Sebagai seorang anak yang dilahirkan dan dibesarkan di Muar, tentu sekali saya merasa bangga melihat perkembangan ini. Lalu setelah singgah makan pada malam hari (sayangnya, kamera digital murah saya sangat teruk jika mengambil gambar malam), saya pun ke sana keesokannya mengambil gambar untuk dikongsi bersama... Cuma ia tidak beroperasi pada siang hari ya... Apapun sila tatap gambar-gambar ini dan kepada anak-anak Muar, sila war-warkan kepada orang ramai... :]
The main entrance...
The way to the food court...
The food court itself...
Bagi saya, apa yang lebih menarik adalah binaan-binaan di tepian Sungai Muar ini...
For me, what is more interesting is these buildings beside the Muar river...
Melihatkan menara ini, rasa tidak sah kalau tidak naik sampai ke atas!
Looking at this tower, it feels not right if one does not climb up!
Itu dia, medan makan dilihat daripada atas...
There, the food court seen from above...
Apabila melihat ke seberang Sungai Muar, baru saya tahu medan makan ini terletak betul-betul setentang dengan Sekolah Menengah Sains Muar!
When looking across the Muar river, then only I realise this food court is situated right across the Muar Science Secondary School!
Lihat ke barat-daya dan kelihatanlah sebahagian pusat bandar Muar...
Look south-west and there appears part of Muar town centre...
Ini pula adalah kawasan perumahan baru di sekitar medan ikan bakar ini...
This is the new housing area around this grilled fish food court...
Semasa turun menara, kelihatan sebuah bot nelayan menghala ke laut...
While stepping down the tower, there appears a fishing boat heading for sea...
The lamp-posts here has its own artistic character...
Perhatikan betul-betul... Anda boleh melihat sebahagian struktur yang membentuk jambatan kedua Muar (siap dibina dan dibuka sekitar setahun lalu) yang sedikit menyerupai Jambatan Pulau Pinang!
Look carefully... You could see part of the structure making up the Muar second bridge (completed and operational sometime last year) which looks a bit like the Penang Bridge...
Singgah sebentar di jeti nelayan berdekatan medan ikan bakar...
Stopped by at the fishermen jetty nearby the grilled fish food-court...
Itu dia... Kelihatan jambatan kedua Muar dengan megahnya...
There... The Muar second bridge proudly looms...
Akhirnya sampailah masa untuk meninggalkan tempat ini... Lalu bermulalah perjalanan mengelilingi Johor yang kemudian membawa saya ke Mersing di mana saya menulis posting ini di sebuah Internet Cafe. Sekian! :]
At last came the time to leave the place... And so began a journey around Johor which would eventually bring me to Mersing where I'm writing this posting at an Internet Cafe. That's all! :]
where is the place actually? kalau dr Bukit Treh tu mcm mana nak ke sana? baru balik after eid adha itu hari.ntah bila nak balik lagi ke muar agaknya ni
ReplyDeleteHmm... Menarik juga tu. Bila2 balik rumah mertua di Batu Pahat boleh la singgah. Kalau tak terkejar-kejar memang saya suka lalu jalan biasa daripada lalu lebuhraya...:) Rumah keluarga Abg MS kat mana ye?
ReplyDeleteRumah family saya kat Kampung Temiang, dekat Bukit Treh. Kalau nak pi Sabak Awor kena lalu Jalan Bakariah sampai kat satu sekolah, entah apa nama... Saya nak bagi direction pun tak berapa arif tempat nih... Setakat tu le dapat bagitau...
ReplyDeleteKalau daripada Jambatan ke 2 tu dalam 2-3km je... Cuba-cuba le tanya orang...
err..thanks for trying to give directions to medan ikan bakar ni..its a good try though...hehe.. i'll try n explore tpt tu myself nanti...n i know kg Temiang...i think..hehe
ReplyDeletehi sumer..
ReplyDeleteneway sy pn bangga jd org muo coz muo skg makin membangun..
lebih-lebih lg papa sy sbg kontraktor projek ni..name company papa sy TIIAN NURI SDN BHD..n nama papa sy Mohd Yusoff Bin Johari..
hampir sthun lebih sket,finally siap jg projek yg hampir 2 juta lebey...so hope korg selalu2 la dtg kat medan ikan bakar ni k..
masakan mereka pn mkin sedap n enak..so kite enjoy......
pembetulan...nama company papa saya TITIAN NURI SDN BHD...
ReplyDeletepenah makan sekali ujung tahun 2012 lalu,sedap lagi murah dibanding di melaka ! nota: yang rumah no.3 dari pintu masuk taman cahaya,menuju medan ikan bako tu laa,rumah kakak saya !
ReplyDeleteterdapat beberapa misteri di kawasan sabak Aur.Terdapat istana bunian yang terletak di persisiran sungai Muar berhadapan dengan medan selera sabak Aur.. di Menara peninjau itu terletaknya tempat Raja bunian bersemayam..Hanya orang yang tertentu sahaja yang bolen nampak istana tersebut.
ReplyDelete