Wednesday, October 10, 2007

Rumah (house of) Yap Ah Loy?...

Saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia pernah mendengar nama Yap Ah Loy. Beliau adalah Kapitan atau ketua orang Cina yang bertanggungjawab ke atas ramai pekerja dari negeri China yang melombong bijih timah di Kuala Lumpur abad ke 19 Masihi... Lihat gambar-gambar ini.
I believe most Malaysians have heard the name Yap Ah Loy. He is the Kapitan or the Chinese leader who was responsible for many workers from China who came to mine tin in Kuala Lumpur 19th Century. Have a look at this pictures.

Lihat bangunan batu lama di atas yang agak mewah. Saya ternampak bangunan ini ketika sedang berjalan merentasi kawasan Medan Tuanku...

Look at this rather posh old stone building. I saw it while walking across the area of Medan Tuanku...


Lihat senibinanya... Nampak bahawa ia dimiliki (atau pernah dimiliki) seorang yang kaya. Kedudukannya di tengah bandar Kuala Lumpur pula cukup untuk membayangkan nilainya yang mungkin mencapai berpuluh juta Ringgit Malaysia.
Look at the architecture... Looks like it is owned (or was owned) by someone rich. Its location in the middle of Kuala Lumpur city is enough to give a clue to its worth which might reach tens of millions of Malaysian Ringgit.



Bila saya bertanya pada orang sekeliling, mereka beritahu rumah itu adalah milih Yap Ah Loy atau ahli keluarga Yap Ah Loy... Saya pun tak pasti entah betul ataupun tidak. Yang pasti, saya tertarik dengan rekabentuknya...

When I asked the people around, they told me the house belongs to Yap Ah Loy or the family of Yap Ah Loy... I myself am not sure whether it's true or not. What's sure, I am attracted to its architecture...


Saya berpusing di sekeliling untuk melihatnya daripada beberapa sudut.

I went around to have a look from different angles.

Nampaknya ia sudah lama tidak berpenghuni tapi masih agak terjaga.

Looks like it has been vacant for some time but still quite well-kept.

Bangunan atau rumah ini sedang dibaik-pulih. Mungkin ia akan lebih menarik apabila siap nanti? Sekian! :]

This building or house is under renovation. Maybe it will look more interesting when it's done? That's all! :]

Rumah dan bangunan sekitar Tanjung Malim (houses and buildings around Tanjung Malim)

Dan seterusnya hari ini saya ingin berkongsi beberapa gambar yang diambil sekitar Tanjung Malim. Saja suka-suka... :]
And next I want to share some pictures taken in and around Tanjung Malim. Just for fun... :]

Ini nampaknya adalah sebuah rumah untuk kakitangan kerajaan. Ia terletak tidak jauh daripada masjid jamek Tanjung Malim dan bersebelahan dengan landasan keretapi. Untuk sedikit cerita tentang masjid itu, klik Masjid (mosque of) Tanjung Malim .

This looks like a house for government workers. It is situated not far from the main mosque of Tanjung Malim and beside the railtracks. For a story on the mosque, click Masjid (mosque of) Tanjung Malim .


Ini pula sebuah rumah yang agak menarik terletak di seberang sungai (lupa pula namanya) yang menjadi sempadan antara negeri-negeri Perak dan Selangor. Adapun Tanjung Malim terletak di dalam Perak sedangkan rumah ini yang letaknya sekitar 100 meter ke selatan sungai itu termasuk di dalam kawasan Ulu Bernam, Selangor... Hah, baru ingat! Nama sungai ini ialah Sungai Bernam...

This is a rather interesting house situated across the river (forgot its name) which is the border between the states of Perak and Selangor. Actually Tanjung Malim is situated in Perak while this house which is located some 100 metres south of the river is in the area of Ulu Bernam, Selangor... Hah, now I remember! The name of the river is Sungai (river of) Bernam...


Saya terus berjalan kaki menyusuri jalan utama ke selatan. Ternampak rumah yang sedikit tersorok ini pula.

I went on walking southwards along the main road. Saw this slightly hidden house.


Bangunan ini pula telah dijadikan sebuah restoran...

This building has been turned into a restaurant...


Rumah Melayu berwarna merah jambu ini diapit satu barisan kedai-kedai Cina.

This pink-coloured Malay house is flanked by a row of Chinese shophouses.


Ini pula sebuah masjid lama. Sila baca Masjid Sheikh Ismail di Ulu Bernam (The mosque of Sheikh Ismail in Ulu Bernam) .

This is an old mosque. Please read Masjid Sheikh Ismail di Ulu Bernam (The mosque of Sheikh Ismail in Ulu Bernam) .

Masjid Jamek (main mosque of ) Bidor

Lima hari lepas saya telah membuat sebuah posting bertajuk From Perak to Selangor... Time to start settling down dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Salah satu gambar yang digunakan ketika itu adalah gambar masjid jamek di Bidor, Perak yang membuatkan saya mahu berkongsi sedikit lagi gambar-gambar masjid ini. Inilah dia...

Five days ago I made a posting titled From Perak to Selangor... Time to start settling down at the blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Among the pictures used then was one of the main mosque in Bidor, Perak which made me want to share just a few more pictures of the mosque here. So here goes...




Gambar di atas adalah gambar yang digunakan dalam artikel bertajuk From Perak to Selangor... Time to start settling down itu. Ia diambil pada hari Jumaat 27 Julai 2007. Bacalah artikel itu untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku...


The picture above is the one used in the article titled From Perak to Selangor... Time to start settling down . It was taken on Friday 27th July 2007. Read the article to know what actually happened...



Adapun saya pertama kali sampai ke masjid ini awal bulan September 2006. Ketika itu saya mahu pergi ke kampung ayahanda di Teluk Intan untuk menghadiri majlis pengembalian jasad Laksamana Muhammad Amin daripada Singapura ke Perak 9 September itu. Tetapi saya tertinggal bas terakhir untuk ke Teluk Intan lalu terpaksa bermalam di Bidor, di masjid ini... Sila lihat Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam Diraja Perak (The return of Admiral Muhammad Amin's remains to the royal mausoleum of Perak) .

Actually I first arrived at this mosque early September 2006. Then, I wanted to go to my father's village in Teluk Intan to attend the return of the body of Laksamana (royal admiral) Muhammad Amin from Singapore to Perak on 9 September. But I missed the last bus to Teluk Intan and had to spend the night in Bidor, at this mosque. Have a look at Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam Diraja Perak (The return of Admiral Muhammad Amin's remains to the royal mausoleum of Perak) .


Di atas adalah gambar kolah mengambil wuduk masjid. Teringat balik peristiwa bermalam di masjid ini, kalau tak silap pada malam 7 atau 8 September 2006. Ketika itu kawasan Bidor termasuk masjid ini baru sahaja lepas dilandar banjir kilat selepas hujan lebat membuat air melimpah keluar Sungai Bidor.

Above is the pool for making abolution at the mosque. Reminds me of what happened when I spent the night here, if not mistaken on the night of 7 or 8th September 2006. Then the area of Bidor including this mosque has just suffered a flash flood after heavy rain made water overflowed out of the Bidor river.

Ini adalah bahagian dalam masjid Bidor. Lihat mihrabnya yang mempunyai ukiran sperti lidah terjulur keluar daripada setiap sudut bumbung. Sekian ya...

This is the inside of the Bidor mosque. Look at the pulpit with wood-carvings like tounges hanging out from every corner of the roof. That's all ya...