Bersambung dari Makam
(Tomb of) Sunan Giri.
Continued from Makam
(Tomb of) Sunan Giri.
Sekitar 350 meter dari makam Sunan Giri terdapat pula makam Sunan Prapen.
Around 350 metres from the tomb of Sunan Giri there exist in turn the tomb of Sunan Prapen.
Beliau adalah cucu kepada Sunan Giri dan anak kepada Sunan Dalem.
He was a grandson of Sunan Giri and son of Sunan Dalem.
Biar diberitahu Sunan Giri ada mengasaskan kerajaan yang berpusat di Giri Kedaton. Apabila beliau mangkat anaknya Sunan Dalem menggantikannya lalu turut dikenali sebagai Sunan Giri II.
Let it be told that Sunan Giri had founded a kingdom which is centred at Giri Kedaton. When he passed away his son Sunan Dalem replaced him and was thus known as Sunan Giri II.
Sunan Dalem kemudian digantikan anaknya yang lebih tua Sudo Margi yang menjadi Sunan Giri III. Kiranya Sunan Giri menjadi gelaran bagi mereka yang memerintah kerajaan Giri.
Sunan Dalem was then replaced by his elder son Sudo Margi who became Sunan Giri III. As such Sunan Giri became the title for those who ruled the kingdom of Giri.
Kemudian baru naik Sunan Prapen sebagai Sunan Giri IV.
Then only rose Sunan Prapen as Sunan Giri IV.
Sejarah mencatatkannya sebagai pemerintah Giri teragung selepas Sunan Giri pertama yang nama sebenarnya adalah Raden Paku.
History noted him as the greatest ruler of Giri after the first Sunan Giri whose real name is Raden Paku.
Tetapi maklumat di makam menyebut Sunan Prapen sebagai pemerintah Giri ketiga, memerintah 1478-1527 Masihi. Maklumat dari satu sumber ilmiah pula menyebut, sebagai Sunan Giri IV beliau memerintah 1548-1605.
But information at the tomb mentioned Sunan Prapen as the third ruler of Giri, ruling 1478-1527 AD. Information from an academic source in turn says, as Sunan Giri IV he ruled 1548-1605.
Di sebelah makam Sunan Prapen terdapat makam Panembahan Kawis Guwo yang dinyatakan sumber rujukan saya sebagai Sunan Giri V.
Besides the tomb of Sunan Prapen there exists the tombs of Panembahan Kawis Guwo who is mentioned in my source of reference as Sunan Giri V.
Terdapat juga sejumlah makam lain, mungkin milik saudara mara mereka.
There exists also a number of other tombs, maybe belonging to their kith and kins.