-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Monday, October 01, 2007

Istana Raja Muda (The regent's palace), Teluk Intan, Perak

Assalamualaikum semua... Setelah berehat seminggu, sampailah masa untuk membuat satu cerita bergambar baru... Kali ini mengenai sebuah istana lama yang terbengkalai di Perak. Sila! :]
Greetings all... After resting for a week, came the time to make a new pictorial story... This time on an old abandoned palace in Perak. Come! :]

Lihat bangunan buruk yang bersemak ini... Katakanlah, kalau anda tidak melihat tajuk artikel di atas, bangunan apakah anda akan fikirkan ini?
Look at this messy ugly-looking building... Say, if you haven't seen the title of this article above, what building would you think this is?

Itu dia... Satu pandangan daripada dalam...
There.. A look from inside....

Lihat lagi kawasan dalam rumah yang telah dipenuhi semak-samun... Siapa sangka suatu masa dahulu ia adalah sebuah istana kerabat diraja!
Look again inside the house full of growth and foliage... Who would have thought once upon a time it was a palace for royalty!

Dan istana ini bukan milik sebarang kerabat diraja malah milik Raja Muda, bakal seorang Sultan Perak!
And the palace didn't belong to just another royalty but the regent, a future Sultan or ruler of the state of Perak!

Gambar-gambar ini diambil dalam lawatan terakhir saya ke Teluk Intan lebih 2 bulan lalu. Seorang teman kesayangan telah menalifon bertanyakan khabar... Kebetulan beberapa hari sebelumnya, dia ada terbaca sebuah artikel suratkhabar tentang Istana Raja Muda Perak yang terbengkalai di bandar ini lalu meminta saya agar melawatnya.
These pictures were taken during my last visit to Teluk Intan more than 2 months ago. A very dear partner called asking how I was... It happened that a few days before, she read a newspaper article on the Perak regent's palace abandoned at the town and asked me to pay a visit.
Maka pergilah saya pada satu petang 25 Julai 2007. Untuk pengetahuan, saya selalu juga pergi ke Teluk Intan kerana ia adalah bandar kelahiran ayah saya dan tempat keluarganya bertapak turun-temurun! Tetapi itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di Istana Raja Muda ini... Kesempatan itupun diambil untuk menggantung poster promosi siri buku "Berpetualang ke Aceh"... Saja, suka-suka...
And so I went there one afternoon 25 Julai 2007. For information, I often visit Teluk Intan as it is the birth-place of my father and his family's place for generations! But it was the first time I set foot in this palace. So I took the opportunity to hang the promotional poster for the "Berpetualang ke Aceh" (literally translated as "The trip to Aceh") book series... That's it, just for fun...

Terasa sedih juga melihat sebuah istana boleh menjadi begini rupa... Suatu masa dahulu, bandar Teluk Intan ialah bandar kediaman rasmi Raja Muda Perak. Tetapi kerabat-kerabat diraja terdekat kini termasuk Raja Muda sekarang, Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah nampaknya lebih selesa duduk di Ipoh, ibunegeri Perak moden.
I felt quite sad at the condition of the palace... Once upon a time, the town of Teluk Intan was the official town of residence for Perak's regents. But today's close royalties including the current regent, Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah seem more comfortable staying in Ipoh, the capital of modern Perak.

Saya tidak pasti berapakah umur istana ini... Yang saya tahu ia dibina semasa pihak British masih lagi menjajah Perak. Menurut cerita tempatan ia akhir sekali diduduki tahun 1940an oleh Raja Muda Musa, ayahanda kepada Raja di Hilir sekarang, Raja Jaafar... Raja Muda Musa tidak sempat menjadi Sultan kerana meninggal dunia awal. Malah datuknya yang turut dikenali sebagai Raja Muda Musa juga mengalami nasib yang sama! Untuk pengetahuan, Raja Jaafar ialah anak kepada Raja Muda Musa bin Sultan Abdul Aziz bin Raja Muda Musa bin Sultan Jaafar Muazam Shah , Sultan ke 23 Perak (memerintah 1857-1865).
I'm not sure how old is this palace... What I do know, it was built when the British still occupies Perak. According to local stories, it was last occupied in the 1940s by Raja Muda (regent) Musa, father to Raja di Hilir (the royal who presides over the lower parts of Perak river) Jaafar.... Raja Muda Musa didn't become a Sultan as he died early. In fact his grandfather who is also known as Raja Muda Musa suffered the same fate! For information, Raja Jaafar is son to Raja Muda Musa who is son of Sultan Abdul Aziz, son of Raja Muda Musa, son of Sultan Jaafar Muazam Shah, the 23rd Sultan of Perak (ruled 1857-1865).

Kawasan letak kereta ini malah senibina umum istana ini menggambarkan ciri-ciri British seperti yang terdapat pada banyak rumah bungalow lama seluruh Malaysia yang pernah diduduki pegawai tinggi mereka.
This porch area in fact the palace's overall architecture reflects British influence just like those at many old bungalows in Malaysia which used to be occupied by their high officials.

