Thursday, August 26, 2010

Makam (Tomb of) Tun Sri Lanang

Mari kita kembali ke Aceh untuk artikel ke 400 di blogspot ini. Mari! :]
Let us return to Aceh for this blogspot's 400th article. Come! :]


Di daerah Samalanga terdapat makam Tun Sri Lanang, seorang bangsawan yang amat terkenal kerana menulis buku "Sulalatus Salatin", juga dikenali sebagai "Sejarah Melayu".

In the district of Samalanga there exist the tomb of Tun Sri Lanang, a noble very famous for writing the book "Sulalatus Salatin", also known as "Sejarah Melayu" (The Malay Annals).


Beliau adalah Bendahara Johor awal abad ke 17 tetapi ditawan lalu dibawa ke Aceh bersama sejumlah bangsawan juga kerabat diraja malah Sultan empayar Johor-Riau sendiri... oleh Sultan Iskandar Muda yang memerintah Aceh 1607-1636.
He was the Bendahara (something like an ancient prime minister) of Johor early 17th century but was captured and brought to Aceh along with with a number of nobles also royalties in fact the Sultan of the Johor-Riau empire himself... by Sultan Iskandar Muda who ruled Aceh 1607-1636.



Tun Sri Lanang kemudian diangkat untuk menjadi raja bahawan yang memerintah daerah (dahulu negeri) Samalanga lalu dipanggil Ampon Sheikh Samalanga.
Tun Sri Lanang was then raised to be a minor king ruling the district (used to be a state) of Samalanga and thus called the Ampon Sheikh of Samalanga.


Ia adalah jawatan turun-temurun yang diwarisi keturunan beliau di sini lalu makam mereka turut terdapat berdekatan makam Tun Sri Lanang.

It is a hereditary post inherited by his descendants here and so their tombs also exist near the tomb of Tun Sri Lanang.


Seorang cucu perempuan Tun Sri Lanang pula berkahwin dengan Sayyid Zainal Abidin dari Aceh. Cucu Sayyid ini menjadi Bendahara Johor bernama Tun Habib Abdul Majid yang mana anak cucu Bendahara ini kemudian menjadi Sultan-sultan Terengganu, Johor dan Pahang hingga kini. Lihat artikel-artikel lama berkenaan untuk mengetahui bagaimana ini boleh terjadi...
A granddaughter of Tun Sri Lanang in turn married Sayyid Zainal Abidin from Aceh. A grandson of this Sayyid became the Bendahara of Johor named Tun Habib Abdul Majid of which the Bendahara's offsprings then became Sultans of Terengganu, Johor and Pahang until now. Look at these relevant old articles to know how this could happen...

Makam (tomb) of Laksamana Bentan


1 comment:

  1. terbaik,sememangnya saya skrg belajar sejarah di indonesia..
    mohon share yer semua yang berkait dengan sejarah di indonesia ni..

    ReplyDelete