Tuesday, July 02, 2013

Masjid 'terapung' ('Floating' mosque of) Losari



Waktu senja kami pergi ke kawasan tepi laut bernama Losari di mana terdapat masjid 'terapung' ini.
At dusk we went to a seaside area called Losari where lies this 'floating' mosque.


Seperti dapat kita lihat tadi ia bukanlah betul-betul terapung tetapi terletak pada tiang-tiang atas air.
As we could see just now it is not really floating but is situated above stilts on water.


Dewan solat bawah...
The lower praying hall...

Saya tidak naik ke atas kerana keadaan saya ketika itu bertongkat akibat kecederaan kaki. Berjalan masuk ke masjid ini sendiri sudah cukup mencabar.
I did not go up as my condition then was such I was on crutches due to a foot injury. Just walking to this mosque itself was already challenging enough.



Monday, July 01, 2013

Muzium La Galigo lagi (More of La Galigo Museum)

Bersambung dari Muzium (Museum of) La Galigo.


Di sudut lain Fort Rotterdam terdapat satu lagi bahagian muzium
At another corner of Fort Rotterdam there exists another section of the museum.




Bahagian ini menumpukan pameran berkenaan ketamadunan dan kebudayaan Bugis.
This section has exhibits concentrated on the civilisation and culture of the Bugis.




Namun harus diingatkan ia turut memaparkan hal-hal berkenaan orang Makassar.
But still it has to be reminded it also shows things regarding the Makassar people.




Di Sulawesi Selatan orang Makassar dikira lain dari orang Bugis. Tapi orang luar mengirakan dua etnik ini sama sahaja, semuanya berbangsa Bugis.
In Sulawesi Selatan (the South Celebes) the Makassar people is considered distinct from the Bugis people. But outsiders consider the two ethnics as being the same, all of them are of the Bugis race.










Muzium (Museum of) La Galigo

Bersambung dari Fort Rotterdam.
Continued from Fort Rotterdam.


Dalam kawasan Fort Rotterdam terdapat Muzium La Galigo.
Within the area of Fort Rotterdam there exists the La Galigo Museum.


Ia adalah muzium yang didirikan menggunakan bangunan lama sedia ada.
It is a museum built using an existing old building.


Nama La Galigo merujuk pada teks tertua bangsa Bugis yang katanya merujuk pada peristiwa-peristiwa melibatkan bangsa ini seawal abad ke 7 Masihi.
The name La Galigo refers to the oldest text of the Bugis race which is said to refer to events involving this race as early as the 7th century AD.


Dalam muzium ini terdapat senjata-senjata tajam yang pernah digunakan orang Bugis.
In this museum there exists sharp weapons which have been used by the Bugis people.











Fort Rotterdam

OK. Mulai hari ini saya akan menonjolkan beberapa tempat yang pernah diziarahi dalam perjalanan ke Tanah Bugis di Sulawesi Selatan 3-12 Mei 2013. Untuk pengetahuan saya sampai bersama keluarga 3 Mei, esoknya baru mula menziarahi tempat-tempat.
OK. Starting today I will feature a number of places visited in my trip to the land of the Bugis at Sulawesi Selatan (South Celebes) 3-12 May 2013. For information I arrived with the family on 3rd May, the next day I started visiting places.


Tempat bersejarah pertama yang kami ziarahi adalah sebuah kota pertahanan yang dibina penjajah Belanda lebih 300 tahun lalu.
The first historical place we visited is a defence fort built by the Dutch colonialist more than 300 years ago.


Ia dipanggil Fort Rotterdam sempena nama pelabuhan utama di Belanda iaitu Rotterdam.
It is called Fort Rotterdam in commemoration of the main port in Holland (the land of the Dutch) which is Rotterdam.


Ia mengandungi pejabat dan penempatan pegawai dan askar Belanda.
It contains offices and a settlement for Dutch officers and soldiers.


Tembok batu pula mengelilinginya dalam bentuk empat segi besar.
A wall of stone surrounds it in the form of a large rectangle.








Kota ini turut mengandungi ruang tahanan untuk mereka yang dianggap pesalah oleh Belanda. Antaranya adalah Pengeran Diponegoro, seorang pejuang pembebasan dari Tanah Jawa.
Thus fort also contains holding cells for those considered as offenders by the Dutch. Among them is Pengeran Diponegoro, a freedom fighter for the land of Jawa (Java island).


Inilah ruang tempat Diponegoro ditahan selama 20 tahun. Pintu kecil adalah untuk memaksa beliau tunduk apabila dibawa keluar masuk. Pintu besar untuk pegawai dan askar Belanda...
This is the cell where Diponegoro was held for 20 years. The small gate is to force him to bow down when taken in and out. The big gate is for Dutch officers and soldiers...