Itu dia, satu pandangan akhir pada istana tinggal ini... Harap-harap sesuatu dapat dilakukan untuk mengembalikannya kepada keadaan yang lebih elok, sesuai dengan tarafnya sebagai sebuah istana kepada Raja Muda, Insyaallah!
There, one last look at the abandoned palace... Hopefully something could be done to restore it to a better condition, befitting its status as palace for the regent. God willing!

Ini pula gambar istana tersebut pada tahun 1920an seperti yang terpapar dalam Menara Condong Teluk Intan. Boleh tahan cantik bukan? Sekian! :]
Oh... Saya akan membuat satu posting tentang Teluk Intan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH sebentar lagi. Sila lihat ya!
This is a picture of the said palace in the 1920s as shown inside the leaning tower of Teluk Intan. Not bad isn't it? That's all! :]
Oh... I will be posting something on Teluk Intan in the blogspot BERPETUALANG KE ACEH soon. Do have a look ya!

p/s:

Dalam ruangan komen di bawah saya telah diberitahu bahawa istana ini sebenarnya diduduki orang hingga tahun 1980an, lebih tepat 1983 iaitu tahun Raja Muda Musa meninggal dunia. Kata-kata saya dalam perenggan-perenggan di atas menyebut ia akhir sekali diduduki tahun 40an sebenarnya adalah kesilapan pernyataan maksud kerana Raja Muda Musa ini juga adalah penghuninya ketika itu. Harap maklum...
In the comments below I was told that the palace was actually occupied until the 1980s, to be more exact in 1983 which is the year when Raja Muda Musa passed away. My words in the paragraphs above saying that it was last occupied in the 40s was actually an error in trying to relay information as the same Raja Muda Musa was also the occupant then. Please take note...

17 comments:

free diver said...

Istana dah lama dirobohkan dan dipindahkan,

Dulu dipanggil Istana Tetamu & now its call Istana Raja Muda kat Tiger Lane dan its Official Istana for Raja Muda & Raja Puan Besar Perak...

becks said...

I lived in the Istana during the 70s until my father's passing in 1983. I recognise some of the pictures, but others will require a little more time to figure out. I have not returned to the Istana since 1983, and it looks like I won't ever have to now! The pictures of my old home are both startling and saddening. Thanks for including the Istana in your blog and I hope you'll keep the pictures there. best wishes, YM Raja Abdul Razak ibni Almarhum Raja Muda Musa, Penang.

Radzi Sapiee said...

Good lord... A response from someone who have actually lived in that house.
Assalamualaikum! You must be brother of Raja Jaafar then... Just wondering have you heard the name of someone known as Hajah Halijah binti Haji Musa who was said to be so beautiful that some Rajas were fighting over her causing minor wars near Batak Rabit, at the confines of Raja Abdullah's fort? They said there were even syairs written to remember her beauty. And she has her own entourage of dayangs... If I'm not mistaken, she lived up to the 1930s or so...
Its just someone said, the Haji Musa mentioned is actually Raja Muda Musa bin Sultan Jaafar, younger brother of Raja Abdullah or Sultan Abdullah. Can you check?

kag said...

sungguh sedih tgk istana yg penting ni terabai.
masa sekolah dulu saya selalu juga tengok istana ni setiap kali dtg dan balik sekolah (HMSS). Dok harap juga kalau dapat keluar masuk macam moyang saya...tapi tak kesampaian la kalau dah camni...

Anonymous said...

Saya anak kelahiran teluk Intan dan duduk berhampiran dgn istana ini sampai sekarang....Utk pengetahuan istana ini kali terakhir diduduki pada tahun 8an...waktu saya sekolah pun masih ada lagi Raja muda yang duduki istana tersebut ..hanya Raja Nazrin sahaja yang tidak mendudukinya

Anonymous said...

"Menurut cerita tempatan ia akhir sekali diduduki tahun 1940an oleh Raja Muda Musa, ayahanda kepada Raja di Hilir sekarang,".....
Saya anak kelahiran teluk Intan dan duduk berhampiran dgn istana ini sampai sekarang....Utk pengetahuan istana ini kali terakhir diduduki pada tahun 8an...waktu saya sekolah pun masih ada lagi Raja muda yang duduki istana tersebut ..hanya Raja Nazrin sahaja yang tidak mendudukinya..nalz

Radzi Sapiee said...

Terimakasih atas pembetulan itu. Saya tersilap menyatakan informasi. Terimakasih! :]

stll said...

Herm.. Istana Teluk Intan, macam pernah dengar disebut-sebutkan ketika dalam persilatan. Sesiapa boleh menceritakan kenapa Istana ini diabaikan Dan Ditinggalkan.

kag said...

Istana ni kediaman resmi Raja di Hilir yang bertanggungjawab kepada rakyat jelata di Hilir Perak. Kalau sistem giliran dalam pewarisan kesultanan Perak masih diamalkan semestinya istana ini perlu dibangunkan semula dan orang yang layak perlu ditempatkan untuk menjaga kemaslahatan orang Melayu di sini. Jika sistem dah dimansuhkan saya simpati.

