-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Sunday, September 09, 2007

Lagi, Menara Condong (More, leaning tower of) Teluk Intan

OK... Kita sambung cerita tentang menara condong...
OK... Let's continue the story on the leaning tower...

Ini adalah pandangan ke bawah melalui sebuah lubang yang terletak pada tingkat ke 2 (atau ke 3? Saya sudah lupa) Menara Condong Teluk Intan. Yang pasti, pada tingkat inilah kelihatan tangki air di menara itu...

This is a view downwards through a hole situated at the 2nd level (or was it 3rd? I can't remember) of the Leaning Tower of Teluk Intan. What's sure, this is the level where the water tank inside the tower can be seen...


Pandangan di sisi tingkat itu...

Look at the sides of the level...


Satu pandangan ke atas menghala ke bumbung...

A look upwards towards the roof...

Tangga ke tingkat lebih atas. Ada notis menyatakan orang awam tidak dibenarkan naik. Pintu gate nya pula terkunci..,.

Staircase towards an upper level. There's a notice saying the public is not allowed to go up. The gate is also locked...


Saya pula tidak dapat menahan diri untuk memanjat... Kelihatan sarang burung di satu celah...
Well, I can't resist the temptation to climb up... There looms a bird's nest in one corner...


Seseorang juga boleh melihat loceng besar untuk jam di puncak menara!

One can also see the huge bell for the clock on top of the tower!


Ini pula pusat membeli-belah Kompleks Menara Condong dilihat dari atas...

This is the Kompleks Menara Condong shopping complex seen from the top...


Sebahagian bandar Teluk Intan yang dapat dilihat...

Part of the town of Teluk Intan which can be seen...


Dan akhir sekali, besi timbang untuk jam di menara. Cukup ya!

And lastly, the balancing weight for the clock on the tower. Enough ya!

8 comments:

Zam said...

Assalamu'alaikum.

Hehehe, saya ni nama je anak Teluk Intan tapi x pernah naik menara condong tu. Betul, selalunya orang tak berminat dengan apa yang ada dekat-dekat dengan diri dan persekitarannya.

Ada satu soalan, menara condong ni dah boleh dianggap sebagai 'mercu tanda' Teluk Intan oleh semua orang. Tapi bagi saya dan sepatutnya yang menjadi 'mercu tanda' penting terutamanya bagi orang melayu dan Islam ialah Madrasah Insaniah yang terletak di satu ceruk bandar Teluk Intan (yang pernah abang post ke blog ni dulu). Tak ramai yang tau tentang Madrasah tua tu.

Lagi satu tentang Batu Peringatan British yang terletak di Lampu Isyarat depan Masjid Daerah tu. Tak tau apa sejarah sebenarnya. Orang Teluk Intan menggelarnya batu hidup kerana menurut mereka batu tu membesar. Tak tau la. Tapi ada fakta menarik yang saya jumpa dalam buku 'Teluk Anson' karangan Khoo Kay Kim terbitan Muzium Negara yang saya rasa ada kaitan dengan batu tersebut. Kata beliau (lebih kurang) 'Pernah berlaku suatu pemberontakan di Teluk Intan yang mempunyai kaitan dengan perang di antara Turki (Uthmaniah) dengan British.'

Maka apabila dilihat balik kepada batu tersebut yang mempunyai catatan memperingati tentera British yang gugur (Kata-katanya saya x ingat) tarikh yang dipahat pada batu tersebut adalah 1914-1918. Setahu saya tarikh tersebut ialah tempoh Perang Dunia Pertama. Telah dinyatakan beberapa penulisan yang saya baca bahawa pengistiharan jihad oleh Uthmaniah terhadap pihak British dan sekutunya telah disambut di Tanah Melayu oleh perjuangan Tok Jangggut di Kelantan dan pemberontakan askar-askar British (Sipahi) di Singapura. Maka, pada saya batu peringatan British tersebut menyimpan rahsia kebangkitan orang-orang Islam Teluk Intan terhadap perjuangan Uthmaniah tersebut. Walhal, sejauh yang diketahui bolehlah dikatakan bahawa Perak ketika tempoh tersebut adalah 'aman' dari penentangan terhadap kolonial British.

Wallahhua'lam..

Zam

Radzi Sapiee said...

