Thursday, July 07, 2011

Makam keluarga (Tombs of the family of) Tengku Zainal Abidin

Bersambung daripada Makam keluarga (Family tombs of) Engku Besar Yusof.
Continued from Makam keluarga (Family tombs of) Engku Besar Yusof.



Di belakang terdapat satu lagi bangunan.
Behind there exist one more building.




Ia dibuat khas untuk kaum keluarga terdekat Tengku Zainal Abidin, anakanda Sultan Muhammad III.
It is specially made for the closest kith and kins of Tengku Zainal Abidin, son of Sultan Muhammad III.



Biar diberitahu, salah seorang anak Tengku Zainal Abidin adalah Tengku Hamzah, bapa kepada politikus terkenal Tan Sri Razaleigh Hamzah.
Let it be told, one of the sons of Tengku Zainal Abidin is Tengku Hamzah, father to the famous politician Tan Sri Razaleigh Hamzah.



Seorang lagi anakanda Tengku Hamzah iaitu Tengku Azizah berkahwin dengan seorang kerabat diraja Jambu, sebuah wilayah di Patani lalu mendapat anak perempuan yang bernama Tengku Anis. Tengku Anis inilah permaisuri kepada Sultan Ismail Petra. Baginda adalah ibu kepada Sultan Kelantan sekarang, Tengku Muhammad Faris Petra yang menaiki takhta sebagai Sultan Muhammad V baru sahaja tahun lepas.
Another offspring of Tengku Hamzah which is Tengku Azizah married a royal member of Jambu, a territory in Patani and got a daughter named Tengku Anis. It is this Tengku Anis who became the consort to Sultan Ismail Petra. Her majesty is the mother to the present Sultan of Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra who ascended the throne as Sultan Muhammad V just recently last year.



Makam keluarga (Family tombs of) Engku Besar Yusof



Di sebelah bangunan utama makam diraja Langgar, Kota Bahru terdapat bangunan ini.
Besides the main building of the Langgar royal mausoleum, Kota Bahru lies this building.



Ia menempatkan makam-makam kaum keluarga terdekat Tengku Besar Yusof, seorang anakanda kepada Sultan Ahmad dan adinda kepada Sultan Muhammad III dan Sultan Mansur.
It houses the tombs of the closest kith and kins of Tengku Besar Yusof, a son of Sultan Ahmad and younger brother to Sultan Muhammad III and Sultan Mansur.




Makam Tengku Abdul Kadir, Raja Patani terakhir (Tomb of Tengku Abdul Kadir, last Raja of Patani)



Kembali ke bahagian utama makam diraja Langgar. Kelihatan makam ini di sebelah belakang...
Returning back to the main section of the Langgar royal mausoleum. Could be seen this tomb at the back.




Ia adalah makam Tengku Abdul Kadir, anak saudara kepada Tengku Putih. Baginda yang merupakan Raja Patani kelima dari keturunan Raja Kampung Laut dicatatkan sebagai Raja Patani terakhir apabila jawatannya dilucutkan oleh Siam 1902 akibat menentang dasar mereka. Sejak itu Patani tidak lagi beraja sebaliknya diperintah terus Siam, sekarang Thailand.
This is the tomb of Tengku Abdul Kadir, nephew to Tengku Putih. His majesty who was the fifth Raja (ruler) of Patani from the lineage of Raja Kampung Laut is noted as the last Raja of Patani after his position was stripped down by Siam 1902 for going against their policies. Since then Patani has no king but is directly ruled by Siam, now Thailand.


Makam Tengku Putih, Raja Patani (Tomb of Tengku Putih, Raja of Patani)

Bersambung dari Makam Sultan-sultan Kelantan abad ke 20 (Tombs of the Sultans of Kelantan in the 20th century).
Continued from Makam Sultan-sultan Kelantan abad ke 20 (Tombs of the Sultans of Kelantan in the 20th century).

Turut terdapat di dalam kawasan pemakaman diraja Langgar, Kota Bahru ialah makam seorang Raja Patani yang bernama Tengku Putih.
Also available inside the royal mausoleum of Langgar, Kota Bahru is the tomb of a Raja (ruler) of Patani whose name is Tengku Putih.



Menaiki takhta Patani 1856, baginda sebenarnya adalah daripada keturunan Long Yunus, pengasas kesultanan Kelantan moden.
Ascending the throne of Patani in 1856, his majesty is actually from the descendants of Long Yunus, founder of the modern Kelantan sultanate.




