-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Tuesday, September 02, 2008

Makam (Tomb of) Hang Tuah di (in) Tanjung Keling, Melaka...

Masih di Melaka, kali ini di Tanjung Keling. Mari...
Still in Melaka, this time in Tanjung Keling. Come...


Pada satu bahagian Tanjung Keling, terdapat sebuah kawasan perkuburan Islam. Di tepinya terletak satu kawasan berpagar yang dikatakan makam Hang Tuah.

At one part of Tanjung Keling, there lies a Muslim burial ground. At its side there exist a fenced area which is said to be the tomb of Hang Tuah.


Makam ini kelihatan terjaga begitu baik. Jadi siapakah Hang Tuah? Rasanya nama ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana Hang Tuah adalah satu nama besar pahlawan Melayu Melaka abad ke 15 Masihi. Sila baca penerangan yang dipaparkan di bawah...

The tomb looks like it is very well-kept. So who is Hang Tuah? I believe the name needs no further introduction as Hang Tuah is a big name for a Melaka Malay warrior of the 15th Century AD. Please read the information shown below...


Dalam bahasa Melayu...


In the English language...


Lihat makamnya yang terserlah panjang menandakan status beliau sebagai satu nama besar... Untuk cerita mengenai Hang Tuah, sila lihat informasi lanjut yang terpapar di bawah. Untuk melihatnya lebih teliti, sila buka gambar-gambar di bawah ini di dalam windows baru...

Look at the tomb which stands out long marking his status as one big name... For the story on Hang Tuah, please look at the further information provided below. To look at it more closely and in detail, please open the pictures below in new windows...






























Hang Tuah dikatakan terkenal dengan ungkapan keramat "Tak Melayu Hilang di Dunia." Apapun, menurut orang yang tahu, makam di Tanjung Keling ini, lebih kurang 10km daripada pusat bandaraya Melaka kini bukan makam sebenar Hang Tuah. Pahlawan ini dikatakan ghaib tanpa dapat dikesan tetapi memandangkan Sultan Melaka zamannya selalu merenung ke arah Tanjung Keling sejak beliau ghaib, maka didirikan makam ini di sana sebagai tanda. Sekian! :]

Hang Tuah is said to be famous with the magical words "Tak Melayu Hilang di Dunia." (literally, "The Malays won't disappear from the earth"). Whatever according to those in the know, this tomb in Tanjung Keling, around 10km from the centre of modern day city of Melaka is not the actual tomb of Hang Tuah. This warrior is said to have just disappeared into thin air without a thrace but since the Sultan or ruler of Melaka of his time is said to often stare out to Tanjung Keling since he disappeared, so a tomb was erected there as a marking. That's all! :]

7 comments:

Tun Teddy said...

tahniah saudara, blog saudara memang bagus sekali. nampaknya kita berkongsi satu minat yang sama iaitu sejarah.

saya gemar belajar tentang sejarah berkenaan era zaman darurat. jika saudara berkehendakkan maklumat dan sumber bacaan ataupun contact mereka yang terlibat secara langsung, boleh email saya utk bahan itu. teruskan menulis.

Radzi Sapiee said...

Terimakasih atas tawaran saudara. Insyaallah apabila tiba keperluan akan saya tanya. Sementara itu dipersilakan menambah mana-mana fakta dan informasi yang patut samada daripada rujukan rasmi mahupun cakap orang-orang tua. :]

KZSO said...

saudara,
tak menziarah makam dato' hang jebat ke?

Radzi Sapiee said...

Sudah! :]

NUSA NTARA TIGA said...

tahniah sedara , saya tak berapa minat psl hg tuah tapi taun ini ada cerita yang saya pun naik pelik..silakan ke http://alamjin-tuankelarias.blogspot.com/

Ada kisah Hang Tuah telah saya rakamkan dalam pertemuan secara kerohanian. Anggap dongeng je lah..

fairus said...

Apabila membaca batu penerangan saya tertarik dgn kenyataan pada awal kehadiran ke melaka, parameswara terpaksa membayar ufti/wang emas...dari sini merujuk tarikh mungkin kerajaan Siam yg dimaksudkan adalah kerajaan Kedah Tua (Merongmahawangsa) di mana pada masa itu wang emas sebenarnya dijadikan wang pajakan/ufti atau zakat. Bagi yang mengkaji sejarah Merongmahawang pasti tahu bahawa jajahan baginda dari Aceh, kedah hingga ke Filipina. Berbeza ufti yg dibayar kepada kerjaan Thai (Kafir) supaya tidak menyerang kedah setelah campurtangan Ingeris pada akhir pemerintahan sekitar 1800.

Selain itu ada juga cerita mengatakan Hang Tuah tidak mati hilang ke sungai tapi sebenarnya lari ke Aceh membawa diri dan dilantik menjadi orang besar menjaga negeri Aceh sebelum mangkat tetapi namanya di tukar kepada Tun Saban (Mungkin bukan Tun Saban Gerik Perak). Cuma disini dapat dilihat kaitan sejarah yang mungkin dapat dihurai dan dikaji lebih mendalam...begus kerana ramai anak2 muda makin berminat dgn bangsa melayu dan sejarahnya.

TuanKelarias said...

Assalam alaikum ,

kami jemput tuan ke blog http://alamjin-tuankelarias.blogspot.com

Kami dapat sumber mengenai Hang Tuah melalui dialog perkhabaran ghaib pada tahun 2009 yang lalu.

Akhirnya kami paparkannya sebagai dongengan termasuk lakaran Wajah Laksamana Hang Tuah berpandukan Nenek Puteri Gunung Ledang yang masih hidup lagi sampai saat ini dalm keadaan terlalu uzur, bongkok tujuh.

Kami paparkan dlm bentuk donge semata mata, tetapi berdasarkan persetujuan mereka mereka yang ghaib..wallahua'lam bissawab..