-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Sunday, July 08, 2007

Rumah lama Perak di Janda Baik (An old Perak house in Janda Baik)


Di atas adalah gambar sebuah rumah lama yang berasal dari Perak. Perhatikan seni ukirannya yang indah menawan. Cuma mereka yang pernah menziarahi rumah lama ini dan melihat seni ukirannya dengan mata kepala sendiri dapat merasakan betapa menyenang dan menenangkan rumah ini. Saya setakat boleh berkongsi apa yang dapat ditangkap dengan kamera digital murah, tidak mampu merakamkan keindahan sebenar rumah ini.
Above is a picture on an old house originating from Perak. Take note of the artistic carvings so beautiful and captivating. Only those who have visited this old house and look at the art with their own eyes could feel how comforting and calming the house is. I could only share what can be captured by my cheap digital camera, not able to convey the full splendour of this house.
Sekarang, bayangkan bagaimana pula rupanya pada malam hari pekat yang gelap gulita setakat disinari lampu mentol kuning daripada dalam rumah. Bayangkan keadaan ini pada malam yang agak berkabus. Saya pernah melihatnya... Panahan-panahan cahaya yang keluar melalui celah-celah ukiran seraya menembusi kabus kelihatan sungguh indah sehingga saya langsung terpana, hilang kata-kata untuk menerangkannya.
Now imagine what it looks like on a pitch dark night only lightened up by yellow-bulb light from inside the house. Imagine this scene on a rather foggy night. I've seen it... Arrows of light coming out from the holes in the carvings cutting through the fog making it such a sight that I became totally dumb-founded, at lost for words to describe how it actually looks.



Tengok rupa rumah milik Raja Ashman, anak Sultan Perak ini daripada sudut yang lebih melebar. Cantik bukan? Sayangnya rumah ini tidak berpenghuni... Yang ada cuma penjaga yang akan menjenguknya sekali-sekala.
Look at the house owned by Raja Ashman, a son of the Sultan of Perak from a wider angle. Beautiful isn't it? Too bad the house is not occupied... There's only a caretaker who came to have a look and take care of things once in while.
Memang rumah ini sangat cantik. Cuma kemah yang diletakkan di bawah rumah, mungkin oleh penjaga rumah, mencacatkan sedikit pandangan. Kalau tidak, rasanya apa yang dilihat sudah cukup sempurna, sekurang-kurangnya bagi saya...
For sure the house is very beautiful. Only, the tent left under the house, maybe by the caretaker, spoilt the sight a bit. If not, maybe what could be seen is perfect enough, at least for me...



Ini pula jalan masuk ke pintu utama rumah. Adapun rumah ini sebenarnya berasal daripada kawasan Gunung Semanggol di Perak. Ia telah dibeli oleh Raja Ashman lalu dicabut dan dipasang balik di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang, hampir 300km jauhnya daripada tempat asalnya!
This is the main entrance of the house. The house actually originated from the area of Gunung Semanggol in Perak. It was bought by Raja Ashman, taken off its foundation and then reassembled at the village of Janda Baik, Bentong, Pahang, almost 300km away from its original place!
Saya pernah ke Gunung Semanggol mencari waris asal rumah ini untuk menggali sejarahnya. Rupanya tempat asalnya adalah di sebuah kampung yang terletak ke belakang sekolah agama Ma'ahad Ehya Al-Sharif, sebuah sekolah penuh sejarah yang pernah menjadi pusat awal para pejuang Melayu Islam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak penjajah British.
I've been to Gunung Semanggol to look for the original heirs of the house and dig its history. It turns out, the original place was inside a village located behind the religious school called Ma'ahad Ehya Al-Sharif, a school full of history, the early centre for Malay Muslim fighters demanding independence for the Malay land from British colonialist.
Sayangnya, waris yang temui, umurnya lebih 70 tahun tidak berapa ingat akan sejarah sebenar rumah itu. Dia setakat mampu memberitahu, dia dilahirkan di situ dan rumah itu sudah wujud sejak datuknya masih hidup. Maka boleh dianggarkan usia rumah itu adalah sekitar 100 tahun ataupun lebih.
Too bad, the heir met, his age above 70 don't quite remember the actual history of the house. He could only tell, he was born there and the house has existed since his grandfather was still alive. So it can be estimated the house is around 100 years old or above.
Apabila ditanya asal-usul keluarganya pula, orang tua ini setakat dapat memberitahu, keluarganya berdarah raja campur Sayyid (anak cucu keturunan Nabi Muhammad SAW). Sebab itu ada orang percaya, rumah ini sebenarnya adalah sebuah istana lama?
When asked the origin of his family, the old man could only tell, his family is of royal plus Sayyid (progenies of Prophet Muhammad SAW) blood. Maybe that's why some people believe the house is actually an old palace?