Patani zaman itu bukanlah seperti pada zaman kegemilangannya. Selepas kesultanan Patani jatuh ke tangan Siam 1785 (sekarang Thailand) ia dipecah belahkan kepada beberapa wilayah kecil dan salah satu daripadanya dikekalkan nama sebagai Patani. Kelihatan di atas adalah makam Tengku Putih. Baginda adalah Raja Patani kedua dari keturunan Raja Kampung Laut, Kelantan. Raja Kampung Laut adalah seorang anakanda Long Yunus yang diberi kuasa memerintah Kampung Laut. Siam yang turut berkuasa ke atas Kelantan zaman itu mengambil anak Raja Kampung Laut yang bernama Tengku Muhammad untuk merajai Patani kecil dan Tengku Putih yang merupakan anaknya adalah penggantinya.
Patani at the time is not like that during its golden ages. After the sultanate of Patani fell into the hands of Siam 1785 (now Thailand) it is broken up into a number of small territories and one of it is preserved with the name Patani. Seen above is the tomb of Tengku Putih. His majesty is the second Raja of Patani who is descended from the Raja of Kampung Laut, Kelantan. Raja Kampung Laut is a son of Long Yunus who was given power to rule Kampung Laut. Siam who also had power over Kelantan at the time took a son of Raja Kampung Laut whose name is Tengku Muhammad to be made ruler of smaller Patani and Tengku Putih who is his son was his replacement.




Di sebelah adalah makam isteri Tengku Putih, Tengku Na Nik. Baginda adalah anakanda Sultan Muhammad II Kelantan bermakna mereka suami isteri adalah saudara dua pupu.
Besides is the tomb of the wife of Tengku Putih, Tengku Na Nik. His majesty is the son of Sultan Muhammad II of Kelantan meaning the husband and wife are second cousins.




Makam Sultan-sultan Kelantan abad ke 20 (Tombs of the Sultans of Kelantan in the 20th century)



Terletak di dalam sebuah bangunan tertutup di Langgar adalah sejumlah makam yang lebih baru. Ini adalah makam Sultan Muhammad IV yang memerintah 1900-1920.
Situated inside a closed building in Langgar are a number of more recent tombs. This is the tomb of Sultan Muhammad IV who ruled 1900-1920.





Ini pula adalah makam Sultan Ismail yang memerintah Kelantan 1920-1944.
This in turn is the tomb of Sultan Ismail who ruled Kelantan 1920-1944.




Makam isteri baginda, Tengku Mariam terletak di hujung kanan bangunan.
Tomb of his majesty's wife Tengku Mariam is situated at the right end of the building.


Seterusnya adalah makam Sultan Ibrahim yang menaiki takhta menggantikan kekandanya Sultan Ismail yang mangkat 1944.
Next is the tomb of Sultan Ibrahim who ascended the throne replacing his brother Sultan Ismail who passed away 1944.



Di sisi kiri bangunan adalah makam Sultan Yahya Petra yang menggantikan ayahandanya Sultan Ibrahim (mangkat 1960). Pemerintah Kelantan seterusnya, Sultan Ismail Petra (anak Sultan Yahya Petra) yang menaiki takhta 1979 masih hidup tetapi sudah digantikan anakandanya Tengku Faris Petra yang memakai nama Sultan Muhammad V, 2010.
At the left side of the building is the tomb of Sultan Yahya Petra who replaced him father Sultan Ibrahim (passed away 1960). The following ruler of Kelantan, Sultan Ismail Petra (son of Sultan Yahya Petra) who came up the throne 1979 is still alive but has been replaced by his son Tengku Faris Petra who used the name Sultan Muhammad V, 2010.



Makam Sultan-sultan Kelantan abad ke 19 (Tombs of Sultans of Kelantan in the 19th century)




Adapun zaman Long Yunus memerintah Kelantan iaitu 1763-1795 adalah pada abad ke 18 Masihi. Difahamkan selama 5 tahun selepas itu negeri ini pernah diperintah seorang kerabat diraja Terengganu.
As it is the period when Long Yunus ruled Kelantan that is 1763-1795 is in the 18th century AD. It is understood that for 5 years after that the state was ruled by a member of the Terengganu royalty.




Masuk tahun 1800 baru seorang anak Long Yunus menaiki takhta sebagai Sultan Muhammad I, dicatatkan sebagai Sultan Kelantan moden yang kedua. Inilah makamnya.
Entering the year 1800 only a son of Long Yunus ascended the throne as Sultan Muhammad I, written as the second Sultan of modern Kelantan. This is his tomb.


Kembali ke bangunan utama di kawasan pemakaman diraja Langgar, Kota Bahru.
Returning to the main building at the royal mausoleum of Langgar, Kota Bahru.


Di satu bahagian terdapat 3 makam ini.
At one section there exist these 3 tombs.





Yang ini adalah makam Sultan Kelantan seterusnya, Sultan Muhammad II (memerintah 1835-1886), pemerintah yang turut dikenali sebagai Long Senik Mulut Merah. Namun ada yang menyebut baginda menaiki takhta 1837. Ada orang lain memerintah sebelumnya...
This one is the tomb of the following Sultan of Kelantan, Sultan Muhammad II (ruled 1835-1866), the ruler also known as Long Senik Mulut Merah (the red-mouthed Long Senik). Still there are those who say he ascended the throne in 1837. The was another person ruling before him...





Kalau tak salah di sebelahnya ini adalah makam isterinya.
If I'm not mistaken this one besides is the tomb of his wife.





