



Wadah tambahan kepada blogspots "Catatan Si Merah Silu" dan "Berpetualang ke Aceh", khusus untuk berkongsi pandangan mengenai seni Melayu terutama senibina lama. An extension to the blogspots "Catatan Si Merah Silu" (Malay) and "Berpetualang ke Aceh" (English), specifically to share views on Malay art especially old architecture.
Sultan ke 4 Perak ini memerintah sekitar 1584-1594. Baginda adalah anakanda kepada Sultan ke 2, Sultan Mansur Shah.
This 4th Sultan of Perak ruled aorund 1584-1594. His highness was a son to the 2nd Sultan, Sultan Mansur Shah.
Kelihatan di sini adalah makam Sultan ke 28 Perak, Sultan Idris I (memerintah 1887-1916). Baginda bertanggungjawab membuka Bukit Chandan lalu menjadi Sultan pertama yang dimakamkan di sini.
Seen here is the tomb of the 28th Sultan of Perak, Sultan Idris I (ruled 1887-1916). His highness was responsible for opening up Bukit Chandan and thus became the first Sultan to be buried here.
Turut terletak di dalam bangunan utama adalah makam anakanda baginda Sultan Abdul Jalil yang menggantikan baginda. Sultan ini memerintah sehingga 1918.
Also situated inside the main building is the tomb of his highness son Sultan Abdul Jalil who replaced him. This Sultan ruled until 1918.
Di luar bangunan utama terdapat makam Sultan ke 26 iaitu Sultan Abdullah II. Walaupun baginda memerintah sebelum Bukit Chandan dibuka, peristiwa pembunuhan Birch 1875 telah menyebabkan baginda dibuang ke Pulau Seychelles sebelum diturunkan takhta secara rasmi tahun 1887. Rujuk pada apa yang sudah ditulis di dalam artikel Makam (Tomb of) Daeng Selili dan Makam (Tomb of) Laksamana Muhammad Amin. Baginda akhirnya mangkat di Singapura tahun 1922 lalu disemadikan di Bukit Chandan pada tahun yang sama.
Outside the main building lies the tomb of the 26th Sultan which is Sultan Abdullah II. Although his highness ruled before Bukit Chandan was opened, the event which is the killing of Birch 1875 resulted in him being banished to the Seychelles islands before he was officialy dethroned in the year 1887. Refer back to what has been written in the articles Makam (Tomb of) Daeng Selili and Makam (Tomb of) Laksamana Muhammad Amin. His highness finally passed away in Singapura the year 1922 and thus was laid to rest in Bukit Chandan the same year.