Rumah ini dilihat daripada Sungai Sum-sum yang menjadi sempadan kawasan rumah. Gambarnya diambil sebelum saya terjun mandi sungai...
The house seen from Sungai (river of) Sum-sum which marks the house are boundary. The picture was taken before I took a dip in the river...


Tangga untuk ke serambi dan pintu masuk utama rumah... Perhatikan dengan teliti ukirannya yang indah...
Staircase to the verandah and the main entrace of the house... Look carefully at the beautiful carvings...




Sekali lagi... Perhatikan ukiran yang melingkungi kawasan serambi...
Once more... Look at the carvings around the verandah...



Pemandangan yang menenangkan daripada dalam rumah. Gambar ini diambil sebelum saya tidur sebentar untuk merehatkan badan.
A calming view from inside the house. The picture was taken before I took a nap for rest.
Adapun, apabila datang gerak, saya akan bermalam seorang diri di rumah ini, selalunya untuk mencari ketenangan, beribadat di samping mendapatkan petunjuk daripada Ilahi dalam mengharungi hidup ini. Seringkali juga saya mengalami kejadian yang agak pelik di rumah ini tetapi tak perlulah ia diceritakan di sini.
When comes the urge, I would spent the night alone in this house, usually to look for peace and calmness, to pray while getting pointers from God on how to handle life. Often too I experienced strange happenings in this house but no need to tell the story here.
Tujuan asal Raja Ashman membeli lalu membawa rumah ini ke Janda Baik adalah untuk dijadikan Zawiyah atau tempat bersuluk dan mengadakan majlis zikir terutama oleh para pengikut tariqat Sufi Naqsyabandiyah Haqqani yang dipelopori Maulana Sheikh Nazim yang berpusat di pulau Cyprus. Tapi entah kenapa, rancangan ini kurang menjadi. Rumah ini pernah dipakai untuk majlis hanya 2-3 kali sahaja... Sebaliknya rumah seorang ahli lain tariqat ini pula sering menjadi tumpuan apabila ada majlis mereka di Janda Baik.
The original reason Raja Ashman bought and then transported this house to Janda Baik is to turn it into a Zawiyah or a place for seclusion and for holding zikr (remembrance of God) sessions especially involving followers of tariqat (the Sufi way) of Naqsyabandiyah Haqqani lead by Maulana Sheikh Nazim who is based in the island of Cyprus. But for reasons unknown, the plan didn't go well... The house has been used for such sessions 2-3 times only. It turns out, a house of another member of the tariqat becomes the place to go whenever they have sessions in Janda Baik.
Untuk pengetahuan, Raja Ashman yang merupakan anak lelaki kedua Sultan Perak sekarang, Sultan Azlan Shah adalah wakil Sheikh Nazim bagi kawasan Asia Tenggara. Saya pula memang ada mengikuti sesi zikir tariqatnya yang biasa diadakan di kawasan Bukit Damansara setiap malam Jumaat.
For information, Raja Ashman who is the second son of the current Sultan (like a state king) of Perak, Sultan Azlan Shah is Sheikh Nazim's deputy for South-East Asia. On the other hand, I do attend the tariqat's zikr sessions often held at Damansara Heights area every Thursday night.
Apapun, saya anggap kehadiran saya di sana bukan sebagai ahli tetapi sebagai seorang yang menumpang keberkatan majlis. Saya juga pernah menghadiri majlis-majlis zikir anjuran pihak lain seperti tariqat Qadiriyah, juga golongan Sayyid yang sering membawa Ratib Al-Haddad atau Ratib Al-Attas... Dan saya rasa asalkan amalan yang dibawa bertalian terus sampai ke Nabi Muhammad SAW, maka tidak ada masalah untuk saya menghadiri dan menjiwai semua ini.
Whatever, I consider my presence there is not as a member but as someone 'hopping on' the blessings of the sessions. I have also attended zikr sessions held by other parties like the Qadiriyah tariqat, also those held by the Sayyids which often recite Ratib Al-Haddad or Ratib Al-Attas (a collection of prayers)... And I feel as long as the practices have direct link up to Prophet Muhammad SAW, there should be no problem for me attending and absorbing all these.
Minat saya terhadap rumah milik Raja Ashman di Janda Baik pula sebenarnya lebih merupakan minat peribadi. Ini kerana saya dapat merasakan, ada kaitan tertentu yang melibatkan asal-usul keluarga saya terutama belah bapa yang berasal daripada Teluk Intan, Perak. Sekian wassalam!
My interest in the house owned by Raja Ashman in Janda Baik is actually more of a personal interest. This is because I can feel a certain relationship involving the origins of my family especially my father's side who came from Teluk Intan, Perak. That's all, peace!

1 comment:

haniekunie said...

ya allah.. cantiknya ukirannye rumah ini.. terutama gambar menghadap ke tingkap dari dalam rumah tu..