Monday, March 28, 2022

Ke masjid lama Linggi untuk tahun 2022 (To the old mosque of Linggi for the year 2022)

Bersambung daripada artikel Makam (Tomb of) Dato' Muda Muhammad Peral.
Continuing from the article Makam (Tomb of) Dato' Muda Muhammad Peral.




Adapun Dato' Muda Muhammad Peral dikatakan orang yang membina masjid lama di sebelah makam.
As it is Dato' Muda Muhammad Peral is said to be the person who built the old mosque besides the tomb.











Tentang masjid ini pernah dikongsikan dalam 2 artikel sebelum ini. Lihat :-
On this mosque has been shared in 2 previous articles. Look at :-


Masjid lama (old mosque of) Linggi...


















1 comment:

  1. Masjid Warisan Linggi

    Sebelum ini sejarah pembinaan Masjid Warisan Linggi hanya diketahui pada tahun 1870. Ini berdasarkan maklumat yang ada ketika pemerintahan Dato' Muda Linggi Mohd Peral sebagai Penghulu Wilayah Linggi.

    Jika ditelusuri sejarah Linggi adalah mustahil tiada masjid dibina lebih awal di Linggi. Ini adalah kerana perpindahan masyarakat Bugis dari Penajis ke Linggi berlaku pada tahun 1790-92. Pasti ada masjid yang lebih awal daripada masjid ini. Tidak ada sebarang tanda binaan sama ada di Pengkalan Kundang mahupun di Kampung Hilir ditemui.

    Berdasarkan keberadaan kubur-kubur lama, saya yakin bahawa ia berhampiran dengan masjid lama. Namun, tiada bukti.

    Minggu lepas saya dihubungi oleh seorang pensyarah yang mengkaji mengenai mimbar* di Masjid Kg Nerasau dan Masjid Kg Selemak ingin melihat mimbar** Masjid Warisan Linggi. Sebelum ini saya menghubungi beliau supaya melihat persamaan dan perbezaan ketiga-tiga mimbar. Kami telah pergi ke sana untuk membuat kajian awal di lapangan.

    Setelah diteliti ukiran inskripsi pada mimbar, pensyarah tersebut menemui tahun*** bila mimbar ini dibina. Secara tidak langsung ia juga menemui bila pembinaan masjid dilakukan dan dimanakah tapak asal masjid sebelumnya. Ini bermakna masjid tersebut dibina dalam tahun 1795/96. Ia bertepatan dengan sejarah masyarakat Linggi. Paling menarik, Masjid Warisan Linggi dibina di atas tapak masjid lama. Ini berdasarkan kedudukan 4 batang kayu tiang seri di dalam masjid.

    Dato Muda Mohd Peral telah membina semula masjid lama (diperbuat daripada kayu) dengan menggunakan batu bata dan simen. Seni bina hampir sama dengan masjid-masjid di Melaka seperti Masjid Tengkera, Masjid Kg Hulu dan Masjid Kapitan Keling. Beliau mengekalkan tiang-tiang seri masjid lama.

    Terjawab sudah persoalan dimanakan tapak asal masjid lama dan juga mengapa masjid tersebut mempunyai ukiran mimbar yang cantik dan tahan lama. Sudah 295 tahun, ia masih berada dalam keadaan baik dan sempurna walaupun ada sedikit penambahan untuk meletak teks khutbah.

    Penemuan ini juga menjawab persoalan bagaimana dan jalan masuk orang Bugis di Penajis ke Rembau.

    ----------

    * Reka bentuk ukiran mimbar ketiga-tiga masjid hampir sama. Ada sebuah lagi mimbar yang sama, belum berkesempatan untuk melihatnya.

    ** Ada sedikit perbezaan daripada ukiran di Masjid Linggi (lama) jika dibandingkan dengan ukiran di Masiid Kg Nerasau dan Masjid Kg Selemak.

    *** Inskripsi pada mimbar merupakan ayat 9 Surah Jumu'ah yang menegaskan agar segera sembahyang Jumaat apabila mendengar azan dan meninggalkan urusan jual beli (dunia). Di celah-celah inskripsi tersebut terselit tahun hijrah iaitu 1211H.

    Catatan ketika berehat di KPJ
    21hb Sept 2021
    1.20 tgh hari.

    ReplyDelete