-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Saturday, August 04, 2007

Masjid Sheikh Ismail di Ulu Bernam (The mosque of Sheikh Ismail in Ulu Bernam)

Nota: Cerita bergambar in sepatutnya ditulis semalam di Masjid India menurut gerak untuk menulis pada masa itu. Sayangnya, saya menghadapai masalah memasukkan gambar sehingga terpaksa menunggu ke hari ini sebelum dapat menyambungnya. Sahaja bercerita, saya sekarang berada di sebuah Internet Cafe di Kajang. Teruskan...
Note: This pictorial story was supposed to have been written yesterday in Masjid India following the writing mood which came then. Too bad, I had problems loading the pictures and thus have to wait for today before I could continue. By the way, I'm currently at an Internet Cafe in Kajang. Go on...


Lihat ini... Sebuah masjid lama dengan senibina yang agak unik di Ulu Bernam, Selangor...
Look at this... An old mosque with a rather unique architecture in Ulu Bernam, Selangor...


Inilah dia Masjid Sheikh Ismail... (Jangan dipedulikan salah ejaan pada papan tanda yang menyebutnya sebagai Masjid Syiekh Ismail)

This is the mosque of Sheikh Ismail... (Ignore the spelling mistake on the sign-board calling it Masjid Syiekh Ismail)

Papan tanda ini pula menyebut dalam tulisan Jawi, masjid yang dinamakan sempena seorang ulamak dahulukala ini dibuka pada 15 Safar tahun 1345 Hijriah iaitu bersamaan 24 Ogos 1926. Maka ia dibina pada tahun yang sama seperti Masjid Ampang Pecah di Kuala Kubu Baru, masjid yang ceritanya ada dinukilkan di blogspot ini semalam. Sila klik Masjid (mosque of) Ampang Pecah untuk ceritanya...

This signboard in Jawi writing says, the mosque which is named after an olden religious teacher was opened on 15 Safar 1345 Hijriah (the Islamic lunar calender) equivalent to 24 Ogos 1926. So it was built in the same year as that of Masjid Ampang Pecah in Kuala Kubu Baru, a mosque which story was written in this blogspot last night. Do click Masjid (mosque of) Ampang Pecah for the story...

Oh... Lupa pula... Nama ulamak yang dimaksudkan dinyatakan di papan-tanda ini sebagai Almarhum Sheikh Ismail Al-Khalidi An-Naqsyabandi. Ini bermakna ulamak tersebut ialah seorang pengikut Tariqat Khalidiah Naqsyabandiah yang dikembangkankan oleh seorang wali besar Melayu bernama Sheikh Abdul Wahab di Kampung Babussalam, Tanjung Pura, dalam wilayah Langkat di Pulau Sumatera abad ke 19 Masihi.

Oh... Forgot.... The name of the religious teacher in question is mentioned in the signboard as Almarhum (the late) Sheikh Ismail Al-Khalidi An-Naqsyabandi. This means the religious teacher was a follower of the Khalidiah Naqsyabandiah tariqat (Sufi path) spread forth by a major Malay saint by the name of Sheikh Abdul Wahab in Kampung (village of) Babussalam, Tanjung Pura, in the province of Langkat in the island of Sumatera 19th century AD.

Kawasan serambi masjid...

The mosque's verandah area...

Kolam mengambil wudhuk...

The pool for wudhuk (ritual purification by water)...


Dalam masjid ini terdapat tangga untuk naik ke kawasan kubah...

Inside the mosque there's a staircase to get to the dome area...


Tangga ini terletak di salah satu pintu masuk utama...

The staircase is situated next to one of the main entrance...


Apa tunggu lagi, kami pun naik ke atas... Oh, lupa pula nak beritahu, gambar-gambar ini diambil Disember lepas dalam satu lawatan bersama seorang rakan Zaidi... Itu adalah lawatan kali pertama kami ke masjid itu. Saya mula mendapat tahu tentang kewujudan masjid in bila ahli sebuah forum di Internet mendapat tahu akan minat saya terhadap senibina Melayu lama terutama bangunan-bangunan lama dengan ukiran seperti lidah terjulur keluar daripada sudut bumbung lalu menyiarkan gambar masjid ini di dalam forum. Itulah yang membuat saya pergi ke Tanjung Malim pada suatu hari.... Untuk pengetahuan, bandar Tanjung Malim terletak di dalam negeri Perak, cuma di seberang Sungai Bernam yang menandakan sempadan negeri sementara masjid ini terletak di Ulu Bernam, Selangor, di seberang sini sungai...

Why wait, we just went up... Oh, forgot to tell, these pictures were taken December last year in a visit with a friend Zaidi. That was our first visit to the mosque. I first learned about its existence when a member in an Internet forum found about my interest in old Malay architecture especially of old buildings with tounge-like carvings jutting out from corners of the roof and then posted a picture of the mosque in the forum. That's what prompted me to make a trip to Tanjung Malim one day... For information, the town of Tanjung Malim is situated in the state of Perak, just across the Bernam river which marks the inter-state boundary while this mosque is situated in Ulu Bernam, Selangor, the other side of the river...

Penjaga masjid sedang membuat sedikit kerja... Saya sebenarnya telah membuat lawatan kali ketiga di masjid ini hari Sabtu lepas, dalam bahagian terakhir pengembaraan terbaru saya selama hampir 4 minggu meliputi 5 buah negeri... Tetapi saya lebih selesa menggunakan gambar-gambar daripada lawatan pertama yang diambil oleh Zaidi sebagai penyeri cerita.

The mosque's caretaker doing some work. Actually, I made my third visit to the mosque last Saturday, in the final section of my latest trip of almost 4 weeks covering 5 states... But I'm more comfortable using pictures from the first visit taken by Zaidi to feature in the story.

