Thursday, September 03, 2015

Masjid jamek (Main mosque of) Gemas



Selepas Kota Tinggi kami menghala ke luar negeri Johor lalu masuk ke Negeri Sembilan melalui Gemas. Singgah sebentar di masjid jamek yang kelihatan ini...
After Kota Tinggi we headed out of the state of Johor then entered Negeri Sembilan via Gemas. Stopped by at the main mosque which could be seen here...





Masjid ini pernah menjadi tempat saya berehat dalam pengembaraan lalu.
This mosque has been a place for me to rest in my previous adventures.





Lihat ke dalam...
Looking inside...

















Makam-makam di hadapan Makam Tauhid (Tombs in front of Makam Tauhid)



Esoknya Sabtu 29 Ogos 2015, saya membawa isteri dan anak-anak menziarahi makam-makam di sekitar bandar Kota Tinggi. Semasa menuju ke Makam Tauhid (rujuk artikel lama Makam Tauhid pada siang hari (The Tauhid tombs during daytime)) terlihat makam-makam menarik di laman sebuah rumah...
Next day Saturday 29th Augusut 2015, I brought the wife and kids to visit tombs around the town of Kota Tinggi. While heading for Makam Tauhid (refer to the old article  Makam Tauhid pada siang hari (The Tauhid tombs during daytime)) we saw interesting tombs on the lawn of a house...





Rumah ini terletak betul-betul berhadapan Makam Tauhid.
The house is situated exactly in front of Makam Tauhid.











Saya sudah beberapa kali ke Makam Tauhid. Tapi baru kali ini sedar ada makam-makam lama lain di hadapannya.
I have been to Makam Tauhid a number of times. But it was only this time that I realised there were other old tombs in front of it.








Wednesday, September 02, 2015

Makam Temenggung Johor atau makam Bidan (Temenggung Johor or Bidan mausoleum)



Kembali ke Johor Lama, saya terlihat bangunan makam ini di tepi jalan keluar...
Returning to Johor Lama, I saw this tomb building besides the road out...


Papan maklumat menyebutnya sebagai "Makam Temenggung Johor atau makam Bidan"
The  information board mentions it as  "Temenggung Johor or Bidan mausoleum"



Saya pun tak faham apa yang dimaksudkan. Ini kerana Temenggung Johor merujuk pada satu jawatan tinggi pembesar kerajaan Johor yang dipegang bangsawan lelaki. Bidan pula harus merujuk pada orang perempuan.
Even I don't understand what is meant here. This is because Temenggung (of) Johor refers to a high office for a Johor kingdom official held by a male noble. Bidan (which means mid-wife) in turn must refer to a female person.


Makam yang kelihatan cuma satu sahaja. Nampaknya masih belum jelas apakah ia milik seorang Temenggung atau Bidan.
There is only one tomb which could be seen. Seems like it is not clear whether it belongs to a Temenggung (which is like the royal chief police) or Bidan (mid-wife).





Makam (Tomb of) Sultan Abdul Jalil IV



Ke bawah bukit terdapat makam Sultan Abdul Jalil IV, orang yang membuka kota di Panchor lalu menjadikannya pusat pemerintahan Johor.
Going down the hill there lies the tomb of Sultan Abdul Jalil IV, the person who opened a fort in Panchor and made it the centre of administration of Johor.





Berketurunan Bendahara Johor dan Melaka, orang ini menaiki takhta selepas Sultan Mahmud mangkat dibunuh ketika dijulang ke masjid tahun 1699. Rujuk artikel lama Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang.
Descended from the Bendaharas of Johor and Melaka, this person ascended the throne after Sultan Mahmud died after getting killed while being hoisted up on a pedestal to the mosque in the year 1699. Look at the old article Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang..


Untuk pengetahuan baginda adalah anakanda kepada Bendahara Tun Habab. Lihat Makam (tomb of ) Bendahara Tun Habab.
For information his majesty was son to Bendahara Tun Habab. Look at Makam (tomb of ) Bendahara Tun Habab.


