-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Friday, June 08, 2012

Makam (Tomb of) Sunan Prapen

Bersambung dari Makam (Tomb of) Sunan Giri.
Continued from Makam (Tomb of) Sunan Giri.


Sekitar 350 meter dari makam Sunan Giri terdapat pula makam Sunan Prapen.
Around 350 metres from the tomb of Sunan Giri there exist in turn the tomb of Sunan Prapen.


Beliau adalah cucu kepada Sunan Giri dan anak kepada Sunan Dalem.
He was a grandson of Sunan Giri and son of Sunan Dalem.


Biar diberitahu Sunan Giri ada mengasaskan kerajaan yang berpusat di Giri Kedaton. Apabila beliau mangkat anaknya Sunan Dalem menggantikannya lalu turut dikenali sebagai Sunan Giri II.
Let it be told that Sunan Giri had founded a kingdom which is centred at Giri Kedaton. When he passed away his son Sunan Dalem replaced him and was thus known as Sunan Giri II.


Sunan Dalem kemudian digantikan anaknya yang lebih tua Sudo Margi yang menjadi Sunan Giri III. Kiranya Sunan Giri menjadi gelaran bagi mereka yang memerintah kerajaan Giri.
Sunan Dalem was then replaced by his elder son Sudo Margi who became Sunan Giri III. As such Sunan Giri became the title for those who ruled the kingdom of Giri.


Kemudian baru naik Sunan Prapen sebagai Sunan Giri IV.
Then only rose Sunan Prapen as Sunan Giri IV.


Sejarah mencatatkannya sebagai pemerintah Giri teragung selepas Sunan Giri pertama yang nama sebenarnya adalah Raden Paku.
History noted him as the greatest ruler of Giri after the first Sunan Giri whose real name is Raden Paku.


Tetapi maklumat di makam menyebut Sunan Prapen sebagai pemerintah Giri ketiga, memerintah 1478-1527 Masihi. Maklumat dari satu sumber ilmiah pula menyebut, sebagai Sunan Giri IV beliau memerintah 1548-1605.
But information at the tomb mentioned Sunan Prapen as the third ruler of Giri, ruling 1478-1527 AD. Information from an academic source  in turn says, as Sunan Giri IV he ruled 1548-1605.


Di sebelah makam Sunan Prapen terdapat makam Panembahan Kawis Guwo yang dinyatakan sumber rujukan saya sebagai Sunan Giri V.
Besides the tomb of Sunan Prapen there exists the tombs of Panembahan Kawis Guwo who is mentioned in my source of reference as Sunan Giri V.


Terdapat juga sejumlah makam lain, mungkin milik saudara mara mereka.
There exists also a number of other tombs, maybe belonging to their kith and kins.




Makam (Tomb of) Sunan Giri



Sekitar 3 km dari pusat bandar Gresik terdapat makam seorang lagi Wali Songo iaitu Sunan Giri.
Around 3 km from Gresik town centre there exists the tomb of another Wali Songo (nine famous saints of Jawa) which is Sunan Giri.


Seperti di makam para wali lain ia juga dikelilingi banyak makam lain.
Just like at the tombs of other saints it is also surrounded by my other tombs.




Mari lihat ke dalam kawasan utama makam.
Let us look inside the main tomb area.


Untuk pengetahuan Sunan Giri adalah ketua para Wali Songo selepas Sunan Ampel.
For information Sunan Giri was the head of the Wali Songo after Sunan Ampel.


Semasa zaman kepimpinan beliau Islam sudah mendapat tempat hampir ke seluruh Pulau Jawa.
During his leadership Islam has gained place at almost all of Jawa island.


Kedudukannya begitu tinggi sehingga dikatakan setiap raja Islam akan meminta restu beliau untuk memerintah.
His position was so lofty that it is said every Muslim king would ask for his blessings to rule.


Keadaan ini menyebabkan orang Barat menyebutnya sebagai Pope Timur. Pope adalah ketua tertinggi agama Kristian seluruh dunia. Bertempat di Vatican, beliau selalu dihadap raja-raja Eropah yang memohon restu.
This condition made people of the West called him the Pope of the East. The Pope is the highest leader for the Christian religion all over the world. Stationed at the Vatican, he was often faced by the kings of Europe who asked for blessings.



Terdapat dalam kawasan utama adalah makam Sunan Dalem yang dinyatakan sebagai anak pertama Sunan Giri.
Existing inside the main area is the tomb of Sunan Dalem who is mentioned as Sunan Giri's first child.


Putera kedua, Sunan Tengah.
Second son, Sunan Tengah.


Putra ketiga, Sunan Kulon.
Third son, Sunan Kulon.


Anak keempat, seorang puteri bernama Nyai Ageng Sawo.
The fourth child, a female named Nyai Ageng Sawo.


Terdapat juga makam Sunan Kidul yang saya tak tahu siapa. Setelah menyemak maklumat dari sumber lain ternyata Sunan Giri memiliki seorang anak yang dipanggil Sunan Kidul Ardi Pandan.
There also exists the tomb of Sunan Kidul which I don't know whom. After making reference to information from other source it is apparent Sunan Giri has a son who was called Sunan Kidul Ardi Pandan.