Pemandangan ke barat-daya daripada kawasan kubah...

View towards south-west from the dome area...

Pemandangan ke barat-laut pula...

View towards the north-west...


Pemandangan tangga daripada atas...

View of the staircase from the top...


Kawasan mimbar masjid...

The mosque's pulpit area...


Kawasan tepian masjid...

The mosque's side area...


Pemandangan daripada depan... Perhatikan senibinanya yang agak comel serta ukiran seperti lidah terjulur ke bawah di sudut bumbung. Cukuplah cerita ini ya! :]

The view from the front... Observe the architecture which is rather cute with tounge-like carvings jutting out from the corners of roof. Enough story-telling ya!:]


11 comments:

Fakir yang hina. said...

o website ni saya dah semak dah .....

sila baca ni sorry lah public ni ....

ya saudata, panjnag ceritanya ... semua saya kenal gitu2 je, jadi saya
mula suluk thn 1989 mas tu blm kahwin, 10 hari. lepas tu saya repat
satu semeter lepas tu saya kerja kat penang kahwin setahun 2 lepas cerai
lepas tu thn 95 lbh krg jumpa balik dan kali kembali. ada problem say
kat raub tu ..... begini ceritanya, saya selepas bernikah saya turn ulu
...., dgn arwah bapa saya, lps nak magrib dah dimandikan atas izin tuan
saya mandi sungai lps tu saya tidak dibenatkan tujuan bermalam kat
surau ///// mana saya nak pergi? saya pun bkn elok sgt. kepala tengah stim
(), .....oya ... ... entah mcnmana tah saya curi buku untuk
thorikat.... aku blah lepak kat kubur durian sebatang(ada makam kat situ) lps
tu aku pergi balik dong nak curi tasbih aku pergi lps tu kena tankap
ngan mursyid sekarang .... ud, dia tumbuk aku aku serah balik dia tanya
mana buku? aku aku tak jawab, dia tumbuk mukja aku jth sungai .......,
lps. tu aku pun belah setelah tak diserahkan kpd polis (tasbih
aku tengok dah takda ... ala) .... aku merayou ... sampa masjid lps tu
aku nampak basikal aku dah kebas dfah / .... lps tu pth balik
......org tu nak semayang tertinggal kunci motor plate no. 3666, aku kebas dan
belah ikut gunung keluar ipoh aku tinggal motor kat stesen keretap[i
nak k/api balik penag .............


o ya ..... saya baru je dpt covert slasilah saya dlm benmtuk adobe.
nanti saya add kan link dia ubtuk better vireded sbb. piosting tu kecik ye
tak ....


----- Message truncated -----

Anonymous said...

yang masjid ni saya tau, dah 3 tahun bermastautin kat Tjg Malim ni. Kejer Proton. Skrg kat Kuantan dah. Kat Ulu Bernam ada tempat suluk dkt dgn prumahan murah dkt masjid tu8. Tariqat Naqsyabandi punya ker? Tp 1 lg,masjid ni aku tengok ramai mamak jer.Mungkin diorang yg ramai kat si2. Yg Melayu tak nampak sgt...

Anonymous said...

komen saya kat atas sharol_82@yahoo.com

Anonymous said...

ya, mmg di perumahan murah tu rumah suluk Toriqat al Khalidi Naqsyabandiah..disitu lah antara peninggalan amalan Toriqat yang dibawa oleh Sheikh Ismail dari Sheikh Abdul Wahab Rokan yang masih ada dan masih dijalan kan majlis zikir..selain disitu,di ayer tawar lumut perak,ipoh,perlis,kedah juga yg masih menruskan zikir & adab ilmu.Gambar sheikh Ismail & Sheikh Abdul Rokan masih disimpan dgn baik.sesiapa yg berhajat,jmpa lah Guru di rumah suluk itu dengan beradab.mntak izin pd Beliau utk melihat gambar tersebut..."sesungguhnya beradab itu lebih tinggi darjatnya drp beramal"...kerna beramal tak ada adab apa gunanya?akhir kata mari lah kita bersama2 berdoa agar majlis zikir ini tidak kira dimana sekali pun berterusan hingga akhir zaman..
Amin Ya Rabbal alamin..!!!

hubungi sy skiranya diperlukan
014-2225377

Anonymous said...

Salam saudara,
Saudara juga boleh dapati senibina yang menarik di Kampung Lalang, Padang Rengas, Perak. Mimbar lamanya juga sungguh unik sekali.

Wassalam.

Radzi Sapiee said...

Wassalam.

OK, terimakasih. Saya selalu gak lalu belah luar jalan Taiping-KK tapi belum tergerak lagi menjenguk ke dalam. Malam tadi pun ada masuk KK kejap. Setakat ziarah ke Bukit Chandan sebelum balik rumah... penat dah... pandu kereta sampai ke Hatyai...

Muhammad Ihsan said...

Asslmualaikum,sy anak kpd ali badri b sheikh ismail,brtrima ksih kpd Allah sbb anda prihatin dn mmbuat zkir dn t ahlil untuk arwah atuk sy.mrilah kite sedahkan al fatehah buat arwah sheikh imail ..semoga rohnye dtmpatkan tmpat org yg dikasihi Allah...aamiiin..

Shabania said...

Bila masa Tuan Guru jadi almarhum pulak ni?
Elok sihat je Tuan Guru. baru borak2 minggu lepas

Muhammad Alwi Al Maliki said...

Assalamualaikum

Muhammad Alwi Al Maliki said...

Saya ingin tahu tentang syeikh ismail dengan lengkap

Anonymous said...

Informasi yang bermanfaat.. tanks


Broker forex bank lokal