-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Saturday, January 19, 2008

Makam (tomb of ) Bendahara Tun Habab

Assalamualaikum semua. Sekarang sampailah masanya untuk melengkapkan trilogi cerita bergambar 3 makam di Kota Tinggi yang sangat berkaitan... Kira sambungan cerita Makam (tomb) of Laksamana Bentan dan Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang . Sila...
Greetings all. Now come the time to complete the pictorial trilogy stories of 3 tombs in Kota Tinggi very related to each other... You can say this is the continuation of the stories Makam (tomb) of Laksamana Bentan and Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang . Come...


Tidak jauh daripada Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, di tepi jalan utama yang sama kelihatan papantanda ini...
Not far from the tomb of Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, besides the same main road lies this signboard...



Ia menunjukkan arah ke suatu kawasan perkuburan...
It points to way to a certain cemetery area...


Lalu kelihatanlah bangunan utama yang mengandungi makam beberapa orang bangsawan...
And thus appears the main building containing the tomb of some nobles...



Bangsawan-bangsawan ini ialah ahli keluarga seseorang yang dikenali sebagai Tun Habab. Beliau juga dikenali sebagai Tun Habib Abdul Majid Padang Saujana, Bendahara Johor penghujung Abad ke 17 Masihi... Dikatakan berketurunan Bendahara-bendahara lama Melaka dan Johor bercampur keturunan seorang Sayyid (berdarah keturunan Nabi Muhammad SAW) daripada Aceh.
The nobles are family members of someone known as Tun Habab. He is also known as Tun Habib Abdul Majid Padang Saujana, Bendahara (something like royal prime minister of) Johor end of 17th Century AD... Said to be a descendant of the Bendaharas of Melaka and old Johor mixed with the descendant of a Sayyid (from the bloodline of prophet Muhammad SAW) from Aceh.


Gambar makam-makam di dalam bangunan tadi. Makam Tun Habab lebih terserlah dengan langsir kain kuningnya. Maaf, gambar tidak terang kerana kamera digital murah saya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila kurang cahaya sedangkan ketika itu hampir waktu Maghrib.
Picture of the tombs inside that building. The tomb of Tun Habab stood out with its yellow curtains. Sorry, the picture is not clear as my cheap digital camera could not function well when there's little light while the time was approaching dusk.


Jadi apakah yang penting tentang makam ini dan kaitannya dengan 2 makam penting lain di Kota Tinggi. Beginilah... Sejarah rasmi mencatatkan Laksamana Bentan (baca Makam (tomb) of Laksamana Bentan ) telah membunuh Sultan Mahmud (baca Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang ). Sultan Mahmud pula dikatakan tidak meninggalkan zuriat untuk menggantikan baginda di atas takhta. Maka Bendahara sebagai pembesar paling kanan pun diangkat menjadi Sultan dan pemerintah Johor serta jajahan takluknya yang baru.
So what is so important about this tomb and its relationship with the 2 other important tombs in Kota Tinggi. It's like this... Official history cited Laksamana Bentan (read Makam (tomb) of Laksamana Bentan ) murdered Sultan Mahmud (read Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang ). Sultan Mahmud is said not to leave any offspring to take his place on the throne. So the Bendahara as the most senior noble and officer was raised as the new Sultan and ruler of Johor and its colonies.

Adapun papan-tanda di makam ini menyebut Tun Habab telah diangkat menjadi Sultan Abdul Jalil IV. Pihak lain pula menyebut anak Tun Habab yang diangkat menjadi Sultan. Apapun, yang nyata keturunan Tun Habab mula menjadi raja. Seorang anak lain pula menaiki takhta Terengganu dengan memakai nama Sultan Zainal Abidin I.
As it is, the notice at the tomb here said Tun Habab was raised as Sultan Abdul Jalil IV. Others said it is a son of Tun Habab who was raised as the Sultan. Whatever, what is clear is the descendants of Tun Habab start to become kings. Another son climbed up the throne of Terengganu using the name Sultan Zainal Abidin I.

