


Wadah tambahan kepada blogspots "Catatan Si Merah Silu" dan "Berpetualang ke Aceh", khusus untuk berkongsi pandangan mengenai seni Melayu terutama senibina lama. An extension to the blogspots "Catatan Si Merah Silu" (Malay) and "Berpetualang ke Aceh" (English), specifically to share views on Malay art especially old architecture.
-----------------------
Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.
The first three books written and published by me.
"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".
ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006
"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"
ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007
"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"
ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007
Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.
The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.
Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.
My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.
Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini. Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.
Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".
My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".
----------------------------
Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/
For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/
----------------------------
Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.
Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.



Ini adalah kompleks makam Teungku Chik di Tiro, monumen bagi seseorang yang dinyatakan di sini sebagai salah seorang pahlawan nasional Indonesia.
This is the Teungku Chik di Tiro tomb complex, monument to a man mentioned here as one of the national heroes of Indonesia.
Semasa hidupnya, ulamak besar ini giat menentang penjajah Belanda, selepas mereka mengisytiharkan perang terhadap Aceh dan mula menceroboh secara terang tahun 1873.
While he was still alive, this religious master was very active in fighting against the colonialist Dutch, after they declared war on Aceh and started to make clear invasions in the year 1873.
Sultan terakhir Aceh, Sultan Muhammad Daud menaiki takhta tahun 1874 ketika masih kanak-kanak lagi, menggantikan Sultan sebelumnya yang meninggal dunia ketika berjuang dari dalam hutan. Ketika itu Teungku Chik di Tiro berumur hampir 40 tahun. Beliau banyak membantu Sultan dan menjadi antara orang paling gigih menyambung dan mengetuai perlawanan...
The last Sultan of Aceh, Sultan Muhammad Daud ascended the throne in 1874 while still a young boy, to replace the previous Sultan who passed away while resisting from inside the jungles. At the time Teungku Chik di Tiro was almost 40 years old. He helped the Sultan a lot and turned out to be one of the most active person to continue and lead the fight...
Teungku Chik di Tiro meninggal dunia 1891. Al-Fatihah untuk seorang ulamak dan pejuang...
Teungku Chik di Tiro passed away in 1891. Recite the Quranic verse Al-Fatihah for this religious master and fighter...
Di sini terdapat sebuah masjid lama yang sudah berdiri sekurang-kurangnya 370 tahun!
Here lies an old mosque which have stood out since at least 370 years!
Malah tapaknya dengan binaan dari batu dikataan telah wujud sejak abad ke 12 Masihi lagi iaitu sekitar 900 tahun lalu!
Mari kita lihat lebih dekat...
Bumbung berbentuk piramid berlapis juga dikenali sebagai atap tumpang adalah bentuk tradisional alam Melayu.
Terdapat ukiran yang cantik seperti ini.
Bahagian dalam bumbung paling atas. Saya akan menceritakan lagi tentang masjid ini di blogspot berbahasa Melayu CATATAN SI MERAH SILU . Dan salah satu perkara yang ingin ditekankan adalah betapa masjid ini boleh menjadi bukti bahawa agama Hindu itu memang berasal daripada syariat Nabi Ibrahim. Sekian...
Not far from the tomb and mosque of Teungku di Anjung there exist the Tuan di Kandang tomb complex...
Di sini juga masih kelihatan kesan tsunami yang melanda Aceh 26 Disember 2004. Saya tak pasti yang mana satukah dikatakan makam Tuan di Kandang atau siapa nama sebenarnya. Tetapi melihatkan bangunan makam ini yang berbatu terserlah, mungkin ia yang ini?
Apapun, anda boleh melihat berbagai jenis batu nesan Aceh di sini. Sekian...
Dari makam Syiah Kuala (lihat Makam (tomb of) Syiah Kuala ) kita beralih ke pinggiran utara Banda Aceh di mana terdapat bangunan ini...
From the tomb of Syiah Kuala (look at Makam (tomb of) Syiah Kuala ) we move on the northern fringes of Banda Aceh where there exist this building...
Maklumat yang ada menyebutnya sebagai Masjid Teungku Di Anjong. Tetapi biar saya gunakan ejaan Anjung ya kerana saya rasa ia lebih sesuai...
Sebenarnya masjidnya adalah bangunan di kanan ini. Ketika saya sampai pertengahan Jun, ia sedang diperbaiki...
Jadi biar kita lihat bangunan yang ini sahaja...
Ia sebenarnya bangunan makam...
Inilah makam ulamak besar yang dikenali sebagai Teungku di Anjung. Nama sebenar beliau ialah Sayyid Abu Bakar bin Hussin Bafaqih atau Bilfaqih. Walaupun catatan yang ada menyebut beliau membina masjid di sini abad ke 18 Masihi, beliau dipercayai telah sampai ke Aceh dari Tanah Arab jauh lebih awal lagi iaitu sekitar pertengahan abad ke 17.
Kalau tak salah saya, makam ini, di kanan makam Teungku di Anjung adalah makam isteri beliau. Lihat ukirannya yang sangat teliti dan cantik!
Pada dinding bangunan terdapat salasilah keturunan Teungku di Anjung yang bersambung kepada Nabi Muhammad SAW.
OK. Saya telah pergi ke Pulau Besar, Melaka banyak kali dan memaparkannya dalam beberapa artikel di blogspots saya...
Tapi baru kebelakangan ini saya terasa untuk mengenengahkan surau yang ada, satu-satunya rumah ibadah yang ada pulau ini...
Sebenarnya surau ini memiliki satu bahagian yang agak unik.
Actually this small praying hall has a section which is rather unique.
Mari masuk ke dalam...
Let us go inside...
Dari bahagian yang lebih moden kita masuk ke bahagian unik yang lebih tua...
From the more modern parts we move on to the unique section which is much older...
Bahagian unik menempatkan bahagian hadapan dewan solat.
The unique section houses the front parts of the praying hall.
Kawasan ini terasa cukup tenang. Sebagai peringatan, surau ini terletak bersebelahan makam seorang wali besar bernama Sultanul Ariffin Sheikh Ismail. Lihat artikel lama Sedikit mengenai (A bit about) Pulau Besar, Melaka... . Sekian...