Saturday, April 09, 2011

Makam (Tomb of) Sheikh Ismail, Pulau Besar, Melaka

Satu lagi artikel yang sepatutnya sudah dibuat lama dahulu. Dan apabila terasa mahu membuatnya, baru tersedar saya tidak mengambil banyak gambar kerana telah mengambil mudah tentangnya. Bersambung dari Makam (Tombs of) Tok Putih dan (and) Tok Janggut, Pulau Besar, Melaka.

One more article which should have been made long ago. And when I felt like making it, then only did I realised I haven't taken much pictures of it because I have taken it for granted. Continued from Makam (Tombs of) Tok Putih dan (and) Tok Janggut, Pulau Besar, Melaka.


Makam paling utama di Pulau Besar, Melaka terletak di dalam bangunan ini.

The main tomb in Pulau Besar, Melaka is situated inside this building.


Inilah makam Sheikh Ismail seorang pendakwah berketurunan Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani. Ada pihak percaya beliau datang ke Melaka pertengahan abad ke 15 Masihi. Tetapi saya percaya beliau datang 200 tahun lebih awal dan adalah orang yang bertanggungjawab menyempurnakan kefahaman Islam Sultan Malikus Salih di kerajaan Samudera-Pasai lalu menobatkan baginda. Lihat artikel lama Akhirnya, makam Sultan Malikus Salih waktu siang (At last, tomb of Sultan Malikus Salih at daytime).

This is the tomb of Sheikh Ismail a missionary descended from Sultanul Awliya (king of the saints) Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani. There are parties who believe he came to Melaka in the middle of the 15th century. But I believe he came 200 years earlier and was the person responsible for perfecting the Islamic understanding Sultan Malikus Salih at the kingdom of Samudera-Pasai and installing him. Look at the old article Akhirnya, makam Sultan Malikus Salih waktu siang (At last, tomb of Sultan Malikus Salih at daytime).



No comments:

Post a Comment