-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Tuesday, January 24, 2017

Makam (Tomb of) Sheikh Abdul Samad al-Falimbani

Bersambung daripada artikel Masjid (Mosque of) Kerisek.
Continuing from Masjid (Mosque of) Kerisek.


Dari Kerisek kami meninggalkan Patani lalu bergerak sekitar 80 km ke arah Songkhla untuk sampai ke makam seorang ulamak terkenal Melayu yang dikatakan mati syahid di sana.
From Kerisek we left Patani and moved around 80 km towards Songkhla to reach the tomb of a famous Malay religious master who is said to have died a martyr there.








Beliau adalah Sheikh Abdul Samad al-Falimbani. 
He is Sheikh Abdul Samad al-Falimbani. 



Dilahirkan di Palembang 1704 Masihi sebelum menuntut ilmu di merata tempat termasuk Mekah dan Madinah beliau menjadi salah seorang guru agama yang paling terbilang di Alam Melayu.
Born in Palembang in the year 1704 AD before acquiring knowledge in many places including at Mecca and Medina he became one of the most outstanding religious teacher in the Malay world.


Beliau dikatakan mati syahid di sekitar kawasan ini ketika membantu tentera Patani menghalang kemaraan tentera Siam/Thai sekitar tahun 1785 atau beberapa tahun kemudian. Tetapi ada yang mengatakan beliau tidak mati dalam perang.
He is said to have a passed away a martyr around this area while assisting Patani soldiers in blocking the advance of the Siam/Thai soldiers around the year 1785 or a number of years after. But there are those who say he did not die in war.


Apapun beliau tetap dikenang sebagai seorang ulamak besar Melayu yang alim ilmu Tasawuf, tahu juga ilmu persilatan dan perang.
Whatever he remains to be remembered as a major Malay religious master who is knowledgeable in Tasawuf (Islamic spiritual knowledge) also in silat (Malay martial arts) and war.


Kitab-kitab tulisan beliau seperti Hidayatus Salikin dan Siyarus Salikin terus menjadi rujukan para pelajar agama sampai ke hari ini.
Books written by him such as the Hidayatus Salikin and Siyarus Salikin continue to become reference for religious scholars till this day.



Pembetulan (dibuat 20 April 2025)

Sheikh Abdul Samad bukan meninggal dunia ketika Patani diserang Siam tahun 1785 tetapi ketika mengikut angkatan gabungan Kedah mara melawan Siam, pada tahun 1832. Ketika itu beliau sudah berumur lebih 100 tahun.


Correction (made 20th April 2025)

Sheikh Abdul Samad passed away not when Patani was attacked by Siam in 1785 but when following the Kedah combined forces advancing against Siam, in the year 1832. At that time he was already more than 100 years old.


Masjid (Mosque of) Kerisek



Paling terserlah di Kerisek, Patani adalah sebuah masjid lama yang sangat bersejarah.
Most outstanding at Kerisek, Patani is an old mosque which is very historical.





Menurut maklumat masjid ini dibangunkan pada tahun 1514. Sejak itu ia dianggap sebagai masjid rasmi kerajaan Patani Darussalam.
According to the information this mosque was built in the year 1514. Since then it was considered as the official mosque of the kingdom of Patani Darussalam.








Dilihat sepintas lalu ia kelihatan seperti masjid yang tak siap. Walhal memang ia dibuat sebegitu rupa...
When looked at casually it seems like a mosque which has not been completed. The actual fact is it was built to look that way...







Bagi warga Patani ia adalah satu simbol ketinggian syiar Islam yang mahu terus dikekalkan walaupun sejak lebih 200 tahun lalu wilayah mereka berada di dalam pemerintahan kerajaan Thai yang beragama Buddha.
For the people of Patani this is a symbol of the heights of the light of Islam which needs to be continuously preserved although since more than 200 years ago their province has been under the rule of the kingdom of Thai who are of Buddhist religion.











Bangunan pelancongan di (Tourism building at) Kerisek, Patani

Bersambung daripada Perigi (Well of) Hang Tuah, Patani.


Berdekatan dengan perigi boleh kelihatan bangunan ini.
Nearby the well could be seen this building.


Reka bentuk tradisionalnya menarik perhatian.
Its traditional design attracts attention.



Ia adalah bangunan pelancongan di kawasan Kerisek, Patani.
It is the tourism building at the area of Kerisek, Patani.


