Selepas Masjid Baiturrahman (lihat artikel Masjid Raya (Main mosque of) Baiturrahman, Aceh ) di tengah bandaraya, ia boleh dikatakan masjid kedua di Aceh paling terkenal yang selamat walaupun dilanda Tsunami 26 Disember 2004.
Masjid ini terletak berdekatan laut. Orang di sini menceritakan bahawa ombak Tsunami melanda pada paras tertinggi bangunan ini. Untuk pengetahuan ketinggian ombak yang melanda tidak sama bagi semua tempat. Ada yang dikatakan setinggi pohon kelapa malah lebih tinggi lagi, namun yang paling rendah pun melepasi 2 meter!
Kalau tak salah, catatan di sini menyebut masjid ini dibina tahun 1343 Hijrah atau sekitar 1924 Masihi gitu...
Kalau tak salah ingatan, menara azannya pula dibina selepas Tsunami.If I remember correctly, its call-to-prayer tower was in turn built after the Tsunami.
Selepas Tsunami ia telah dibaik-pulih hingga jadi rupa yang kelihatan kini. Namun hakikat yang ia masih dapat bertahan dan mengalami cuma sedikit kerosakan yang lebih berbentuk kosmetik sudah cukup menakjubkan, di kala kawasan sekelilingnya jadi seperti padang jarak padang tekukur dilanggar ombak ganas.
Sekarang mari lihat dalamnya...Now let us see its inside...
Mimbar...The pulpit...
Kawasan solat perempuan...The women's praying section...
Di kanan hadapan luar masjid pula kelihatan batu nesan yang terserlah besar ini, saya tak tahu milik siapa...















