Ke sebelah lagi adalah makam Long Tan Temenggung Aria Pahlawan, ayahanda kepada Sultan Muhammad II. Baginda adalah adik kepada Sultan Muhammad I. Seperti di makam bapa mereka Long Yunus, batu nesannya hampir serupa dengan yang terdapat di sebelah makam Chik Siti. Lihat Makam (Tomb of) Chik Siti Wan Kembang?.
Further besides is the tomb of Long Tan Temenggung Aria Pahlawan, father to Sultan Muhammad II. His majesty is a younger brother of Sultan Muhammad I. Just like at the tomb of their father Long Yunus, the tombstones are almost similar to that besides the tomb of Chik Siti. Look at Makam (Tomb of) Chik Siti Wan Kembang?.




Seterusnya boleh kelihatan makam Raja Bendahara Long Jenal yang dikatakan memangku pemerintahan Kelantan selepas kemangkatan abangnya Sultan Muhammad I, 1835. Baginda dikatakan memerintah sehingga 1837, sebelum anak saudaranya Sultan Muhammad II menaiki takhta.
Next could be seen the tomb of Raja Bendahara (something like the royal prime minister) Long Jenal who is said to have been the acting ruler of Kelantan after the passing away of his elder brother Sultan Muhammad I, 1835. He is said to have ruled until 1837, that is before his nephew ascended the throne.



Selepas Sultan Muhammad II mangkat 1886 naik pula anakandanya Long Sulong sebagai Sultan Ahmad. Di kanan adalah makam baginda, di kiri isterinya...
After Sultan Muhammad II passed away 1886 came up in turn his son Long Sulong as (bearing the ruling name) Sultan Ahmad. On the right is his tomb, on the left his wife's.



Seterusnya adalah makam Long Kundur (kanan), anakanda Sultan Ahmad yang menaiki takhta sebagai Sultan Muhammad III, 1889. Namun baginda mangkat 1890 lalu digantikan adindanya Sultan Mansur yang memerintah sehingga 1900 (makamnya di kiri). Makam Sultan Ahmad anak beranak serupa dengan beberapa buah makam di Banggol. Lihat artikel Makam-makam cantik di Banggol (Beautiful tombs in Banggol) yang dibuat 20 hari lalu.
Next is the tomb of Long Kundur (right), son of Sultan Ahmad who ascended the throne as Sultan Muhammad III, 1889. Still his majesty passed away 1890 and thus was replaced by this younger brother Sultan Mansur who ruled until 1900 (his tomb is to the lef). The tomb of Sultan Ahmad's closest family are similar to a number of tombs at Banggol. Look at the article Makam-makam cantik di Banggol (Beautiful tombs in Banggol) made 20 days ago.



Wednesday, July 06, 2011

Makam (Tomb of) Long Yunus


Ini adalah makam Long Yunus, orang yang disebut sebagai pengasas kesultanan Kelantan moden.
This is the tomb of Long Yunus, the person mentioned as the founder of the modern sultanate of Kelantan.



Memerintah Kelantan 1763-1795 baginda yang merupakan anakanda Long Sulaiman mengalihkan pusat pemerintahan dari Kubang Labu ke Kota Bahru. Lihat artikel Makam (Tomb of) Long Sulaiman yang dibuat hampir sebulan lalu.
Ruling Kelantan 1763-1795 his majesty who is the son of Long Sulaiman moved the centre of rule from Kubang Labu to Kota Bahru. Look at the article Makam (Tomb of) Long Sulaiman which was made almost a month ago.


Inilah makamnya. Batu nesannya hampir serupa dengan yang terdapat di sebelah makam Chik Siti. Lihat Makam (Tomb of) Chik Siti Wan Kembang?.
This is the tomb. Its tombstone is almost similar to the one available besides the tomb of Chik Siti. Look at Makam (Tomb of) Chik Siti Wan Kembang?



Ini pula adalah makam isterinya.
This in turn is the tomb of his wife.


Perhatikan busut yang meliputi sebahagian makam Long Yunus.
Look at the ant hill which covers part of the tomb of Long Yunus.





Inilah batu nesan kepalanya.
This is it the head tombstone.




Makam diraja (Royal mausoleum of) Langgar, Kota Bahru

Bersambung dari Masjid (Mosque of) Langgar, Kota Bahru.
Continued from Masjid (Mosque of) Langgar, Kota Bahru.



Seterusnya kami pergi ke makam diraja Langgar, Kota Bahru.
Next we went to the royal mausoleum of Langgar, Kota Bahru.






Letaknya di hadapan Masjid Langgar.
It is located in front of the mosque of Langgar.







Di sini bersemadi ramai kerabat diraja Kelantan yang sudah meninggal dunia.
Here rest many members of the Kelantan royalty who have passed away.








Selepas ini saya akan memaparkan sejumlah makam yang terpilih.
After this I will feature a number of selected tombs.




Masjid (Mosque of) Langgar, Kota Bahru

Bersambung dari Istana Batu (The Batu palace), Kota Bahru.
Continued from Istana Batu (The Batu palace), Kota Bahru.



Di bahagian lain bandaraya Kota Bahru pula terdapat masjid ini.
At another section of the city of Kota Bahru lies in turn this mosque.



Selamat datang ke Masjid Langgar.
Welcome to the mosque of Langgar.



Mari lihat ke dalam.
Let us have a look inside.















Dewan solat.
Praying hall.




Mihrab.
Front-most section.