Seorang anak lagi menjadi Bendahara yang memerintah Pahang. Daripada keturunan Bendahara ini, seorang iaitu Wan Ahmad mengangkat diri menjadi Sultan. Daripada pecahan lain keturunan Tun Habab pula muncul keluarga Temenggung yang kemudian memerintah Johor... Bermula Temenggung Abu Bakar yang mengangkat dirinya sebagai Maharaja Johor kemudian Sultan.
One more son became the Bendahara who ruled Pahang. From the descendants of this Bendahara, one Wan Ahmad raised himself up as the Sultan. From another branch of the Tun Habab family came the Temenggung (another royal official, sort of like the chief police) who then ruled Johor... Starting when Temenggung Abu Bakar raised himself as Maharaja (literally translated as emperor of) Johor then Sultan.

Pendekata, setelah berlaku peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang oleh Laksamana Bentan, keluarga Bendahara Tun Habab terus naik menjadi pemerintah. Darah keturunan inilah yang menjadi Raja-raja Johor, Pahang dan Terengganu sampai sekarang. Sekian...
To cut it short, after the eventful murder of Sultan Mahmud Mangkat Dijulang by Laksamana Bentan, Bendahara Tun Habab's family immediately came up as rulers. It is this bloodline which became the kings of Johor, Pahang and Terengganu until this day. That's all...


11 comments:

smaqmal said...

salam, berkenaan buku ahlul baits dari tun suzana itu tidak boleh dijadikan sumber rujukan, seluruh persatuan sayyid indonesia dan malaysia telah membantah kewujudan buku ini kerana terdapat isi dalamnya adalah fitnah. mana mungkin keturunan sayyid tidak tahu nasab dan sejarah datuk nenek mereka sendiri.. untuk rujukan sila layari http://forum.asyraaf.net/forumdisplay.php?fid=44 milik persatuan asyraaf malaysia

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Saya tahu di mana bahagian yang dipertikaikan iaitu berkenaan kewujudan seorang Saiyid Al-Aidarus dari Aceh yang berkahwin dengan seorang cucu Tun Sri Lanang lalu dari keturunan mereka muncul Bendahara Tun Habib yang menjadi moyang kepada keSultanan Terengganu, Johor dan Pahang yang wujud sekarang.
Kesalahan Suzana adalah menyambung nasab Saiyid dari Aceh itu dengan Saiyid Abdullah Al-Aidrus dari Hadramaut yang dikenali ramai. Itulah yang menimbulkan kemarahan Asyraaf.

Namun saya diberitahu Suzana itu cuma telahan, bukan muktamad. Apapun saya yakin Saiyid dari Aceh yang menjadi moyang Tun Habib itu tetap wujud walaupun namanya mungkin tiada dalam daftar salasilah yang dipegang Noqabatul Asyraaf. Sepertimana juga salasilah Wali Songo dan keluarga Azamat Khan tidak nyata dan diktiraf dalam daftar Noqabatul Asyraaf begitu juga keadaan Saiyid dari Aceh yang menjadi moyang keSultanan Johor, Pahang dan Terengganu. Tidak adil untuk menafikan seluruh isi buku semata-mata kerana permasalahan nasab si Saiyid dari Aceh. Sepertimana juga tidak adil jika sesiapa menuduh keluarga Jamalulail Perak bukan Ahlul Bait semata-mata kerana daftar keluarga teratas mereka masih belum dapat dihubungkan dengan pasti pada mana-mana nama Saiyid yang sedia ada dalam daftar besar yang dibawa dari Hadramaut.

Anonymous said...

I merely wished to officially say "Hi there" to everyone here. In my opinion , that this appears like an unusually appealing place to be online.

I cannot wait to begin. Do you have any sort of guidance for someone in the beginning stages? Any certain section that you would advise more versus others to begin?

I want to to share with you a quote that i have often found to be tremendously motivational in order to start formal introductions:

[quote]Never believe in mirrors or newspapers. ~Tom Stoppard[/quote]
Greetings,
Mark

Anonymous said...

just signed up at artmelayu.blogspot.com and wanna say hi to all the guys/gals of this board!

smaqmal said...

Buku Sesat yg di buat Tun suzanna yg mencoba memalsukan dan menghubung hubungkan klg al idrus
dengan semua kesultanan Melayu di Malaysia.

Suzanna juga melonggokkan kesemua Wan sebagai ahlul bait..makanya kesemuanya bonda2 para2 Sultan yang bernama Wan dikatakan dari jalur itu....tanpa memberi bukti yg kukuh...

dlm buku "Ahlul Bait Keluarga Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu " Suzanna cuba mengaitkan bahawa dia juga dari zuriat nabi saw melalui garis ibu (raden)....raden juga di claim ahlulbaiyt....gawat!!

smaqmal said...

