Masjid (mosque of) Pulau Besar, Perak... ya. That's all...





Wadah tambahan kepada blogspots "Catatan Si Merah Silu" dan "Berpetualang ke Aceh", khusus untuk berkongsi pandangan mengenai seni Melayu terutama senibina lama. An extension to the blogspots "Catatan Si Merah Silu" (Malay) and "Berpetualang ke Aceh" (English), specifically to share views on Malay art especially old architecture.
-----------------------
Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.
The first three books written and published by me.
"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".
ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006
"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"
ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007
"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"
ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007
Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.
The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.
Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.
My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.
Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini. Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.
Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".
My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".
----------------------------
Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/
For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/
----------------------------
Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.
Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.





Ini pula adalah Masjid India di tengah bandaraya Kuala Lumpur...
This in turn is the Indian mosque in the middle of the city of Kuala Lumpur...
Ia dinamakan begitu kerana menjadi masjid tumpuan untuk masyarakat India Muslim di tengah bandaraya.
Malah seluruh kawasan berdekatannya turut dikenali sebagai Masjid India di mana terdapat ramai orang-orang India Muslim menjalankan perniagaan mereka.
Untuk pengetahuan, khutbah Jumaat di sini malah rata-rata ceramah agama dibuat dalam bahasa Urdhu, iaitu bahasa utama etnik India Muslim.
Masjid ini turut menjadi tumpuan orang untuk berehat. Dan banyak juga para pengikut gerakan Tabligh boleh ditemui berlegar di sini pada bila-bila masa. Adapun gerakan Tabligh sedunia bermarkas di India dan dipelopori para ulamak dari sana.
Apapun, tujuan utama saya datang ke masjid ini adalah untuk bersolat...
Ruang solat utama adalah di tingkat atas...
Inilah ruang solatnya...
Mihrab. Untuk makluman ini adalah artikel ke 252 di sini. Sekian.
Selamat datang ke Kompleks Makam Syiah Kuala...
Welcome to the tomb of Syiah Kuala complex...
Untuk pengetahuan Syiah Kuala ialah satu nama panggilan bagi ulamak besar Aceh, Sheikh Abdul Rauf as-Singkili juga dikenali sebagai Sheikh Abdul Rauf Fansuri...
Dalam kompleks ini terdapat sejumlah makam-makam lama, mungkin milik ahli keluarga beliau dan sahabat dekat....
Papan tanda ini menyebut Syiah Kuala lahir tahun 1591 dan mangkat tahun 1696 Masihi, iaitu 105 tahun kemudian. Beliau sempat berkhidmat sebagai penasihat agama kepada 4 orang ratu yang pernah memerintah Aceh dalam tempoh itu.
Makam beliau terletak di dalam kawasan berpagar...
Betul-betul di hadapan kompleks makam Meuh kelihatan bangunan makam ini...
Kedudukannya agak terserlah tinggi dan tersendiri...
Tulisan yang ada menyebut inilah makam Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (memerintah 1607-1636), dianggap raja terunggul dalam sejarah Aceh. Namun auranya dirasakan kurang menyerlah sedangkan makam ini sendiri kelihatan janggal pada saya. Kenapa ini?
Saya melihat batu nesan yang ada dengan lebih dekat dan mula meraba-rabanya. Ah... ini cuma batu nesan replika! Saya tahu bagaimana rasanya batu nesan Aceh sebenar yang selalunya merupakan bongkah batu-batu besar semulajadi yang dipahat begitu indah dan teliti dengan ayat-ayat Al-Quran atau syair-syair Sufi. Sedangkan maaf ya! Batu nesan ini terasa seperti hasil kerja konkrit murahan dengan ayat-ayatnya cuma dicatkan sahaja pada batu. Kenapa ini? Kenapa begini keadaan makam dan batu nesan seorang raja besar, hati saya tertanya-tanya?
Batu maklumatnya juga pudar. Apa ini? Kemudian baru saya mendengar cerita bahawa makam asal Sultan Iskandar Muda di sini telah dibongkar oleh musuh-musuh orang Aceh, pihak penjajah Belanda. Lalu katanya tulang-temulang baginda telah dibuang ke laut bersama batu nesan asalnya!
Di sebelah kompleks Muzium Aceh, terdapat pula kompleks makam Sultan Iskandar Muda.
Masuk ke dalam dan anda akan melihat kompleks makam Meuh...
Go inside and you would see the Meuh tombs complex...
Saya tidak berapa tahu makam-makam siapakah ini...
Tetapi dari sedikit nama yang tertera, saya tahu ini juga makam raja-raja/kerabat diraja dari Dinasti Bugis. Lihat artikel Makam Raja-raja Dinasti Bugis (the tomb of kings from the Bugis dynasty) ...
Turut terdapat di halaman Muzium Aceh adalah batu nesan Aceh ini, mungkin sebuah replika...
Also available at the courtyard of the Aceh museum is this Aceh gravestone, probably a replica...
Rupa-rupanya tidak jauh dari situ memang terdapat sebuah kawasan pemakaman diraja!
Yang menarik, ada disebut bahawa ia adalah makam raja-raja Dinasti Bugis.
Mengikut sejarah rasmi Aceh, wilayah ini diperintah raja-raja berketurunan Bugis sejak tahun 1727. Mereka adalah keturunan seorang bangsawan Bugis bernama Daeng Mansur. Di bawah adalah makam raja-raja/kerabat diraja Bugis ini mengikut turutan yang tertera pada papan tanda atas...