-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Wednesday, September 10, 2008

Masjid (mosque of) Bandar, Perak?

Bersambung daripada artikel Masjid (mosque of) Bandar Tua... .
Continuing from the article Masjid (mosque of) Bandar Tua... .


Sebenarnya saya pergi berjalan ke Perak kali ini dengan beberapa orang kawan... Kami ke Kampung Bandar Tua, beberapa kilometer di selatan Pasir Salak untuk mencari sebuah masjid yang kata seorang kawan memiliki rekabentuk yang amat unik. Katanya lagi, di perkarangan masjid itu ada makam seorang ulamak terkenal. Akhirnya setelah berjalan beberapa kilometer lagi ke selatan, kelihatanlah masjid ini...

Actually I went around Perak this time with some friends. We went to Kampung Bandar Tua, a few kilometres south of Pasir Salak to look for a certain mosque said by a friend to have a very unique design and architecture. Furthermore he said, at the mosque's compound there lies the tomb of famous religious teacher. At last, after going a few more kilometres further down south, then we saw this mosque...

Lihat menaranya yang unik ini...

Look at this unique tower...


Malah seluruh rekabentuknya terasa unik...

In fact its whole architecture feels unique...


Papantanda pecah ini menyebut masjid ini sebagai Masjid Muhammediah, Kampung Ayer Mati. Tetapi kawan yang memberitahu tentang kewujudan masjid unik yang dimaksudkan menyebut ia berada di dalam kawasan Kampung Bandar! (Kawan itu tidak turut serta dalam perjalanan ini, sekurang-kurangnya dia tiada dalam bahagian yang ini tetapi ada di Teluk Intan)...

This broken signage named this mosque as the Muhammediah mosque, (at) Kampung (village of) Ayer Mati. But the friend who told me about the existence of the unique mosque he referred to said it is within the area of Kampung Bandar! (This friend did not participate in this trip, at least not in this particular leg but he was there in Teluk Intan)

Saya terpaksa berfikir sejenak. Tadi selepas 2-3 kilometer meninggalkan Kampung Bandar Tua, warga tempatan yang ditemui memberitahu memang terdapat Kampung Bandar beberapa kilometer lagi ke selatan. Apabila memikirkan keadaan geografi Perak bahagian itu seperti yang saya ketahui, jikalau kami bergerak ke selatan lagi kami akan bertemu dengan Sungai Perak yang membelok ke Barat. Ertinya selatan lagi ialah sungai, tiada lagi perkampungan. Maka Kampung Bandar yang dimaksudkan mestilah di sini ya tidak? Mungkin ia kini dikenali sebagai Kampung Air Mati?

I had to think and reflect a bit. Just now after 2-3 kilometres leaving Kampung Bandar Tua, the locals met told us there is a Kampung Bandar a few more kilometres down south. When I think about the geographical condition of these parts of Perak as that I knew of, if we move on further south we would come across the parts of the Perak river which curve to the West. This means further south would be the river, no more villages. So the Kampung Bandar those people referred to must be this one isn't it? Maybe it is now known as Kampung Air Mati?


Kemudian kami pergi ke sisi menghadap ke sungai berdekatan... Ternyata memang terdapat kawasan makam dan seperti disebut kawan yang memberitahu tentang kewujudan masjid unik di kawasan ini, ia kelihatan terserlah dengan tembok-temboknya. Maka ini sudah tentu masjid yang dimaksudkannya dalam Kampung Bandar!
Then we went to the other side facing the river nearby... And so it was proven, there exist a tomb (a few tombs actually) and as mentioned by the friend who told us about the existence of a unique mosque in this area, it stood-out with its low walls. So this surely must be the mosque mentioned as being in Kampung Bandar!



Kita lihat masjid ini dari sudut lain...

Let us look at the mosque from a different angle...


Rupa-rupanya di hadapannya terdapat sebuah lagi makam!

As it turned out there exist another tomb right in front!


Mari masuk ke dalam...

Let us go inside...


Hmm... Nampaknya ia dibina tahun 1968. Tak lah lama sangat. Tetapi rekabentuknya tetap unik. Sekian! :]

Hmm... Looks like it was built in the year 1968. Not that old actually. But the design still remains unique. That's all! :]

---------------------------

Pembetulan (dibuat Jumaat 12 Sept): Saudara Zam yang pernah memberitahu tentang kewujudan Masjid Kampung Bandar telah memberitahu bahawa masjid di atas ini bukannya Masjid Bandar. Sebuah posting baru tentang ini akan dibuat kemudian... Maka masjid di atas ini sebenarnya memang Masjid Muhammediah di Kampung Ayer Mati. Harap maklum!

Correction (made Friday 12 Sept): Our friend Zam who have told us about the existence of the mosque of Kampung Bandar then informed us that the mosque above is not the Bandar mosque. A new posting on the matter will be made afterwards... So the mosque above is actually the Muhammediah mosque of Kampung Ayer Mati as mentioned in the broken signage. Please take note!

4 comments:

Zam said...

Salam.

Abg MS, Kg Bandar yang dimaksudkan memang terletak di tempat lain. Menghala ke selatan lagi sehingga hampir ke penghujung jalan, xjauh dari masjid ini, namun perlu menempuh kawasan estet kelapa sawit terlebih dahulu... Di sana yang terdapat makam Syiekh Muhammad Taib Minangkabau...

p/s: xperasan saya ada pusara depan mihrab masjid tu... sama macam lokasi makam yang di Masjid Kg Bandar...

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Ya ke?
Hmm... Tak apa lah... Kena buat pembetulan nampaknya kat sini dengan kat video yang Abang tengah buat...
Apapun terimakasih. Masa tu dah terasa jauh sangat berjalan keluar dari Pasir Salak. Bila jumpa masjid tu siap ada makam, terus ingat yang tu. Hmm...

en_me said...

bukanker tulisan teww '1468' bro? ..

salam ramadhan dn aidilfitri.. maaf zahir bathin..

ANAK JATI KG AYER MATI said...

SALAM BRO...
MEMANG BENAR MASJID TERSEBUT ADALAH MASJID KG AYER MATI..MUNGKIN BRO TERSALAH TEMPAT KOT..KG BANDAR TU SEBELAH HILIR SEDIKIT..TANAH PERKUBURAN NYA TERLETAK DI KAWASAN MASJID KG BANDAR BERHAMPIRAN DGN SEKOLAH.
APA-APA PUN TQ LETAK GAMBAR MAJID KG TEMAN..HE..HE