Cuma ada penduduk tempatan memberitahu reka bentuk sebegini bukanlah asli Patani tapi berasal dari wilayah Chiang Mai di utara Thailand.
It's just that there was a local who said design such as this is not originally that of Patani but originated from the province of Chiang Mai in northern Thailand.



Perigi (Well of) Hang Tuah, Patani

Salam semua. Masuk cerita hari ke-4 perjalanan pertama saya untuk tahun 2017. Bersambung daripada Makam (Tomb of) Dato' Panjang, Patani.
Peace be upon you all. Entering the stories of  the 4th day of my first trip for the year 2017. Continuing from Makam (Tomb of) Dato' Panjang, Patani.



Pagi Ahad 15 Januari 2017. Kami dibawa ke satu tempat bernama Kerisek di mana terdapat sebuah perigi yang bersejarah.
Sunday morning 15th January 2017. We were brought to a place called Kerisek where exists a historical well.










Ia dikenali sebagai Perigi Hang Tuah. Menurut ceritanya ia digali sendiri oleh pahlawan besar Melayu Melaka itu ketika bertandang ke Patani lebih 500 tahun yang lampau...
It is known as Perigi (well of) Hang Tuah. According to the stories it was dug up by the major Melaka Malay warrior himself when he visited Patani more than 500 years ago...











Monday, January 23, 2017

Makam (Tomb of) Dato' Panjang, Patani

Bersambung daripada Masjid (Mosque of) Datoh, Patani.


Adapun masjid tadi dipanggil sebagai Masjid Datoh sempena nama kampung iaitu Kampung Datoh. Nama Datoh pula merujuk pada seseorang yang disemadikan dalam bangunan ini.
As it is the mosque just now is called Masjid (mosque of) Datoh because of the name of the village which is Kampung (village of) Datoh. The name Datoh in turn refers to a person laid to rest inside this building.







Beliau dikenali sebagai Dato' Panjang. Ini disebabkan makamnya yang panjang.
He is known as Dato' (respected elder) Panjang (long... the long respected elder). This is because his tomb is long.


Menurutnya ceritanya beliau juga dikenali sebagai Sheikh Gombak yang berasal dari tanah Minangkabau.
According to the stories he was also known as Sheikh Gombak who originated from the land of Minangkabau.





Untuk makluman ini adalah artikel ke 1,616 di blogspot ini.
For information this is the 1,616th article in this blogspot.



Masjid (Mosque of) Datoh, Patani

Bersambung dari artikel Masjid (Mosque of ) Barahom, Patani
Continuing from the article Masjid (Mosque of ) Barahom, Patani.


Dari kawasan Barahom kami menaiki bot menyeberangi Teluk Patani untuk sampai ke Kampung Datoh. Kelihatan masjid ini lalu kami pun singgah.
From the area of Barahom we rode a boat crossing Teluk (gulf of) Patani to reach Kampng (village of) Datoh. This mosque came into view and we made a stop.











Kelihatan di sini bahagian lama masjid. Ketika ini pintu masuknya sedang berkunci.
Seen here is the old section of the mosque. At this time the door to get in was locked.


Melihat bahagian lama masjid dari luar...
Looking at the old section of the mosque from outside...








Ada papan maklumat menyatakan ia berumur sekitar 200 tahun. Tetapi orang tempatan menyatakan ia telah berumur 500 tahun.
There is an information board saying it is around 200 years old. But locals say it is already 500  years old.


Masuk waktu Maghrib baru pintu masuk dibuka.
When the time for Maghrib (after dusk prayers) came then only the door was opened.


Saya pun mengambil kesempatan melihat ke dalam. 
I then took the opportunity to look inside. 





Tetapi solat berjemaah diadakan di luar iaitu pada bahagian baru masjid yang dibina sekitar tahun 1949.
But congregational prayers were conducted outside that is at the new section of the mosque built around the year 1949.


Masjid (Mosque of ) Barahom, Patani



Sekitar 250 meter ke timur makam Sultan Ismail terdapat masjid ini.
Around 250 metres to the east of the tomb of Sultan Ismail there exists this mosque.





Pemeriksaan dengan Google Map menunjukkan ia dipanggil masjid Barahom merujuk pada nama kawasan sekeliling.
A check with Google Map shows that it is called the mosque of Barahom referring to the name of the surrounding area.








Lihat ke dalam...
Looking inside...