Salah satu tinggalan utama Kota Batu yang boleh dilihat adalah apa yang dipanggil Tapak Kota Batu I.
Sedikit maklumat.A bit of information.
Sekarang kita lihat lebih dekat.Now we have a closer look.


Wadah tambahan kepada blogspots "Catatan Si Merah Silu" dan "Berpetualang ke Aceh", khusus untuk berkongsi pandangan mengenai seni Melayu terutama senibina lama. An extension to the blogspots "Catatan Si Merah Silu" (Malay) and "Berpetualang ke Aceh" (English), specifically to share views on Malay art especially old architecture.
-----------------------
Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.
The first three books written and published by me.
"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".
ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006
"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"
ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007
"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"
ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007
Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.
The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.
Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.
My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.
Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini. Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.
Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".
My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".
----------------------------
Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/
For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/
----------------------------
Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.
Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.
Salah satu tinggalan utama Kota Batu yang boleh dilihat adalah apa yang dipanggil Tapak Kota Batu I.
Sedikit maklumat.
Sekarang kita lihat lebih dekat.

Meliputi kawasan seluas 120 ekar, ia berfungsi dari abad ke 14 hingga 17 Masihi.
Covering an area of 120 acres, it functioned from the 14th century to 17th century AD.
Oleh kerana ia meliputi beberapa tempat bersejarah biar dijadikan beberapa artikel. Setakat ini dua telah ditulis, Makam (Tomb of) Sultan Syarif Ali dan Makam (Tomb of) Syarif Adam. Beberapa lagi artikel akan menyusul selepas ini.
As it covers a number of historical sites let it be turned into a number of articles. So far two have been written, Makam (Tomb of) Sultan Syarif Ali and Makam (Tomb of) Syarif Adam. A number of articles would follow after this.
Merujuk pada artikel Tomb of the pious king at Luba dan The beauty of Luba di blogspot BERPETUALANG KE ACEH, saya pergi lagi ke tempat yang sama iaitu Luba pada hari ketiga berada di Brunei.
Setelah 3 kali pergi baru dapat masuk ke dalam. Sebelum itu saya sampai ketika penjaga makam tiada...
After 3 times coming here only do I got to go inside. Before this I arrived when the tombkeeper was not around...
Sedikit maklumat tentang Sultan Husin Kamaluddin yang merupakan Sultan ke 16 Brunei.
A bit of information on Sultan Husin Kamaluddin who is the 16th Sultan of Brunei.


Inilah makam baginda...
Al-Fatihah untuk baginda yang mungkin merupakan Sultan terakhir Brunei bertaraf wali. Untuk makluman ini adalah artikel ke 434 di blogspot ini.
Ini adalah satu lagi masjid utama di Brunei.
Ia dinamakan Masjid jamek Hassanil Bolkiah sempena Sultan yang memerintah sekarang
It is named the main mosque of Hassanil Bolkiah to commemorate the Sultan currently reigning.
Kita lihat dari sisi kanan.
Menara yang ada mengingatkan pada bentuk tubuh ular sawa...
The towers available remind one of the body shape of pythons...
Look at the shape of the mosque from besides.
Saya tak tahu jika ia memiliki kubah emas padu.
I don't know if it has domes made of solid gold.
Tetapi saya tidak hairan jika ia sekurang-kurangnya disalut emas.
But I am not surprised if it is at least covered with gold.
Mari kita masuk melalui pintu utama.
Come let us enter through the main door.
Ada tangga naik seperti biasa kelihatan di hotel 5 bintang.
There's staircases to go up as normally seen at 5 star hotels.
A look towards downstairs...
Sekarang baru kita melihat ke dalam dewan utama solat.
Now only do we have a look inside the main praying hall.
Biar dimaklumkan. Seperti di Masjid Omar Ali Saifuddin (lihat Masjid (Mosque of) Omar Ali Saifuddin, Brunei) orang ramai sebenarnya dilarang mengambil gambar di dalam. Tetapi tak apalah. Demi pembaca blogspot ini biar dipaparkan sedikit gambar.
Ini pula adalah mihrab. Cukuplah paparan.
Dalam artikel sebelum ini sudah disebut bahawa Kubah Makam Diraja Brunei itu sebenarnya adalah sebahagian dari kompleks makam diraja yang sebahagian besarnya terletak di kaki bukit.
It has been mentioned in the previous article that the Kubah Makam Diraja Brunei is actually part of the royal mausoleum complex of which its majority part is situated at the foot of the hill.
Menurut maklumat dalam Kubah Makam Diraja, bermula dari Sultan Omar Ali Saifuddin I, semua Sultan Brunei disemadikan dalam kawasan ini.
Apapun saya lebih tertarik untuk melihat Tarsilah Brunei, sebuah batu bersurat yang ditulis tahun awal abad ke 19 untuk merekodkan sedikit sejarah tentang setiap pemerintah Brunei sejak dahulukala.
Untuk mengetahui apa yang tercatat pada batu ini lihat bahagian terakhir artikel Pameran di Muzium Brunei (Exhibits at Brunei Museum) 2.
Walaupun saya tidak memberikan perhatian pada makam-makam Sultan di kaki bukit, tanpa tidak dirancang saya telah mengambil satu gambar. Ini adalah makam Sultan ke 19, Sultan Muhammad Tajuddin. Gambar diambil kerana ia terletak di sebelah batu Tarsilah Brunei. Kemudian baru saya tahu ia milik seorang Sultan.
Salah satu kawasan yang menempatkan makam Sultan Brunei dipanggil Kubah Makam Diraja Brunei.
One of the areas housing the tombs of Sultans of Brunei is called the Kubah Makam Diraja Brunei (which could be literally translated as the domed royal mausoleum of Brunei).
Letaknya di satu pinggiran bukit ke barat Bandar Seri Begawan.
Mari naik dan lihat...

OK. Sebenarnya Kubah Makam Diraja Brunei adalah sebahagian daripada kompleks makam diraja lebih besar yang turut meliputi kawasan kaki bukit. Maklumat tadi menyebut raja pertama dimakamkan dalam kompleks adalah Sultan ke 18, Sultan Omar Ali Saifuddin I yang katanya memerintah 1762-1786 (sumber lain termasuk dari Muzium Brunei menyebut baginda mula memerintah 1740 sebelum mangkat 1795). Namun yang dimakamkan dalam kawasan berkubah adalah pemerintah ke 28 iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin III, ayahanda kepada Sultan sekarang. Nampaknya Sultan Omar Ali Saifuddin I dimakamkan di bawah...
Kemudian ada makam generasi ke 4 keturunan Sultan Omar Ali Saifuddin I yang menjadi Sultan ke 25 iaitu Sultan Hashim Jalilul Alam (memerintah 1885-1906).
Seterusnya adalah makam anakanda Sultan Hashim Jalilul Alam iaitu Sultan ke 26, Sultan Muhammad Jamalul Alam (memerintah 1906-1924).
Satu lagi Sultan yang dimakamkan di sini adalah Sultan ke 27, Sultan Ahmad Tajuddin (memerintah 1924-1950). Untuk pengetahuan baginda adalah kekanda kepada Sultan Omar Ali Saifuddin III. Keduanya adalah anakanda Sultan Muhammad Jamalul Alam.