Sultan Abdul Jalil IV sebenarnya mangkat dalam satu serangan di Kuala Pahang lalu dimakamkan di sana. Lihat Kawasan pemakaman diraja di (the royal mausoleum at) Kuala Pahang.... Yang ini katanya makam tanda. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 1,500 di blogspot ini.
Sultan Abdul Jalil IV actually passed away in an attack at Kuala Pahang and was laid to rest there. Look at Kawasan pemakaman diraja di (the royal mausoleum at) Kuala Pahang.... This is one is said to be a commemoratice tomb. For information this is the 1,500th article in this blogspot.


Makam (Tomb of) Tengku Dara Puteh, Panchor



Lebih kurang 9 km menghilir dari Bukit Seluyut terdapat pula kawasan bernama Panchor.
Around 9 km going downstream from Bukit Seluyut there lies in turn an area called Panchor.


Terdapat sebuah makam di puncak bukit.
There exists a tomb on top a hill.


Ia dikenali sebagai makam Tengku Dara Puteh.
It is known as the tomb of Tengku Dara Puteh.





Menurutnya cerita, Tengku Dara Puteh adalah seorang kerabat istana yang suka pada ilmu persilatan.
According to the story, Tengku Dara Puteh was a member of the palace who likes the martial arts of Silat.


Beliau suka memakai baju hitam seperti Ninja untuk melawan penjahat...
She likes to wear black like a Ninja to fight bad guys...


Makam Sultan Muzaffar Syah dan keluarga (Tomb of Sultan Muzaffar Syah and family), Bukit Seluyut



Seterusnya kami mendaki ke puncak Bukit Seluyut lalu singgah di bangunan makam ini.
Next we climbed to the summit of Bukit (hill of) Seluyut and stopped by at this tomb building.





Untuk pengetahuan kawasan ini juga persekitaran makam Tun Isap Misai yang kita telah lihat lebih awal terletak di dalam lingkungan pusat pertadbiran kerajaan Johor yang dipanggil Kota Seluyut. Ia dibuka oleh Sultan Muzaffar Syah yang memerintah 1564-1570.
For information this area and also the surroundings of the tomb of Tun Isap Misai which we have seen earlier is located within the bounds to the administration centre of the Johor Kingdom which is called Kota Seluyut. It was opened by Sultan Muzaffar Syah who ruled 1564-1570.





Baginda dimakamkan di sini bersama 2 orang ahli keluarga.
His majesty was laid to rest here along with 2 family members.





Makam Sultan Muzaffar...
Tomb of Sultan Muzaffar...







Makam adinda baginda, Raja Fatimah.
Tomb of his majesty's younger sister, Raja Fatimah.






Makam anakada Raja Fatimah, Sultan Abdul Jalil I yang naik takhta menggantikan Sultan Muzaffar Shah ketika masih kanak-kanak kemudian mangkat 1571...
Tomb of the son of Raja Fatimah, Sultan Abdul Jalil I who ascended the throne replacing Sultan Muzaffar Shah when he was still a child then passed away 1571...




Makam (Tomb of) Bendahara Tun Isap Misai, Bukit Seluyut

Salam semua. Jumaat baru ini saya dan keluarga telah mengikut satu rombongan menaiki bot menjejak beberapa tempat bersejarah di tepian Sungai Johor. Mari kita berkongsi cerita...
Peace be upon you all. The recent Friday me and family followed an entourage riding a bot tracking a number of places besides the Johor river. Let us share the stories...


Bermula di jeti Johor Lama, bot membawa kami menghulu sekitar 18 km ke Bukit Seluyut di mana kami mendaki bukit untuk ke makam ini.
Starting from the jetty of Johor Lama, the bot took us upstream around 18 km to Bukit (hill of) Seluyut where we climbed to hill to get to this tomb.


Ia menempatkan jasad Tun Isap Misai yang pernah menjadi Bendahara Johor pertengahan hingga penghujung abad ke-16 Masihi.
It houses the remains of Tun Isap Misai who was the Bendahara (something like royal prime minister of) Johor middle to the end of the 16th century AD.


Dipercayai kawasan ini adalah tapak rumah Tun Isap Misai. Sasterawan terkenal Melayu, Tun Sri Lanang merupakan cucu beliau dan lahir di rumah  tersebut.
It is believed this area is the site of the house of Tun Isap Misai. The famous Malay writer, Tun Sri Lanang who was his grandchild was born at the said house.


Makam Tun Isap Misai...
Tomb of Tun Isap Misai...





Makam isteri beliau.
Tomb of his wife.