Friday, November 26, 2010

Tempat-tempat yang dilawati dalam perjalanan ke Brunei (Places visited in the trip to Brunei)

Syukur kepada Allah, setelah lebih sebulan memulakan proses akhirnya saya dapat memaparkan artikel bagi setiap tempat bersejarah/budaya yang dilawati semasa berjalan di Brunei dua bulan setengah lalu. Sekarang biar dikumpulkan linksnya agar senang dirujuk. Ini dia...
All thanks to Allah, after more than a month starting the process at last I managed to potray articles for every historical/cultural place visited while going around Brunei two and a half-month ago. Now let all the links be gathered here for easy reference. Here it is...


Masjid (Mosques)



Makam (Tombs)


Kota, istana dan lain-lain (Forts, palaces and others)


Semasa berada di Brunei saya juga sempat melawat Pulau Labuan yang merupakan salah sebuah Wilayah Persekutuan di Malaysia, juga bandaraya Miri yang terletak di dalam negeri Sarawak. Biar diletakkan sekali links yang sesuai.
While in Brunei I also had the time to visit Pulau (island of) Labuan which is one of the Federal Territories of Malaysia, also the city of Miri which is situated inside the state of Sarawak. Let the appropriate links be included too.



Thursday, November 25, 2010

Masjid Pengiran Mahkota Muhtadee Billah (Mosque of Crown Prince Muhtadee Billah)

Masjid terakhir yang saya lawati ketika berada di Brunei dua setengah bulan lalu adalah Masjid Pengiran Mahkota Muhtadee Billah.
The last mosque I've visited while in Brunei two and a half months ago was the mosque of Crown Prince Muhtadee Billah.


Dinamakan sempena anakanda Sultan Brunei yang disebut bakal menaiki takhta ia terletak kira-kira 2 km dari Bandar Seri Begawan.

Named after the son of Sultan Brunei designated to ascend the throne it is situated about 2 km from Bandar Seri Begawan.


Saya tertarik untuk melawat masjid ini setelah terlihatnya ketika menaiki bot di Sungai Brunei. Lihat artikel Boat ride at Kampung Ayer di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.

I was attracted to visit this mosque after catching a glimpse of it while riding a boat at the Brunei river. Look at the article Boat ride at Kampung Ayer in the blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Sekarang biar kita lihat sahaja masjid tanpa huraian tambahan ya.

Now let us have a look at the mosque without extra explanation ya.










Bangunan Alat Kebesaran Diraja (Royal Regalia Building), Brunei

Salah sebuah tempat yang patut diziarahi jika datang ke Brunei adalah Bangunan Alat Kebesaran Diraja di tengah Bandar Seri Begawan.
One of the places that should be visited if one comes to Brunei is the Royal Regalia Building.


Di dalam terdapat banyak barangan berkenaan institusi diraja Brunei.
Inside are available many items concerning the royal institution of Brunei.



Pelawat dilarang mengambil gambar di dalam galeri-galeri tepi. Kamera tidak boleh dibawa masuk dan harus ditinggalkan di dalam almari berkunci.
Visitors are not allowed to take pictures inside the side galleries. Cameras are not allowed in and have to be left behind inside lockers.


Namun kita dibolehkan mengambil gambar di galeri bawah tengah merangkap luang legar.
But we are allowed to take pictures at the lower centre gallery which is also the lobby.




Bahagian ini memaparkan barangan yang dibawa semasa perarakan untuk pertabalan Sultan.
This section features items which have to be carried while making procession for the coronation of a Sultan.




Saya tak ingat bagaimanakah aturan barang-barang ini, mana di depan mana di belakang...
I can't remember how these items are ordered, which ones at the back which ones in front...





Cukuplah disebut saya melihatnya dengan berjalan melawan arah jam.
Suffice to say I looked at it while walking anti-clockwise.














Barangan paling utama adalah usungan beroda.
The main item is a wheeled carriage.




Di atasnyalah Sultan duduk ketika dibawa berarak.
It is on top of it that the Sultan sits while being carried in procession.







Sedikit penerangan.
A bit of explanation.



OK. Antara barangan menarik yang terdapat di galeri tepi yang tidak boleh diambil gambar adalah apa yang dipanggil Tongkat Ajai.
OK. Among the interesting items inside the side galleries of which pictures can't be taken of is what is called the Tongkat Ajai.


Saya dapat menunjukkan rupanya kerana ada tertera pada risalah.
I am able to show its look because it is featured in the brochure.




Terdapat juga senarai barangan yang dibawa semasa perarakan pertabalan.
There is also a list of items to be carried about during procession for coronation.



Malangnya apabila diteliti risalah ternyata tiada penerangan tentang Tongkat Ajai.
Too bad when the brochure is looked at closely there is no explanation on Tongkat Ajai.



Nasib baik saya ada baca penerangan di galeri. Kalau tak salah ingatan ia adalah tongkat untuk memangku dagu ketika Sultan berada di atas singgahsana.
Luckily I have read some explanation at the gallery. If memory serves me right it is some sort of stick to support the chin while the Sultan sits on the throne.


Galeri kebudayaan dan pelancongan Kampong Ayer (Kampong Ayer cultural and tourism gallery)

Bersambung dari Makam-makam lama di (Old tombs at) Kianggeh.
Continued from Makam-makam lama di (Old tombs at) Kianggeh.

Dari Kianggeh kami ke tepian Sungai Brunei mengambil bot untuk bersiar-siar di Kampung (juga dieja Kampong) Ayer, sebuah kawasan penempatan besar di atas air. Terlihat galeri ini kami pun singgah...
From Kianggeh we went to the banks of the Brunei river to take a boat to go sightseeing at Kampung (also spelt Kampong Ayer), a big settlement area above the water. Caught sight of this gallery and so we paid a visit...




Tanpa membuang masa kami masuk ke dalam.

Without wasting time we went inside.


Ruang legar.

Lobby.


Bahagian pameran.

Exhibition section.


OK. Biar diletakkan maklumat yang ada tanpa huraian ya.

OK. Let information available be presented without elaboration ya.










Artifak-artifak. Untuk makluman ini adalah artikel ke 454 di blogspot ini.

Artifacts. For information this is the 454th article in this blogspot.














Makam-makam lama di (Old tombs at) Kianggeh

Bersambung dari Masjid (Mosque of) Kampung Serusop.
Continued from Masjid (Mosque of) Kampung Serusop.



Seterusnya saya pergi ke sebuah pasar tengah bandar lalu terlihat sebuah tanah perkuburan Islam.

Next I went to a market in the middle of town and then saw a Muslim cemetery.


Lihat artikel The market of Tamu Kianggeh di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Tanah perkuburan ini terletak di lereng bukit sebelah.

Look at the article The market of Tamu Kianggeh in the blogspot BERPETUALANG KE ACEH. This cemetery is situated at the side of a hill besides.


The bahagian bawah kelihatan seperti kubur untuk orang awam.

The lower section looks like a burial ground for the general public.


Di atas pula makam bangsawan.

On tomb in turn is the tomb of a noble.






Saya lebih tertarik dengan makam-makam lebih ke atas.
I was more interested in the tombs further up.


Melihat pada bentuk batu nesan nampaknya ia milik kerabat diraja dan bangsawan lama Brunei.

Looking at the shape of the tombstones it look like it belongs to old royalty and nobility of Brunei.