-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Friday, June 08, 2012

Masjid (Mosque of) Kyai Kholil, Bangkalan



Seterusnya kami ke pinggir bandar Bangkalan di mana terdapat masjid yang kelihatan mewah ini.
Next we went to the outskirts of the town of Bangkalan where lies this mosque which looks rich.




Ia dikenali sebagai Masjid Kyai Kholil sempena nama seorang ulamak besar Madura.
It is known as Masjid (mosque of) Kyai Kholil after the name of a major religious master of Madura.




Dewan solat.
Praying hall.




Bahagian bawah kubah.
Section under the roof.


Mihrab. Untuk makluman ini adalah artikel ke 959 di blogspot ini.
Front-most section. For information this is the 959th article in this blogspot.



Makam (Tomb of) Sultan Abdul Kadirun, Bangkalan




Berdekatan masjid terdapat bangunan ini...
Near the mosque there exists this building...


Di dalamnya terdapat makam sejumlah kerabat diraja Madura Barat.
Inside it there exists a number of tombs of the royalty of Western Madura.













Paling utama adalah makam Sultan Abdul Kadirun yang memiliki darah keturunan raja Majapahit terakhir.
The main one is the tomb of Sultan Abdul Kadirun who possesed blood descended from the last king of Majapahit.


Baginda memerintah dari Bangkalan 1815-1847.
His majesty ruled from Bangkalan 1815-1847.





Masjid Agung (Great mosque of) Bangkalan



Dari Ampel kami masuk ke Pulau Madura lalu pergi ke Bangkalan, bandar utama di sebelah baratnya di mana terdapat masjid ini.
From Ampel we entered the island of Madura and went to Bangkalan, the main town at its western parts where lies this mosque.





Ia adalah Masjid Agung Bangkalan.
It is the great mosque of Bangkalan.











Dewan solat.
Praying hall.



Bahagian bawah bumbung tengah.
Section under the centre roof.




Mihrab.
Front-most section.



Makam-makam lain di Ampel (Other tombs in Ampel)

Bersambung dari Makam (Tomb of) Sunan Ampel.
Continued from Makam (Tomb of) Sunan Ampel.


Sekitar makam Sunan Ampel terdapat banyak lagi makam.
Around the tomb of Sunan Ampel there exists many more tombs.


Antara yang paling terserlah adalah makam Shonhaji atau Mbah Bolong, seorang pengikut Sunan Ampel yang pernah ditugaskan untuk menentukan arah kiblat untuk masjid sini.
Among the most outstanding is the tomb of Shonhaji or Mbah Bolong, a follower of Sunan Ampel who was once given the task of determining the direction for prayers for the mosque here.


Kemudian ada makam Kyai Asyari. Tapi saya tak tahu siapa dia.
Then there's the tomb of Kyai Asyari. But I don't know who is he.


Ada juga makam-makam moden milik sejumlah jemaah haji yang terkorban akibat pesawat mereka  terhempas...
There's also modern tombs of a number of pilgrims (to Mecca) who were sacrified when their airplane crashed.


Berbalik pada zaman Sunan Ampel, ada petilasan iaitu makam singgah Sunan Kalijaga, seorang lagi Wali Songo.
Returning to the time of Sunan Ampel, there's the petilasan which is a mock tomb marking the place of visit of Sunan Kalijaga, another Wali Songo (nine saints of Jawa).



Pada sisi lain Masjid Agung Sunan Ampel (rujuk Masjid Agung (Great mosque of) Sunan Ampel) pula terdapat makam Mbah Sholeh.
At another side of the great mosque of Sunan Ample (refer to Masjid Agung (Great mosque of) Sunan Ampel) there exists in the turn the tomb of Mbah Sholeh.


Beliau adalah penjaga masjid yang dikatakan pernah hidup dan mati sembilan kali.
He is a mosque caretaker which is said to have lived and died nine times.


Kemudian ada makam Mbah Abdul Rahman yang saya tak tahu siapa.
Then there's the tomb of Mbah Abdul Rahman which I don't know who.





Ada juga makam seorang pahlawan nasional Indonesia bernama K.H. Mas Mansyur.
There's also the tomb of national hero of Indonesia named K.H. Mas Mansyur.








Makam (Tomb of) Sunan Ampel



Dari masjid kami ke tempat ini.
From the mosque we went to this place.


Ia adalah kawasan makam Sunan Ampel, nama sebenarnya Raden Ahmad Rahmatullah.
It is the tomb area of Sunan Ampel, his real name Raden Ahmad Rahmatullah.


Untuk sampai ke makam perlu melepasi beberapa pintu.
To reach the tomb one has to pass a number of gates.






