Tuesday, September 25, 2007

Sedikit gambar sekitar Bukit Chandan... A few pictures around Bukit Chandan

Dan untuk menamatkan sesi postings kali ini, biar dipaparkan beberapa gambar di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Sila!
And to close the current session of postings, let's potray some pictures at Bukit (hill of) Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Sila!

Ini adalah Masjid Ubudiyah, masjid utama yang dibina sejurus selepas bandar diraja Kuala Kangsar dibuka lebih 100 tahun lalu...

This the Masjid (mosque of) Ubudiyah, the main mosque built right after the royal town of Kuala Kangsar was opened more than 100 years ago...


Ini adalah istana lama yang telah dijadikan sebuah muzium...

This is an old palace which has been turned into a museum...


Perhatikan senibinanya yang halus. Istana ini adalah satu binaan tersendiri di Malaysia, mungkin juga di dunia!
Look at the intricate architecture. This palace is one of a kind in Malaysia, maybe even in the world!

Perhatikan lagi... Satu binaan sebegini indah. Percaya atau tidak, ia dibina tanpa menggunakan walau sebatang paku!

Look again... Such a beautiful building. Believe it or not, it was built without using even a single nail!


Satu pandangan akhir sebelum meninggalkan istana...

One last look before leaving the palace...

Berehat sebentar di rumah seorang kenalan di Bukit Chandan lalu bercerita tentang kerabat diraja Perak...

Rest a while at an acquaintance place in Bukit Chandan and talked about the Perak royalty...


Sebuah rumah tinggal lama di sebelah Masjid Ubudiyah... Mungkin ia ada menyimpan cerita-cerita lama kerabat diraja Perak yang digelapkan? Sekian!

Oh... Posting ini adalah artikel yang ke 66 di blogspot ini. Kebetulan, 2 hari lepas saya telah membuat posting ke 181 untuk blogspot CATATAN SI MERAH SILU dan 121 untuk BERPETUALANG KE ACEH, maka saya akan berehat daripada bercerita buat beberapa hari ya. Selamat!

An old abandoned house beside Masjid Ubudiyah... Maybe it holds some old stories regarding Perak royalty which has been blacked-out? So long!

Oh... This posting is the 66th article in this blogspot. It happens that 2 days ago I've made the 181th posting for the blogspot CATATAN SI MERAH SILU and 121th for BERPETUALANG KE ACEH, so I will rest a few days from making any stories ya. Take care!

1 comment:

  1. A'salam,

    Istana D.Y.T.M. Raja Muda Perak, Teluk Intan , Perak.

    Saya amat tertarik dengan sejarah melayu di teluk intan perak.
    Ini kerana apa yang tinggal pada saya hanyalah salinan dari kad jemputan berwarna kuning diraja kepada arwah atok saya. Ketika masa saya kecil arwah atok ada bercerita tentang saudara mara di negeri perak. Pernah juga saudara dari negeri Perak menziarahi arwah atok (Syed Sohor)di Raub, Pahang. Kini generasi yang ada tidak kenal saudara mara sendiri. Satu-satunya yang tinggal kenangan adalah salinan kad jemputan tersebut iaitu Majlis Jamuan Teh Perkahwinan Diraja iaitu Yang Mulia Raja Saidatul Shida Binti Raja Ahmed Siffudin (Puteri D.Y.T.M. Raja Muda Perak) dengan Yang Mulia Raja Amiruddin B. Raja Firdaus di Istana D.Y.T.M. Raja Muda Perak, Teluk Intan, Perak. Pada Hari Ahad 9hb Disember 1984, jam 3.00 petang. Di bahagian bawah kad ada tertera sila jawab kepada Pengerusi Perkahwinan Diraja, Pejabat Orang Besar Jajahan, Teluk Intan sebelum 30.11.1984 Tel :621054.

    Sesungguhnya sehingga kini saya tidak kenal saudara mara di negeri Perak.

    ReplyDelete