-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Wednesday, October 10, 2007

Rumah (house of) Yap Ah Loy?...

Saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia pernah mendengar nama Yap Ah Loy. Beliau adalah Kapitan atau ketua orang Cina yang bertanggungjawab ke atas ramai pekerja dari negeri China yang melombong bijih timah di Kuala Lumpur abad ke 19 Masihi... Lihat gambar-gambar ini.
I believe most Malaysians have heard the name Yap Ah Loy. He is the Kapitan or the Chinese leader who was responsible for many workers from China who came to mine tin in Kuala Lumpur 19th Century. Have a look at this pictures.

Lihat bangunan batu lama di atas yang agak mewah. Saya ternampak bangunan ini ketika sedang berjalan merentasi kawasan Medan Tuanku...

Look at this rather posh old stone building. I saw it while walking across the area of Medan Tuanku...


Lihat senibinanya... Nampak bahawa ia dimiliki (atau pernah dimiliki) seorang yang kaya. Kedudukannya di tengah bandar Kuala Lumpur pula cukup untuk membayangkan nilainya yang mungkin mencapai berpuluh juta Ringgit Malaysia.
Look at the architecture... Looks like it is owned (or was owned) by someone rich. Its location in the middle of Kuala Lumpur city is enough to give a clue to its worth which might reach tens of millions of Malaysian Ringgit.



Bila saya bertanya pada orang sekeliling, mereka beritahu rumah itu adalah milih Yap Ah Loy atau ahli keluarga Yap Ah Loy... Saya pun tak pasti entah betul ataupun tidak. Yang pasti, saya tertarik dengan rekabentuknya...

When I asked the people around, they told me the house belongs to Yap Ah Loy or the family of Yap Ah Loy... I myself am not sure whether it's true or not. What's sure, I am attracted to its architecture...


Saya berpusing di sekeliling untuk melihatnya daripada beberapa sudut.

I went around to have a look from different angles.

Nampaknya ia sudah lama tidak berpenghuni tapi masih agak terjaga.

Looks like it has been vacant for some time but still quite well-kept.

Bangunan atau rumah ini sedang dibaik-pulih. Mungkin ia akan lebih menarik apabila siap nanti? Sekian! :]

This building or house is under renovation. Maybe it will look more interesting when it's done? That's all! :]

3 comments:

Anonymous said...

Itu Loke Mansion, Milik Loke Yew's family

Radzi Sapiee said...

Hmm... Baru perasan comment ni...
Ya ka? Kalau begitu terimakasih.
Saya pun tak tahu siapa pemilik sebenarnya. Orang sekeliling pula pandai-pandai kata Yap Ah Loy punya rumah.
On the other hand, mungkin jugak Loke Yew dengan Yap Ah Loy ada kena-mengena? Family connection whether by blood or marriage perhaps?

Payeik said...

Tak. Takda kena mengena. Loke Yew dulu adalah mmg salah seorang yang terkaya.Anaknya,Loke Wan adalah pengusaha filem termasyur hingga ke Hong Kong.Sezaman dengan Run Run Shaw.Meninggal akibat kapal terbang terhempas.