Ada sesiapa yg tau maklumat lanjut?

Anonymous said...

pembetulan:Selepas Raja Muda Musa mangkat telah di ganti oleh Sultan Azlan sebagai Raja Muda sebelum mnjadi Sultan Perak. Setelah Sultan Idris mangkat, Sultan Azlan menjadi Sultan dan Raja Muda telah diambil aleh oleh Raja Ahmad Siffuddin sebagai Raja Muda dan bersemayam di istana rasmi Raja Muda di Teluk Intan dan Raja Puan Besar Nor Izan sehingga tahun 1983 setelah mangkatnya Raja Muda Ahmad Siffuddin.

zulkarnain said...

Saya adalah anak jati Teluk Intan dan kini menetap di Pulau Pinang. Tetapi saya sering balik ke Teluk Intan kerana ibu bapa saya masih di sana. Setiap kalau balik..pasti saya akan menjenguk belkas Isatna ini walaupun jalan itu bukan lagi menjadi laluan utama berbadaning tahun 80'an dimana ianya adalah laluan utama ke Kg bahagia, Kg gajah melalui jambatan keretapi. Rasa sayu dan sebak melihatkan seri Istana yg suatu masa dulu menjadi kebanggaan rakyat Tk Intan khususnya org Melayu. disitulah terlataknya pusat kuasa org Melayu yang dapat dilihat di Tk Intan. Arwah datuk saya merupaklan sahabat karib Tuanku Raja Muda iaitu raja Muda Musa yg sememangnya menajdi rumah kedua buat dia. Sampai no kereta datuk saya AAH1913 adalkah ehsan pemberian tuanku Raja Muda. Selepas kemangkatan Raja Musa...bersemayam pula raja Azlan tetapi tak lama, digantikan Oleh Raja Ahmad sifuddin juga teman rapat arwah datuk saya sebelah emak saya..kami memanggil dia Ku Tam. Memandangkan hubungan rapat keluarga raja muda dgn arwah datuk saya membuatkan jiwa saya terlalu rapat dgn kesultanan Perak.

Perasaan sedih bila melihat apa yang terjadi pada Isatan Raja Muda. Adakah mahu dihilangkan terus warisan Raja Melayu di teluk Intan ini. sudah ada kedengaran tokeh tokeh cina mahu mengambil tanah ini. Sebagai org biasa apa yg boleh kami buat untuk mengahalang . kalau la pihak berwajib membaca ini..tolongklah selamatkan Istana dan bina semula..Kepada Tuanku raja Nazrin..tolong la kemabali ke Tk Intan. janagla hanya untuk mengejar kemodenan..tidak sanggup tinggal di Teluk Intan, pada saya warisa raja melayu pelu di jaga..Sembah derhaka hamba pohon kan

zulkarnain said...

YM Raja Abdul Razak ibni Almarhum Raja Muda Musa, Penang.

kepada YM raja Abdul razak...u ada kat penang..i ada dgr...sebab kalau tak salah i..one of ur sister pnh keje kat Bank Bumi kan...dulu la..now i tak tau..

pls contact me...019-2117248..zul..i kat kepala batas

telokperang said...

Salam semua. Sedih tengok istana Raja Muda terbiar dan lapuk mengikut zaman. Semasa teman bersekolah di Teluk Intan sekitar 75-78, kami pengakap selalu membuat Camp Fire di Istana tersebut sebagai acara tahunan kerana Almarhum Raja Muda adalah penaung pengakap Teluk Intan ketika itu. Banyak kenangan dan nostalgia yang ditinggalkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Almarhum. Amin.

eqaira said...

assalamualaikum..

baru eqa tau sejarah banggunan ni, sedangkan dr kecik, pegi balik sekolah nampak banggunan ni. mmg tau ni banggunan diraja. masa zaman sekolah dlu, tanya kengkawan, kenapa banggunan ni dibiarkan mcmni je?

ade yg kate, waris bangunan ni, (keturunan diraja la yg pastinya)dihalau dr istana tersebut sbb kawen dgn org golongan tempatan. jd, sbb tu die tak boleh dduk situ. eqa pun tak tau kebenarannya. mgkin kawan2 pun mereka2 cerita kot. zaman sekolah kan~ tp teringin nak tinjau2 kawasan ni. dah bersemak, rsau ade ular pulak...huhuhu

thanx for the information. ^__^-

mohd yosdi mat said...

kalau dah ramai yg tau,nk tunggu apa lagi, nk tunggu runtuh baru nak wartakan ! melayu. . oh melayu. . .

Anonymous said...

Bru je blik dr teluk intan n smpat sggah kt istana nie...msih xde apa2 perubhn...mkin teruk je kondisi istana nie...kwsn skitar rumput pjg n djadikan tmpat ternakan lembu oleh org2 kg..sempat snap beberapa keping gmbar sbg knangan...

YM Raja Abdul Razak ibni Raja Muda Musa said...

Keadaan Istana Raja Muda pada tahun 2012.
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151289127645777.438223.693150776&type=1&l=8c3a8988e4