Wednesday, December 15, 2010

Tempat-tempat yang dilawati di (Places visited in) Kedah, Pulau Pinang, Perlis

Kita sambung lagi proses kompilasi links.
We continue again with the links compilation process.


Pada mulanya saya serba salah juga untuk mengenengahkan kompilasi links Kedah. Setelah melihat koleksi yang ada ternyata, saya baru membuat sejumlah 12 sahaja artikel tentang tempat-tempat di negeri itu, bila ditambah artikel Makam (Tomb of) Sultan Muzaffar Shah I Kedah yang dibuat lebih awal tadi baru jadi 13. Ada rasa malu kerana sedikit sangat yang ada walhal saya juga selalu ke Kedah.

At first I felt rather all wrong for me to feature the compilation of links for Kedah. After looking at the available collection it is clear, I have made only a total of 12 articles on places in that state, after adding the article Makam (Tomb of) Sultan Muzaffar Shah I Kedah which was made earlier just now then it becomes 13. There are a bit of feeling of shame because too little are available when the fact is I often go to Kedah too.

Sebenarnya saya ada koleksi tambahan dari perjalanan terbaru yang dibuat bulan Ramadhan. Setelah menyemak gambar yang diambil ternyata ada 24 masjid yang boleh diketengahkan, 7 makam dan 9 tempat lain. Tetapi mengikut kebiasaan saya cuma boleh menambah apabila siri tentang perjalanan itu dimulakan di blogspot utama saya CATATAN SI MERAH SILU. Kemungkinan besar siri cuma akan dimulakan tahun hadapan.

Actually I have an extra collection from the latest trip made in the month of Ramadhan. After checking the pictures taken it is clear that there 24 mosques which could be highlighted, 7 tombs and 9 other places. But according to habit I could only add after the series on this trip has been started in my main blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Most probably the series would only be started next year.

Saya juga ada koleksi gambar lama yang belum dijadikan cerita di sini. Tapi buat sementara terimalah apa yang ada. Sekurang-kurangnya saya sudah menambah satu artikel tentang makam Sultan Muzaffar Shah I menggunakan gambar terbaru. Kerana itulah penyebab saya membuat perjalanan itu.

I also have a collection of old pictures which have not been turned into stories here. But for the moment just accept what is available. At least I have added an article on the tomb of Sultan Muzaffar Shah I using new pictures. Because that is the reason I made the trip.

Oh, saya letakkan ini sebagai kompilasi Kedah, Pulau Pinang dan Perlis kerana satu saya tidak cukup artikel untuk dipecahkan kepada 3 negeri. Kedua, Pulau Pinang dan Perlis memang asalnya sebahagian dari Kedah. Jadi biarlah disatukan untuk ini ya...

Oh, I put this as the compilation for Kedah, Pulau Pinang and Perlis because one, I haven't got enough articles to be splitted into 3 states. Second, Pulau Pinang and Perlis were indeed originally parts of Kedah. So let it be united for this ya...


Masjid (Mosques)


1. Masjid (mosque of) Zahir

2. Masjid Alwi (the Alwi mosque), Kangar, Perlis

3. Sebuah masjid lama di (and old mosque in) Langgar, Kedah...

4. Masjid unik di (Unique mosque at) Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah...

5. Masjid (mosque of) Sungai Petani, Kedah dan (and) September 11?...


Makam (Tombs)

1. Makam (Tomb of) Sultan Muzaffar Shah I Kedah

2. Sebuah makam berumur 1,100 tahun di Kedah! (A 1,100 year old tomb in Kedah!)

3. Makam Tok Soh di Kedah dan kaitannya dengan Merong Mahawangsa (The tomb of Tok Soh in Kedah and its relation to Merong Mahawangsa)...

4. Makam (tomb of) Daeng Parani

5. Bertandang ke makam diraja Langgar, Kedah? (A visit to the royal mausoleum at Langgar, Kedah?)


Kota, istana dan lain-lain (Forts, palaces and others)


1. Rumah-rumah di Langkawi? (Houses in Langkawi?)

2. Kesan Aceh di Yan, Kedah? (Aceh remains in Yan, Kedah?)

3. Bangunan-bangunan di Kuala Muda (Buildings in Kuala Muda)


No comments:

Post a Comment