Hmm... marilah dimulakan cerita tentang monumen-monumen di Aceh ya...Hmm... let us start the stories on the monuments in Aceh ya...
Kita mulakan dengan Masjid Raya Baiturrahman, masjid paling utama di seluruh Aceh.We'll start with the main mosque of Baiturrahman, the most important mosque in the whole of Aceh.
Rasanya ramai sudah mendengar cerita bagaimana masjid ini terus kukuh berdiri ketika dilanda ombak ganas Tsunami yang menyerang Aceh 26 Disember 2004 lalu menghancurkan hampir seluruh bangunan-bangunan yang dilaluinya selain membunuh lebih 200,000 orang.
Untuk makluman bangunan masjid yang kelihatan ini dibina oleh Belanda selepas bangunan sebelumnya dibakar oleh mereka, semasa awal Perang Aceh-Belanda yang bermula tahun 1873 dan berlangung lebih 3 dekad. Masjid ini telah banyak kali berubah wajah. Masjid asalnya dipercayai dibina sekitar 800 tahun lalu!
Lihat seni ukiran kayu pada tingkap-tingkap ini. Banyak bentuk simmetri yang biasa digunakan di Timur Tengah.
Masuk ke dalam dari pintu utama kelihatan pula corak-corak seni dari besi.Enter the inside from the main entrance and one could see artful patterns made from steel.
Lalu saya memilih untuk keluar balik lalu masuk ke ruang solat lelaki di hadapan melalui sisi kiri...

















0 comments:
Post a Comment