Riwayat Singkat
علي زين العابدين بن عبدالله الأوسط بن شيخ صاحب أباد بن عبدالله بن شيخ الأكبر بن عبدالله العيدروس

Dikenali dengan nama Zainal Abidin,merupakan seorang ilmuan , Sheikhul Islam dan pemimpin umat Islam di zaman beliau .Seora...ng yang amat pemurah dan mempunyai kecerdasan serta aqal yang bijak.
Dilahirkan pada bulan Zulhijjah tahun 984 H/Maret 1577M di bandar Tarim , Hadramaut Yaman Selatan .Beliau membesar di Bandar tersebut dalam keadaan tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur luar dan menghafal Al Quran serta mempunyai ingatan yang kuat .Beliau membesar dalam jagaan bapa beliau dan dididik dalam keadaan ilmu semenjak kecil lagi,merupakan pelajar yang amat tekun sehingga beliau mendapat apa yang diinginkan.sentiasa bersama bapanya sepanjang hari dan malamnya serta selalu melazimi kuliah-kuliah yang diberi bapanya tanpa meninggalkan walau satu pun.
Beliau mempelajari Ilmu-ilmu Syariah seperti Tafsir,Feqah,Hadith dan sebagainya serta mahir dalam ilmu yang dipelajari semenjak kecil lagi.Beliau juga mempelajari Ilmu Tasawwuf,Hakikat dan segala Ilmu yang berguna.
Diantara guru-guru beliau ialah Sheikh Zain bin Husin,Sayyid Abdulrahman bin Muhammad bin Agil,Sheikh Muhammad bin Ismail,Sayyid Abdulrahman bin Ali Ba Hasan,Sayyid Abdullah bin Muhammad Ba Ruum dan ramai lagi.Kemudiannya Beliau mula mengajar dan memberi Fatwa serta menjadi tempat rujukan.diantara Ilmu yang diajar ialah Tafsir.Majlis Ilmu beliau dihadiri oleh orang ramai termasuk guru-guru beliau ,lalu tersohorlah nama beliau di Hadhramaut dan selepas itu beliau mula dikunjungi mereka-mereka yang berada di luar Hadramaut.Ramai juga ulama-ulama yang dihasilkan dari tangan beliau termasuklah anak beliau sendiri iaitu yang alim Jaafar Al Sadik,Guruku Sheikh Abdul Rahman Al Saggaf,Guruku Sheikh Abdullah bin Ahmad Al Aydrus,Bapaku sendiri( Abdullah al ausath),Sheikh Umar bin Hussin bin Fagih,Sheikh Abdillah bin Agil Al Hinduan,Guruku Sheikh Abu Bakar bin Abdulrahman Bin Syihab, Sheikh Husin bin Abdullah Al Ghusn, Sheikh Abdullah bin Sahal Ba Fadhal, Sheikh Ahmad bin Abdullah Ba Fadhal, Sheikh Umar bin Ahmad Ba Syarahil dan lain-lain lagi.Diceritakan bahawa Guru beliau iaitu Abdullah bin Muhammad Ba Ruum dengan kerawakannya walaupun sudah lanjut usianya masih lagi mangambil kitab dan mengadap(mempelajari) dari Al Sayyid Zainal Abidin Al Aydrus.
Semasa bapa Beliau masih lagi hidup Beliaulah yang selalu bersama dan memberi sepenuh perkhidmatan dan tidak pernah menjauhkan diri.Ini membuatkan bapa beliau amat sayang kepadanya sehinggakan beliau didoa oleh ayahnya dengan doa yang Salih(baik-baik) .
Beliau tak pernah ke Nusantra dan tak ada anaknya yg bernama Maharaja sri di raja dato seri maharaja.Juga beliau ini tak bergelar tun dagang seperti yg di hayalkan suzanna ini.Juga ayah dari al imam Ali Zainal Abidin ini yakni al imam Abdullah al ausath ini tak pernah menikah dan keluar dari Tarim.
Beliau ini adalah juga seorang Naqib dan ahli nasab yg mana buku hasil karyanya hingga saat ini menjadi rujukan utama bagi keluarga Alawiyin dalam menyusun dan memelihara kemurnian dan kerapian nasab keluarga alawiyin.Beliau wafat di Tarim 1041H/1632M.

