Saturday, September 15, 2012

Makam (Tomb of) Tok Tua, Kampung Padang Lekok, Rembau



Hampir ke pekan Kota terdapat kampung bernama Padang Lekok. Di sana terdapat sebuah makam lama.
Near the small town of Kota lies a kampung (village) named Padang Lekok. There exists and old tomb.


Makam itu berbatu nesan Aceh. Penduduk tempatan memanggil pemiliknya sebagai Tok Tua.
The tomb has Aceh tombstones. The locals call the owner as Tok Tua (literarily the old elder).


Tidak dapat dipastikan siapakah Tok Tua ini. Ada yang meneka ini adalah makam Datuk Leteh seorang pemimpin terawal masyarakat Rembau yang dikatakan datang ke sini tahun 1530an Masihi. Ada pula menyebut ini makam seorang wanita bangsawan dari Aceh.
It couldn't be recognised for sure who is this Tok Tua. There are those who guessed this is the tomb of Datuk Leteh a very early leader of the Rembau community who is said to have came here in the year 1530s AD. There are those who said this is the tomb of a noble woman from Aceh.


Di sebelah adalah makam ini. Pemiliknya dikatakan sangat rapat dengan Tok Tua.
Besides is this tomb. The owner is said to be very close to Tok Tua.


Makam Undang Rembau ke 19 (Tomb of the 19th Undang of Rembau)



Dari Astana Raja kami menuju ke Kota. Dalam perjalanan terlihat makam ini di tepi jalan.
From Astana Raja we headed for Kota. On the way saw this tomb besides the road.




Pada makam tertera nama Dato' Ipap, Undang luak Rembau yang ke 19. Beliau dilahirkan 1898, menjadi Undang 1938 dan meninggal dunia 1962. 
On the tomb is inscribed the name Dato' Ipap, the 19th Undang for the luak of Rembau. He was born 1898, became the Undang in 1938 and passed away 1962. 


Untuk pengetahuan secara traditionalnya daerah Rembau di Negeri Sembilan merupakan sebuah luak atau negeri kecil yang memiliki ketua bertaraf raja bergelar Undang. Di sebelah adalah makam isteri beliau.
For information traditionally the district of Rembau in Negeri Sembilan is a luak or sub-state which has a head of ruler status called the Undang. Besides is the tomb of his wife.


Masjid (Mosque of) Astana Raja, Rembau

Kita beralih sebentar ke Negeri Sembilan...
We move on for  a while to Negeri Sembilan...


Dua minggu lalu saya dan keluarga berjalan-jalan di Astana Raja, Rembau lalu singgah di masjid ini.
Two weeks ago me and family when for a spin at Astana Raja, Rembau and stopped by at this mosque.


Selamat datang ke masjid jamek Astana Raja.
Welcome to the main mosque of Astana Raja.













Tuesday, September 11, 2012

Makam (Tomb of) Tok Subang



Hampir ke bandar Kuala Kangsar saya menuju ke  Kampung Kandang yang terletak berdekatan Kota Lama Kanan lalu singgah di makam ini.
Close to the town of Kuala Kangsar I headed for Kampung Kandang which is situated near Kota Lama Kanan and stopped by this tomb.


Dengan menggunakan lampu motosikal saya pun meneliti batu nesan Aceh yang ada.
Using my motorcycle lamp I then studied the Aceh tombstones available.


Makam ini milik seorang wanita yang dipanggil Tok Subang.
This tomb belongs to a woman called Tok Subang.


Menurut ceritanya beliau adalah salah seorang isteri kepada Sultan pertama Perak, Sultan Muzaffar Syah  (memerintah 500 tahun lalu). Rujuk Makam 3 Muzaffar (Tombs of the 3 Muzaffars)....
According to the stories she was one of the wives of the first Sultan of Perak, Sultan Muzaffar Syah (ruled 500 years ago). Refer Makam 3 Muzaffar (Tombs of the 3 Muzaffars)...


Masjid (Mosque of) Al-Mahmudiah, Kampung Jawang, Salak Utara



Perjalanan kemudian membawa saya lalu di Kampung Jawang, di satu kawasan pendalaman antara Sungai Siput dan Kuala Kangsar.
The journey then brought me to Kampung (village of) Jawang, at a rural area between Sungai Siput and Kuala Kangsar.


Terdapat sebuah masjid yang membuat saya ingin melihat lebih dekat.
There lies a mosque which made me want to have a closer look.










Dewan solat.
Praying hall.


Mihrab.
Front-most section.



Tinggalan sebuah rumah batu di Batu Gajah (Remains of a brick house in Batu Gajah)




Seorang penduduk tempatan memberitahu mungkin Rumah Kuning yang dibina Tok Setia Raja adalah ini.
A local told me maybe the Rumah Kuning (Yellow House) built by Tok Setia Raja is this.




