Thursday, January 21, 2010

Makam Tauhid (The Tauhid tomb)


Seberang jalan sekitar 1 km daripada makam Tun Habib terdapat pula Makam Tauhid...
Across the road some 1 km from the tomb of Tun Habib lies in the turn the Tauhid tomb...


Oleh kerana saya sampai di sini sekitar jam 8 malam, saya terpaksa menggunakan lampu kereta untuk menembusi kegelapan...
Since I arrived here sometime around 8 at night, I have to us the carlights to penetrate the dark...

Papan maklumat menyatakan tempat ini sebagai kota juga makam. Kota Tauhid (pada papan dieja Touhid) menjadi pusat pemerintahan Empayar Johor-Riau 2 kali, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil III (1633-1677) seterusnya Sultan Abdul Jalil IV (1699-1718), anakanda Bendahara Tun Habib yang menaiki takhta setelah kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
The information boards states that this place as a fort also a tomb area. Kota (fort of) Tauhid (on the board it is spelt Touhid) became the centre of rule for the Johor-Riau Empire twice, that is during the rule of Sultan Abdul Jalil III (1633-1677) followed by Sultan Abdul Jalil IV (1699-1718), the son of Bendahara Tun Habib who ascended the throne after the demise of Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (a famous Sultan who was killed while being carried on a pedestal).


Ini pula tinggalan yang ada...

This is the remains of what is left...



Terdapat beberapa buah makam lama...
There exist a number of old tombs...




Batu nesan yang digunakan adalah dari jenis Batu Aceh juga menandakan pemiliknya berdarah raja ataupun bangsawan.
The tombstones used are also of the type known as Batu Aceh signifying its owners as coming from the bloodlines of royalty or nobility.


Lawatan terbaru ke makam Tun Habib (Latest visit to the tomb of Tun Habib)

Dalam lawatan terbaru ke Kota Tinggi bulan November 2009 saya juga melawat makam Bendahara Tun Habib Padang Saujana , juga dikenali sebagai Tun Habab Abdul Majid.
In my latest visit to Kota Tinggi in the month of November 2009 I also visited the tomb of Bendahara (the most senior palace official) Tun Habib Padang Saujana, also known as Tun Habab Abdul Majid.


Seperti lawatan pertama kali ke sini Disember 2007, saya juga sampai waktu senja...
Just like the first visit here in December 2007, I also arrived at dusk...

Bezanya kali ini saya memakai kamera yang lebih canggih...
The difference is this time I used a more advanced camera...


Walaupun keadaan ketika itu sebenarnya sudah mula gelap, dengan kamera ini saya dapat menangkap gambar yang agak terang. Untuk makluman di atas adalah makam Tun Habib. Yang lain adalah makam kaum keluarganya...
Although the condition at the time was actually turning dark, with this camera I was able to take rather clear pictures. For information the one on top is the tomb of Tun Habib. The rest are tombs of his family members...



Makam beliau dari sudut lain. Untuk maklumat lebih terperinci lihat artikel Makam (tomb of ) Bendahara Tun Habab yang dibuat 2 tahun lalu. Di situ maklumatnya panjang lebar tetapi gambarnya kelam-kelam. Kiranya artikel ini mengisi apa yang kurang pada artikel lama dan begitulah sebaliknya! :]
His tomb seen from a different angle. For more detailed information look at the article Makam (tomb of ) Bendahara Tun Habab which was made 2 years ago. There the information is extensive but the pictures look dark. In a sense this article fills up what was lacking in the old one and so is the case vice versa! :]

Masjid (Mosque of) Kampung Johor Lama...

Sampailah masanya untuk memecah kesunyian, setelah membuat artikel ke 313 di blogspot ini, Kota Johor Lama (Johor old fort) 8 hari lalu...
Now come the time to break the silence, after making the 313th article at this blogspot, Kota Johor Lama (Johor old fort) 8 days ago...


Lebih kurang 2 km ke utara Kota Johor Lama terletak pula Kampung Johor Lama dan masjidnya...

About 2 km north of the fort of Johor Lama there lies in turn Kampung (village of) Johor Lama and its mosque...


Masjidnya ringkas tetapi terasa begitu bermakna...
The mosque is simple but feels so meaningful...

Sampai sahaja di sini, saya terfikir apakah masjid ini dibina di atas tapak masjid lama ketika Johor Lama pernah menjadi pusat pemerintahan Empayar Johor-Riau 500 tahun lalu?
The minute I arrived here, came to mind a thought was this mosque built upon the site of the old mosque when Johor Lama used to be the centre of rule for the Johor-Riau Empire 500 years ago?


Ini tidak mustahil apabila mengenangkan Kampung Johor Lama memang terletak di atas kawasan Johor Lama yang dahulu. Cuma perubahan zaman sahaja menyaksikan kawasan yang dahulunya menjadi pusat sebuah empayar kini tinggal menjadi kampung kecil sahaja.
This is not impossible when one remembers that Kampung Johor Lama is indeed located on top of the area of Johor Lama of old. It's just change of times which have seen an area which was once the centre of an empire being left to become just a small village now.



Sekarang mari kita lihat sekelilingnya...
Now let us have a look around...




Lihat kedudukannya di tepian Sungai Johor yang sangat luas. Dapatkah anda bayangkan kehadiran banyak kapal dagang ketika Johor Lama masih lagi pusat empayar?
Look at its position at the side of the Johor river which is very wide. Can you imagine the presence of many trading ships when Johor Lama was still the empire's centre?





Dewan solat...
The praying hall...






Mimbar.
The pulpit.