Tun Suzanna ini membuat nasab dengan cara kira kira saja

ainsyam_mujahid as-syafi'e said...

assalamualaikum ikhwanku,
perihal nasab saya amat cermat.
Rsaw berwasiat..
berpegang teguhlah kalian dgn al-Quran yakni kehidupan Rsaw yang diikat hatifikir baginda dgn TALI ALLAH. dan..ikutlah Ittrah Rsaw..yakni ulama' kalangan ahli bait. bukan ulama' kalangan bani awam!! siapa mereka..ulama' kalangan Ittrah Rsaw...kalo tidak para haibaib hari ini...seperti habib umar, habib munzib almusawwa, syeikh afiffuddin aljalani dan lain2. kalo kita betul2 ikhlaskan hatifikir..kita ambil kehidupan Rsaw ini melalui sanad Ittrah Rsaw yang itu. bukan amalan kehidupan yang kartu-marut sekarang nie...menjadi darah daging dalam masyarakat. LEPASKAN DIRI kalian dari amalan kehidupan bukan sanad dari Rsaw!! oh yer...perihal tun suzana. mengapa naqobatul asyraaf jakarta dan asyraaf malaysia...tidak bekerjasama dgn tun suzana...sebaliknya terus bersikap tertutup?? saya berpengalaman dgn asyraaf malaysia..dan segelintir pimpinan...amat menyedihkan. bahkan..waris mereka sendiri malu dgn sikap pimpinan yang agak tertutup dalam hal seperti tun suzana dan saya(mereka baca: orang luar dan tidak layak bicara hal nasab mereka!). pengalaman tuan. mengapa jadi lagu nie..wahai ahli bait?? saya nak tanya..adakah naqobatul asyraaf jakarta dan asyraaf malaysia fikir...almahdi alamin itu benar2 lahir dari keluarga Rsaw yang berdaftar dalam persatuan2 mereka?? saya bimbang..kalian akan menjadi seperti pendeta yahudi yang akhirnya menolak Rsaw kerana menyangka..nabi akhir zaman adalah dari kalangan mereka. Allahu Rabbi! saya nak mengingatkan ahli bait2 semua..almahdi alamin belum tentu lahir dari keluarga yang berdaftar dalam persatuan kalian! dan belum tentu imam mahdi ada gelar sayyid atau habib di pangkal nama dirinya dan ayahnya..dan atuknya.

smaqmal said...

assalamu'alaikum abisyam. buat pengetahuan saudara sudah di tegur tun suzana itu, beberapa kali dia sering tidak mengendahkan penjaga nasab dikalangan habaib di hadramawt dan nusantara. habib ali zainal abidin assagaf sendiri meminta mereka meneliti dan bersemuka bersama2, kerana apa yg ditulis ialah tentang nasab wa bil khusus nasab Rasulullah saw. apabila ada kesalahan lembaga pemegang nasab akan menegur, dan jika teguran itu tidak dilayan dan dipertahankan jelasnya pada pandangan umum ingin menasabkan seseorang bukan pada tempatnya. dan ini akan menjadi fitnah jika tidak dipertahankan dan akan ramai membinkan pada bukan dari darah mereka! jadi adakah salah sayyid@habib mempertahankan silsilah leluhur mereka?? mengapa ramai antara orang awam tidak mendengari tetapi lebih mudah percaya pada orang yang bukan leluhurnya seperti suzana ini??

maksud saudara tentang imam mahadi itu kami tidak boleh jawab, bukan kami pertahankan tentang gelaran atau pangkat atau bangsa,kami yakin dan percaya sebagaimana yg disebut hadis iaitu beliau dari itrah Rasulullah SAW. tugas kami ini menyedarkan bahawa tiada 'telahan' atau pakai agak2 dalam penentuan nasab seseorang. jika ianya dalam kajian perlu tawaquf (berdiam diri) tidak perlu dipersebarkan kelak menjadi fitnah dan mempersendakan nasab Rasulullah SAW,, kamu suka itu ?? dalam ilmu nasab, nasab ialah sanad dan telah tertulis. wassalam, wa afwan minkum

Anonymous said...

:)hmmm....

Anonymous said...

simply dropping by to say hi

Unknown said...

klu nk tau sapa betul2 ahlul bait,tunggu akhirat nanti ! yg masuk ,yg masuk syurga tu le ahlul bait. . !