Katanya tinggalan rumah ini agak popular di Batu Gajah kerana pernah dijadikan tempat penggambaran drama televisyen.
He said this house remain is quite popular  in Batu Gajah because it has been made a site for shooting television drama.





Namun dia sendiri tidak pasti apakah benar ini Rumah Kuning yang saya cari.
Still he himself is not sure if this is indeed the Yellow House I was looking for.




Apabila diteliti balik alamat rumah yang diberikan dalam sebuah buku saya pun mendapati ini bukan Rumah Kuning. Kemudian saya ditunjukkan sebuah bungalow baru di tempat lain yang katanya berdiri di atas tapak Rumah Kuning yang sudah dirobohkan beberapa tahun lalu.
Upon scrutinising back the address of the house given in a book I found out this is not the Yellow House. Then I was shown a new bungalow at a different place which is said to be standing on the site of the Yellow House which has been torned down a number of years ago .



Sebuah rumah besar kuning di Batu Gajah (A big yellow house in Batu Gajah)



Tidak jauh dari makam terdapat rumah besar berwarna kuning ini.
Not far from the mausoleum there exists this large yellow house.




Pada mulanya saya menyangkakan ia adalah Rumah Kuning yang dibina Tok Setia Raja, satu lambang kebanggaan masyarakat Mandailing sekitar sini. Rujuk Makam (Tomb of) Tok Setia Raja Ibrahim Rangkuti.
At first I thought it was the Rumah Kuning (literarily the Yellow House) built by Tok Setia Raja, a symbol of pride for the Mandailing community around here. Refer to Makam (Tomb of) Tok Setia Raja Ibrahim Rangkuti.




Kemudian saya diberitahu ini bukan rumah yang dicari.
Then was I told this is not the house I was looking for.



Makam diraja (Royal mausoleum of) Batu Gajah?



Penduduk tempatan memberitahu di Batu Gajah juga ada makam diraja Perak.
Locals told me at Batu Gajah there also exists a royal mausoleum of Perak.


Selepas ditunjukkan arah saya pun melihat lebih dekat.
After having been pointed the way I came for a closer look.


Kelihatan di kawasan ini terdapat banyak kuburan biasa. Nampaknya yang dikatakan makam diraja harus di dalam lingkungan bangunan ini.
Could be seen that this area has plenty of common graves. Seems like what is said to be the royal mausoleum has to be within this building.


Yang pasti ada makam seorang kerabat diraja bernama Raja Baharom. Beliau adalah anakanda kepada almarhum Sultan ke 32 Perak, Sultan Yusuf Izzudin Shah dan kekanda kepada Sultan ke 34 merangkap pemerintah sekarang, Sultan Azlan Shah.
What is sure there is the tomb of  royalty named Raja Baharom. He was a son to the late 32nd Sultan of Perak, Sultan Yusuf Izzudin Shah and elder brother to the 34th Sultan alias the current ruler, Sultan Azlan Shah.


Di sebelah adalah makam ibunya Toh Puan Khadijah.
Besides is the tomb of his mother Toh Puan Khadijah.


Beliau adalah wanita kebanyakan yang menjadi isteri seorang Sultan. Apabila seorang anakanda beliau menaiki takhta sebagai Sultan Azlan kaum keluarganya pun mendapat taraf lebih terhormat.
She was a commoner woman who became the wife to a Sultan. When a son of her ascended the throne as Sultan Azlan her family and kith and kins then gained a more respectable status.



Makam (Tomb of) Tok Setia Raja Ibrahim Rangkuti



Sampai di bandar Batu Gajah saya mencari makam seorang lagi tokoh orang Mandailing.
Upon reaching the town of Batu Gajah I looked for the tomb of another Mandailing people's figure.


Beliau adalah Tok Setia Raja Ibrahim Rangkuti. Dilahirkan tahun 1806 beliau pernah bersama Raja Asal dan Sutan Puasa terlibat dalam perang saudara di Selangor. Lihat Makam (Tomb of) Raja Asal dan Makam (Tomb of) Sutan Puasa.
He is Tok Setia Raja Ibrahim Rangkuti. Born in 1806 he used to be with Raja Asal and Sutan Puasa getting involved in the civil war in Selangor. Look at Makam (Tomb of) Raja Asal and Makam (Tomb of) Sutan Puasa.


Selepas itu beliau berpindah ke Perak di mana beliau meninggal dunia tahun 1926, pada umur 120.
After that he moved to Perak were he passed away  in the year 1926, at the age of 120.


Masjid (Mosque of) Ar-Rahmaniah, Kampung Pengkalan Baru, Jalan Gopeng



Seterusnya saya menuju ke Batu Gajah melalui Jalan Gopeng lalu terlihat masjid ini.
Next I went to Batu Gajah view Jalan (road of) Gopeng and saw this mosque.




Letaknya di Kampung Pengkalan Baru.
It is located at Kampung Pengkalan Baru.