Wassalam... Orang Teluk Intan rupanya... Kalau macam tu, mesti tau Kampung Batak Rabit dengan sedikit cerita keluarga Laksamana Raja Mahkota kot...
Bab batu peringatan tu saya pun tak pernah perasan. Elok juga saudara bercerita. Teruskan! :]
p/s: Bab taktik British dan 'tentera bersekutu' nak jatuhkan Uthmaniyah akan saya kupas dalam BKA III, insyaallah!

Zam said...

Salam.

Saya tinggal di Chenderong Balai, Mukim Labu Kubong. Saudara mara memang ramai di Teluk Intan. Tentang Kampung Batak Rabit x banyak yang saya tau. Tapi saya ada baca topik yang abang MS buka tentang Laksamana Raja Mahkota tu dalam forum Harmonisers. Saya cuba nak hantar mesej ke forum tu semalam tapi xberjaya. Error.

Saya selalu juga ke Masjid Kampung Batak Rabit tu. Pusara datuk dan opah saya kat tanah perkuburan seberang jalan masjid tu. Minggu lepas saya ada singgah. Saya terdorong nak mulakan langkah mencari salasilah keluarga. Lebih-lebih lagi terinspirasi dari baca BKA.

Hmm, tak sabar rasanya nak tunggu BKA III.

mm said...

Tempat utama, sebenarnya bernama Teluk Mak Intan. Iaitu tapak Balai Polis Lama bersebelahan dengan Pejabat Pos.

Kampung ini dibuka oleh seorang wanita bernama Mak Intan dipercayai dari keluarga berpengruh.

Menurut ceritanya suatu hari Mak Intan dan rakan2 mandi dan bersukaria di bahagian teluk, tiba2 pacak intan pemberian org tuanya hilang dalam sungai.

Peristiwa ini seringkali disebut2 sehingga kampung tersebut dipanggil Teluk Mak Intan.

Antara kampung lain di sekeliling Teluk Mak Intan, ialah Durian Sebatang semperna nama sebatang pokok durian sebatang yang sanggat tinggi.Pokok durian tersebut menjadi mercutanda sehingga kampung tersebut dinamakan Durian Sebatang.

Batak Rabit, dipercayai penduduk asalnya orang Batak, kemudian datang orang Melayu. Jadi untuk membezakan orang Batak dan orang Melayu dibuat peraturan oleh Penghulu iaitu orang Batak wajib menebuk telinga dan memakai subang sehingga ada yang terkoyak (rabit).

Mercu tanda sekarang ialah Menara Jam Tinggi atau Menara Condong seperti yang diceritakan dalam blog ini

Anonymous said...

saya org tlk intan gak. lahir di sana. rumah tua tinggalan nenek saya ada di jln pasir bedamar, tlk intn. Tak ada org duduk dah. Dulu rmah tu lah salah satu rmah besar di jln tu. tok nenek saya kira org berada jugalah dulu. tapi semua tinggal kenangan....

Anonymous said...

saya ni anak kampung batak rabit jati, setahu saya asal usul kg saya tu bukan lah macam cerita mm said tu yg memalukan shj...pandai2 je buat cerita

Radzi Sapiee said...

Hmm. Cerita yang saya dapat plak, dedulu orang Batak ni banyak dijadikan hamba oleh bangsawan Perak terutama di bahagian hilir. Malah Teluk Batik di Lumut tu asalnya bernama Teluk Batak sebab dijadikan satu port utama berjual-beli hamba abdi orang Batak... tapi kemudian ditukar menjadi Teluk Batik supaya sedap sedikit kedengaran di telinga.
Berbalik pada Kampung Batak Rabit. Ia dahulunya salah satu kota utama kaum bangsawan Perak terutama dari keluarga Laksamana, seterusnya kaum kerabat Sultan Abdullah. Saya tak tahu bila ini berlaku tetapi saya diberitahu pernah satu masa sekumpulan hamba abdi Batak cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap. Salah satu hukumannya telinga mereka dirabit. Itu yang timbul nama Batak Rabit...

Anonymous said...

agak lama saya nak tambah komen di sini, tapi tak apalah.

ttg cerita batak rabit tu (yang disampaikan oleh merah silu - batak lari sampai dirabit telinganya) cerita yang sama ada disampaikan oleh ayah saya. beliau anak jati teluk intan. menurut beliau, antara yang bertanggung jawab menjual abdi batak semasa itu adalah monyang saya, yang bernama nakhoda mad zin. nakhoda mad zin ini berasal dari batubahara, dan menjalankan urusan perdagangan hamba.

demikian al-kisahnya.

tun batubara.