Mengikut ceritanya Sunan Ampel dilahir di Champa, Indo-China tahun 1401 Masihi. Tetapi ada yang kata Champa itu merujuk kepada tempat bernama Jeumpa di Aceh.
According to the stories Sunan Ampel was born in Champa, Indo-China in the year 1401 AD. But there are those who say that Champa refers to a place called Jeumpa in Aceh.


Beliau berketurunan Arab sedangkan ibunya berketurunan Champa. Melalui ibunya Sunan Ampel dikatakan  anak saudara kepada Putri Champa, permaisuri kepada Prabu Wijaya, raja Majapahit.
He is of Arab descent while his mother is of Champa descend. Through his mother Sunan Ampel is said to be a nephew of Putri Champa (literarily the Champa princess), queen to Prabu Wiaya, the king of Majapahit.


Pulau Jawa berada di bawah pemerintahan Majapahit. Perhubungan dengan raja memberi ruang untuk beliau mengembangkan Islam. Pendakwah bertaraf wali ini memilih Ampel sebagai pusat lalu dikenali sebagai Sunan Ampel. Makam beliau kelihatan berkain putih di tengah...
The island of Jawa was under Majapahit rule. Relationship with the king allowed him to spread Islam. This missionary of saintly status chose Ampel as the centre and thus became known as Sunan Ampel. His tomb could be seen in white clothes at the centre...




Masjid Agung (Great mosque of) Sunan Ampel

Masuk hari kedua perjalanan Pulau Jawa 1-14 Mei.
Entering the second day of the Jawa island trip 1-14th May.


Rabu 2 Mei 2012 kami membuka hari dengan pergi ke masjid ini.
Wednesday 2nd May 2012 we opened the day by going to this mosque.


Selamat datang ke Masjid Agung Sunan Ampel, diberi nama sempena ketua para Wali Songo iaitu Sunan Ampel.
Welcome to Masjid Agung (great mosque of) Sunan Ampel, named after the head of the Wali Songo (the nine famous saints of Jawa) which is Sunan Ampel.


Bangunan asalnya dibina hampir 600 tahun lalu.
Its original building was built almost 500 years ago.




Kami sampai ketika masjid berkunci, maka cukuplah gambar-gambar ini ya.
We arrived when the mosque was locked, so enough with this pictures ya.






Sunday, June 03, 2012

Makam (Tomb of) Tok Panjang, Kota Bahru?

Kembali sejenak ke perjalanan Pantai Timur 26 Mac-4 April 2012.
Returning for a short while to the trip to the East Coast 26 March- 4 April 2012.


Petang Sabtu 31 Mac saya pergi ke Kampung Tok Panjang berdekatan simpang ke Kuala Besar di Kota Bahru lalu ditunjukkan makam lama ini.
Afternoon Saturday 31st March I went to Kampung (village of ) of Tok Panjang near the junction to Kuala Besar in Kota Bahru and was shown this old tomb.


Letaknya di tebing sebuah sungai.
Its location is on the banks of a river.


Saya perlu menaiki sampan untuk sampai ke sini.
I have to take a sampan (small traditional boat) to get here.


Seorang penduduk tempatan membawa saya ke kawasan ini setelah saya bertanya di manakah letaknya makam orang yang dipanggil Tok Panjang, orang yang namanya dipakai menjadi nama kampung berdekatan.
A local brought me to this area after I asked where is located the tomb of the person known as Tok Panjang, the person whose name is used as the name of the nearby village.


Dia sendiri tidak pasti yang manakah makam Tok Panjang. Yang pasti ia memang terletak di sekitar ini sedangkan cuma ada 3 atau 4 sahaja makam kelihatan.
He himself was not sure where is the tomb of Tok Panjang. What is sure it is located around here while there are only 3 or 4 tombs which could be seen.


Tok Panjang adalah seorang manusia keramat yang dikatakan hidup tidak kurang 100 tahun lalu. Kalau tak salah ingatan ada orang pernah memberitahu saya beliau berasal dari Patani. Berdasarkan nama Tok Panjang saya beranggapan beliau seorang yang tinggi atau makamnya panjang. Tetapi tidak kelihatan mana-mana makam panjang di sini. Namun naluri saya kuat mengatakan makam yang terletak paling dekat ke tebing inilah makamnya.
Tok Panjang was a human with magical powers said to have lived not less than 100 years ago. If my memory is not mistaken there was a person who told me he originated from Patani (now in southern Thailand). Based on the name Tok Panjang (which could be literarily translated as the long elder) I hold the assumption that he was a tall man or his tomb is long. But there could not be seen any long tomb around here. Still my instincts strongly says this tomb located closest to the bank is indeed his tomb.