dunia yang pernah berpusat di Turki.
For information the Ottoman kingdom was a big empire of world class which used to be centred in Turkey.


Ia pernah menjadi pusat pemerintahan kekhalifahan Islam dari awal abad ke 16 Masihi hingga ke awal abad ke 20.
It used to be the centre of rule for the Islamic caliphate from the early 16th century AD till the early 20th century.


Hubungan dengan Aceh dikatakan mula terjalin semasa Sultan Salahuddin memerintah Aceh (ada yang sebut 1528-1537, ada yang kata 1530-1539).
Relationship with Aceh is said to have been cemented since Sultan Salahuddin ruled Aceh (there are those who said 1528-1537, others said 1530-1539).



Sejak itu askar-askar dari Turki dihantar untuk membantu Aceh menangani penjajahan Barat di Asia Tenggara. Mereka ini berpusat di Bitai dan apabila meninggal dunia dimakamkan di sini.
Since then soldiers from Turkey have been sent to help Aceh deal with Western colonisation in South East Asia. They were centred in Bitai and when they died were laid to rest here.


Paling terserlah adalah bangunan makam ini.
Most outstanding is this tomb building.




Nampaknya ia menempatkan jasad para komander dan pemimpin masyarakat Turki.
Looks like it houses the bodies of the commanders and leaders of the Turkish community.





3 comments:

  1. Assalamualaikum,, sekali lihat,, semacam bendera terengganu pd nesan pejuang Turki tersebut,, salam

    rimau

    ReplyDelete
  2. bagaimana sy mahu membeli buku karya anda?

    ReplyDelete
  3. Wassalam. Boleh beli secara pos... http://merahsilu.blogspot.com/2007/06/cara-cara-membeli-buku-bka.html

    ReplyDelete