Kita beralih ke Bangi, Selangor...
We move on to Bangi, Selangor...
Tidak jauh daripada kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia atau UKM terdapat Taman Pantun UKM.
Not far from the main kampus of Universiti Kebangsaan (National University of) Malaysia or UKM there exists the Taman Pantun (poetry garden of) UKM.
Terdapat sebuah rumah tradisional Melayu yang agak besar...
There lies a rather big Malay traditonal house...
Maklumat yang terdapat kurang jelas...
The information available is not clear...
.
Tapi saya dapat membaca bahawa rumah ini asalnya milik Tengku Fatimah Zaharah, seorang kerabat diraja Kelantan...
But I could read that this house originally belonged to Tengku Fatimah Zaharah, a member of the Kelantan royalty..
Berusia lebih 100 tahun, ia telah dipindahkan ke sini dari Kota Bahru, Kelantan pada tahun 2000...
Aged more than 100 years old, it was relocated to here from Kota Bahru, Kelantan in the year 2000...
OK. Maklumat yang saya perolehi daripada perkongsian orang lain di FB tentang rumah ini, ditulis oleh Ku Faisal Fais Rawa :-
ReplyDeleteIni bukan omongan kosong, tetapi satu kisah yang benar iaitu kisah Istana Tengku Bongsu. Asalnya rumah ini terletak di Jalan Mahmud, Kota Bharu. Bagaimanapun masa merubah segala-galanya dan kini terletak di laluan Jalan Bangi Lama yang kawasannya menghijau dikelilingi pokok-pokok. Lokasi tepatnya adalah di Taman Pantun, Universiti Kebangsaan Malaysia, Istana ini ditempatkan disini bagi pengisian kepada Muzium Etnologi Dunia Melayu di bawah seliaan Jabatan Muzium Negara.
Pihak Muzium Negara mentakrifkan binaan tersebut sebagai Rumah bagi golongan bangsawan, namun dalam kefahaman masyarakat Kelantan, rumah yang didiami oleh bangsawan merupakan sebuah Istana. Ciri-ciri Istana ini yang unik dibina dengan falsafah yang tinggi, selain itu ia juga dihiasi dengan ukiran tradisi masyarakat Kelantan dan Patani. Suatu masa dahulu rumah-rumah di Kelantan merupakan satu daya tarikan pelancong ke Kelantan berikutan seni ukiran yang terdapat pada rumah kediaman yang dibuat dengan penuh ketelitian dan ia sangat menarik pelancong untuk menyaksikan sendiri keunikan kediaman orang Kelantan.
Persoalannya, kenapa Istana ini boleh dipindahkan jauh dari lokasi asalnya. Kemanakah perwarisnya?
Latar Belakang
Masyarakat Kelantan melihat kediaman golongan bangsawan sebagai Istana, manakala kediaman rakyat disebut sebagai rumah. Justeru rumah yang sedang dibicarakan ini dalam pandangan orang Kelantan merujuknya sebagai Istana Tengku Bongsu. Menyelidiki latar belakang pemilik rumah ini membuatkan penulis sedikit keliru kerana maklumat yang dicapai dari Internet bercanggah dengan maklumat yang dikeluarkan oleh pihak Muzium.
Rumah ini dinamakan sebagai Istana Tengku Bongsu oleh rata-rata rakyat Kelantan terutama mereka yang juga perwaris kepada pemilik rumah yang asal, pihak Muzium pula menyatakan bahawa rumah itu diberi nama sebagai Rumah Tengku Fatimah Zahrah maklumat tersebut kerana Tengku Bongsu dan Tengku Fatimah adalah individu yang berlainan. Jauhar Kalam sebuah blog menyatakan bahawa rumah tersebut merupakan milik Tengku Bongsu yang juga dikenali sebagai Tengku Kalsum binti Sultan Ahmad, Sultan Kelantan 1886-1889 dengan suaminya Tengku Chik. Jabatan Muzium melalui Berita JMM Jilid 14 Bilangan 2 menyatakan rumah tersebut dimiliki oleh Tengku Hamidah binti Tengku Mansor beliau juga merupakan puteri bongsu kepada Tengku Mansur. Menariknya, Tengku Kalsum dan Tengku Hamidah merupakan isteri kepada Tengku Chik.