Terdapat juga makam Sudo Margi yang merupakan anak Sunan Dalem.
There also exists tomb of Sudo Margi who was a son of Sunan Dalem.


Makam Sunan Giri terletak di dalam bangunan khas.
The tomb of Sunan Giri is situated inside a special building.




Kami harus menunggu untuk masuk.
We have to wait before entering.




Akhirnya, makam Sunan Giri.
Finally, the tomb of Sunan Giri.




Turut terdapat dalam bangunan tetapi di lapisan luar adalah makam-makam ini...
Also available inside the building but at its outer layer are these tombs...


Saya tidak tahu siapakah Putri Ragil.
I don't know who is Putri Ragil.

Tetapi saya tahu siapakah Dewi Murtosia. Beliau adalah isteri Sunan Giri dan puteri kepada Sunan Ampel.
But I know who is Dewi Murtosia. She is wife of Sunan Giri and daughter of Sunan Ampel.



Makam (Tomb of) Maulana Malik Ibrahim, Gresik



Selepas meninggalkan Pulau Madura untuk kembali ke Pulau Jawa kami pergi ke bandar Gresik untuk menziarahi makam Maulana Malik Ibrahim.
After leaving the island of Madura to return to Jawa island we went to the town of Gresik to visit the tomb of Maulana Malik Ibrahim.


Turut dikenali sebagai Sunan Gresik beliau adalah ahli Wali Songo yang paling tua.
Also known as Sunan Gresik he is the oldest member of Wali Songo (the nine saints of Jawa).


Maulana Malik Ibrahim telah berdakwah di Pulau Jawa sebelum abad ke 15 Masihi lagi.
Maulana Malik Ibrahim has started preaching in the island of Jawa since before the 15th century.


Beliau meninggal dunia tahun 1419, ketika Sunan Ampel yang bakal memimpin gerakan Wali Songo baru berumur 18 tahun. Lihat Makam (Tomb of) Sunan Ampel.
He passed away in the year 1419, while Sunan Ampel who would lead the Wali Songo movement was just 18 years old. Look at Makam (Tomb of) Sunan Ampel.


Ada yang menyebut Sunan Ampel adalah anak Maulana Malik Ibrahim. Pendapat yang lebih dipercayai pula menyebut memang bapa Sunan Ampel bernama Ibrahim tetapi beliau adalah Ibrahim Asmaraqandi yang makamnya terletak di tempat lain.
There are those who say Sunan Ampel is a son of Maulana Malik Ibrahim. But a more believable opinion says the father of Sunan Ampel was indeed named Ibrahim but he is Ibrahim Asmaraqandi whose tomb lies at a different place.


Yang pasti mereka memiliki hubungan kekeluargaan yang sangat rapat.
What is sure they have a very close family relationship.


Kelihatan di sini makam Maulana Malik Ibrahim.
Seen here is the tomb of Maulana Malik Ibrahim.


Ke kirinya adalah makam isteri, Sayyidah Siti Fatimah.
To its left is the tomb of his wife, Sayyidah Siti Fatimah.


Ke kiri lagi adalah makam Syeikh Maulana Maghfur, anakanda mereka.
More to the left is the tomb of Syeikh Maulana Maghfur, their son.




Makam (Tomb of) Aermata Ratoe Iboeh



Dari Bangkalan kami bergerak 15 km ke timur laut lalu sampai ke kawasan pemakaman yang dipanggil Makam Aermata.
From Bangkalan we moved 15 km north-east and arrived at a burial area called Makam (tomb of) Aermata.











Ia juga dipanggil Makam Ratoe Iboeh.
It is also called Makam (tomb of) Ratoe Iboeh.




Nanti saya sebut kenapa dipanggil atas nama-nama itu.
Later I will say why it is called by those names.




Kawasan ini memiliki beberapa lapisan.
This area has a number of layers.




Di bahagian dalam terserlah ukiran batu yang cantik-cantik.
In the inner section stand out stone carvings which are beautiful.








Semakin ke dalam kita akan berjumpa makam-makam orang yang semakin penting.
More we go inside we will find tombs of people of increasing importance.




Antaranya adalah raja-raja yang pernah memerintah Pulau Madura sekurang-kurangnya di sebelah barat.
Among it are tombs of kings who have ruled the island of Madura at least on the western side.






Di lapisan terakhir terletak makam paling penting.
At the last layer is located the most important tomb.


Ia adalah makam Syarifah Ambami yang berketurunan Sunan Giri, seorang Wali Songo.
It is the tomb of Syarifah Ambami who is descended from Sunan Giri, a Wali Songo (the nine major saints of Jawa).


Baginda juga dikenali masyarakat Madura sebagai Ratoe Iboe atau Ratu Ibu.
Her majesty is also known by the people of Madura as Ratoe Iboe or Ratu Ibu (literarily the queen mother).


Ini kerana perkahwinannya dengan seorang raja Madura menerbitkan raja-raja yang seterusnya. Satu peristiwa tertentu yang menyebabkan baginda menangis mengeluarkan begitu banyak air mata menyebabkan makamnya juga dikenali sebagai Makam Aermata.
This is because her marriage to a king of Madura resulted in later kings. A certain event which caused her majesty to shed so much tears caused her tomb to also be called Makam (tomb of) Aermata (this being a sort of local reference to the words "Air mata" which means tears).