


Wadah tambahan kepada blogspots "Catatan Si Merah Silu" dan "Berpetualang ke Aceh", khusus untuk berkongsi pandangan mengenai seni Melayu terutama senibina lama. An extension to the blogspots "Catatan Si Merah Silu" (Malay) and "Berpetualang ke Aceh" (English), specifically to share views on Malay art especially old architecture.



Dalam kawasan hutan di kaki Bukit Jugra terdapat makam-makam ini.
Makam utama milik seseorang yang dikenali sebagai Raja Berayun.
Menurut cerita nama sebenar Raja Berayun ialah Raja Ibrahim. Beliau adalah seorang panglima perang yang rapat dengan Sultan ke 4 Selangor Sultan Abdul Samad dan pernah memerintah Kajang.
Di sebelah ini katanya adalah makam salah seorang pengikutnya. Saya difahamkan di sekitar ini juga terdapat makam beberapa orang panglima, juga makam anakanda Raja Berayun iaitu Raja Alang. Ini adalah artikel ke 363 di sini.
Di Jugra, Selangor terdapat makam Sultan Abdul Samad.
At Jugra, Selangor there exist the tomb of Sultan Abdul Samad.
Baginda adalah Sultan ke 4 Selangor, memerintah 1857-1898.
Sultan Abdul Samad bertanggungjawab memindahkan ibunegeri Selangor dari Kuala Selangor ke Jugra. Kemudian Kelang ataupun Klang dijadikan ibunegeri baru. Keluarga baginda turut dimakamkan di sekitar ini. Untuk banyak lagi gambar lihat artikel My latest visit to the royal tombs at Jugra... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.Makam diraja ini bertempat di Bukit Melawati, Kuala Selangor. Untuk pengetahuan Kuala Selangor ialah ibunegeri awal Selangor.
This royal mausoleum is located at Bukit (hill of) Melawati, Kuala Selangor. For information Kuala Selangor is an early state capital for Selangor.
Ia menempatkan jenazah 3 orang Sultan terawal Selangor. Mereka ialah Sultan pertama, Sultan Salehuddin (secara rasmi disebut memerintah 1766-1782 tetapi ada yang kata telah ditabalkan 1743), Sultan kedua, Sultan Ibrahim (memerintah 1782-1826) dan Sultan ketiga, Sultan Muhammad (memerintah 1826-1857) .
It contains remains of 3 earliest Sultans of Selangor. They are the first Sultan, Sultan Salehuddin (officially said to have ruled 1766-1782 but said by some to have been installed in 1743), the second Sultan, Sultan Ibrahim (ruled 1782-1826) and the third Sultan, Sultan Muhammad (ruled 1826-1857).
Sebuah papan maklumat salasilah ringkas keSultanan Selangor. Gambar-gambar ini sebenarnya diambil daripada artikel The Selangor royal tomb at Bukit Melawati... And my fetish for numbers! yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH lebih 2 tahun lalu. Masuklah ke sana untuk melihat gambar-gambar lain sekitar makam...
An information board containing a simple genealogy of the Selangor Sultanate. These pictures were actually taken from the article The Selangor royal tomb at Bukit Melawati... And my fetish for numbers! made in the blogspot BERPETUALANG KE ACEH more than 2 years ago. Do make a visit there to have a look at more pictures around the mausoleum...
Assalamualaikum. Setelah beberapa lama baru saya tergerak untuk memaparkan Masjid jamek Kuala Lumpur. Mari.
Masjid ini terletak di pertemuan Sungai Gombak dengan Sungai Klang, tempat yang menimbulkan nama Kuala Lumpur...
Maka ia terletak di pusat asal Kuala Lumpur!
Tempat wudhuk.
Pemandangan dari tempat wudhuk.
Bahagian bawah kubah...
Mihrab. Untuk makluman ini adalah artikel ke 360 di sini. Ia seolah membawa kembali keadaan 360 darjah ke waktu dan tujuan blogspot ini dimulakan. Lihat artikel pertama Mukadimah (Introduction).