Sambungan :-
ReplyDeleteKesimpulannya, rumah ini diberi nama sebagai Istana Tengku Bongsu kerana Tengku Kalsum binti Sultan Ahmad dan Tengku Hamidah binti Tengku Mansor merupakan Puteri Bongsu serta bersuamikan Tengku Chik Tuan Abdullah ibni Almarhum Sultan Mansur. Pasangan ini dikurniakan tiga orang zuriat iaitu:
Tengku Zainal Abidin bin Tengku Chik Tuan Abdullah [anak dengan Tengku Kalsum]
Tengku Fatimah Zaharah binti Tengku Chik Tuan Abdullah [anak dengan Tengku Kalsum]
Tengku Zainab binti Tengku Chik Tuan Abdulah [anak dengan Tengku Hamidah]
Status kediaman tersebut hanya layak digelar sebagai "rumah" sahaja walaupun binaan dan hiasan dalamannya menyamai sebuah "Istana" dalam golongan bangsawan Kelantan berikutan pemilikan rumah tersebut jatuh kepada Tengku Hamidah dan bukan kepada Tengku Kalsum, Tengku Fatimah Zahrah pula merupakan penghuni terakhir. Justeru itu kediaman tersebut telah diberi nama Rumah Tengku Fatimah Zaharah oleh Jabatan Muzium Malaysia walaupun umum di Kelantan mengenali rumah tersebut sebagai Istana Tengku Bongsu.
Tengku Fatimah Zaharah hanya mempunyai seorang anak angkat iaitu Puan Saleha Abdullah. Semasa hayatnya beliau ada mewasiatkan rumah tersebut secara lisan yang tidak didedahkan siapa perwarisnya dan ini menimbulkan perebutan dikalangan perwaris setelah Tengku Fatimah mangkat pada tahun 1999 di Istana Tengku Bongsu. Hak penjagaan istana tersebut telah diserahkan kepada Tengku Ahmad Shihabuddin yang juga anak kepada Tengku Zainal Abidin. Belaiulah individu yang menguruskan harta pusaka ini dan jalan terbaik untuk mengelakkan persengketaan di kalangan perwaris adalah dengan menjualnya kepada pihak berwajib. Pada tahun 2000 Istana Tengku Bongsu dibeli oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia. Dipercayai binaan Istana Sri Akar sama dengan Istana Tengku Bongsu ini, kerana itu pihak muzium berminat untuk memulihara rumah tersebut memandangkan Istana Sri Akar telah roboh dengan sendirinya setelah Tengku Mahmud Mahyideen keluar dari istana tersebut dalam tahun 1950an.
Semasa penempatan semula, modul tidak bergerak telah dijual kepada pihak lain, oleh kerana itu Istana yang terletak di Taman Pantun UKM ini merupakan 1/3 dari saiz asalnya. Bagi pengamat seni ukir dan binaan tradisional Kelantan, Istana Tengku Bongsu merupakan satu protaip yang amat signifikan namun, ia tidak asli lagi sebagaimana binaan semula Masjid Kampung Laut di Nilampuri.
Rujukan Muzium itu jelas silap. Lebih2 lagi memetik hanya dari sumber anak angkat dan tidak dari anak-anak sebenar Tengku Zainal Abidin @ Tengku Sri Wangsa. Tengku Hamidah Tengku Mansor itu sebenarnya tidak wujud. Tengku Chik hanya beristerikan Tengku Bongsu binti Sultan Ahmad sahaja. Nama Islamik sebenar Tengku Bongsu tidak dapat dipastikan kerana kekeliruan antara Hamidah atau Kalsum berikutan ketiadaan rekod rasmi ketika itu. Perlu dimaklumkan bahawa Tengku Bongsu bernasab terus dari Sultan manakala Tengku Chik hanya kerabat biasa. Mereka memiliki hanya dua anak iaitu Tengku Zainal Abidin ( abang, meninggal 1947 ) dan Tengku Fatimah Zaharah ( adik, meninggal 1999 ).
ReplyDeleteSaya tahu kerana saya pernah memeriksa bukti rekod transaksi sebidang tanah Tengku Bongsu kepada Tengku Zainal Abidin bertarikh 1919 dan juga kerana saya adalah cucu kandung kepada Tengku Zainal Abidin.