-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Friday, April 24, 2009

Nombor 222 dan seni ukir Melayu (The number 222 and Malay art of carving)

Saya baru dapat tahu artikel Buku (the book) "Rumah Azan" yang baru dibuat tadi adalah artikel ke 221 di sini. Maka eloklah dibuat satu lagi artikel walaupun kecil untuk mencukupkan 222. Saya pun tergerak untuk membuat Google Image Search perkataan "ukiran kerawang" lalu terjumpa gambar di atas. Maka dengan secara tidak sengaja, saya juga terjumpa sebuah website yang menarik untuk para pencinta seni Melayu. Untuk pengetahuan gambar ini juga banyak gambar rumah tradisional Melayu boleh ditemui di http://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%20Bina%20Web/index.html. Selamat malam! :]


I've just found out that the article Buku (the book) "Rumah Azan" made just now is the 221st article here. So it is good to make another article however small to make the total 222. Then I was moved to make a Google Image Search using the keywords "ukiran kerawang" (upper-wall wood carving) and found the picture above. So unintentionally, I came across an interesting website for those who loves the Malay art. For information the above picture and more pictures of Malay traditional house can be found at http://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%20Bina%20Web/index.html. Good night! :]

Buku (the book) "Rumah Azan"

Assalamualaikum semua. Di sini saya ingin mengumumkan. Buku terbaru saya "Rumah Azan" sudah keluar dan dirasmikan Isnin lalu sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang berlangsung hingga Ahad ini. Buku ini boleh didapati di gerai Karnadya pada harga potongan RM75 berbanding harga pasaran yang dicadangkan RM108. Selepas itu baru ia diletakkan di kedai-kedai terpilih seluruh Malaysia.

Peace be upon you all. Here I would like to announce. My latest book "Rumah Azan" (literally interpreted as "House of the call to prayer") is already out and has been launched last Monday for the Kuala Lumpur Book Festival 2009 which will run until this Sunday. The book is available at the Karnadya booth for a discounted price of RM75 as compared to the recommended market price of RM108. After that only will the books be displayed at selected shops around Malaysia.

Di bawah ialah beberapa gambar buku yang saya ambil sendiri. Buku yang banyak memaparkan gambar-gambar ini mengenengahkan masjid-masjid terpilih di seluruh Semenanjung dengan cerita diolah untuk mengaitkan penyebaran Islam dengan perjuangan orang-orang Melayu sebelum dijajah Barat dan harapan untuk masa hadapan. Sekian.

Below are some pictures of the book I took myself. The book which has plenty of pictures highlights selected mosques from all round the Peninsular with the story weaved in such a way to connect the propagation of Islam with the fights and sacrifices of the Malay people before they were colonised by the West and their hopes for the future. That's all.






p/s: Sila lihat artikel Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC di blogspot Melayu CATATAN SI MERAH SILU . Lihat juga artikel Pesta buku dan siri "Berpetualang ke Aceh" .
Do look at the article Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC in the Malay blogspot CATATAN SI MERAH SILU . Check also the article Pesta buku dan siri "Berpetualang ke Aceh".