Di satu bahagian Cameron Highlands boleh kelihatan masjid ini...
At one part of Cameron Highlands could be seen this mosque...
Selamat datang ke Masjid Abu Bakar di Tanah Rata...Welcome to the mosque of Abu Bakar at Tanah Rata...

Wadah tambahan kepada blogspots "Catatan Si Merah Silu" dan "Berpetualang ke Aceh", khusus untuk berkongsi pandangan mengenai seni Melayu terutama senibina lama. An extension to the blogspots "Catatan Si Merah Silu" (Malay) and "Berpetualang ke Aceh" (English), specifically to share views on Malay art especially old architecture.
-----------------------
Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.
The first three books written and published by me.
"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".
ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006
"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"
ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007
"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"
ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007
Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.
The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.
Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.
My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.
Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini. Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.
Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".
My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".
----------------------------
Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/
For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/
----------------------------
Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.
Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.
Di satu bahagian Cameron Highlands boleh kelihatan masjid ini...
At one part of Cameron Highlands could be seen this mosque...
Selamat datang ke Masjid Abu Bakar di Tanah Rata...
Ini adalah bangunan makam Tok Pelam di Kuala Terengganu...
This is the tomb of Tok Pelam in Kuala Terengganu...
Beliau adalah seorang ulamak yang berasal dari Hadramaut di Semenanjung Arab, berhijrah ke Pattani sebelum datang ke Terengganu tahun 1785 Masihi...
Di perkarangan dalam lingkungan bangunan makam, terdapat sejumlah makam lain rasanya milik pengikut dan ahli keluarga...
Satu lagi keistimewaan bangunan ini ialah kewujudan sebuah bilik suluk di atas. Ini menunjukkan Tok Pelam juga adalah seorang guru tariqat, kemungkinan besar bertaraf wali! Lihat juga artikel Makam Tok Pelam di Kuala Terengganu... yang dibuat di blogspot Melayu CATATAN SI MERAH SILU tahun lepas.
Di Pulau Duyong yang terletak dalam kawasan kuala Sungai Terengganu terdapat sebuah kota lama Melayu...
Apabila masuk ke Pulau Duyong untuk mencari kota ini, seseorang akan terjumpa papantanda tadi yang sebenarnya membawa ke bahagian belakang kota...
Semasa saya sampai kota ini sedang ditutup. Cukuplah ini sebagai artikel ke 299 di blogspot ini ya...
Pada malam harinya pula, dalam perjalanan kembali ke rumah saya singgah ke Masjid Al-Khalidiah di Rasa.
At night in turn, on the way back to my house I made a stop at the mosque of Al-Khalidiah in Rasa.
Saya pun masuk ke dalam...
Saya sampai ketika masuk waktu Maghrib... kebetulan belum lagi bersolat. Maka saya pun menunaikan rukun Islam itu. Sekian... :]
Dalam perjalanan ke Tanjung Malim, Perak siang tadi saya telah melalui kawasan Hulu Bernam, Selangor lalu terlihat masjid ini...
Kali terakhir saya lalu di sini mungkin lebih setahun lalu. Seingat saya masjid ini belum wujud lagi...
Rekabentuk luaran dengan batu-bata menyerupai binaan pada istana batu dan kota-kota lama membuat saya ingin melihat suasana di dalam...
Ketika itu orang sedang bersolat Asar berjemaah...
Saya telah terlebih dahulu bersolat jamak di tempat lain kerana ingin berjalan jauh lalu cuma menikmati rekabentuk yang ada...
Oh. Nama masjid ini ialah Masjid Jamek Ar-Rahman. Teringat pula Masjid Raya Baitur-Rahman di Aceh. Sila lihat artikel lama Masjid Raya (Main mosque of) Baiturrahman, Aceh ...
Berdekatan kuala Sungai Linggi terdapat sebuah bukit, Bukit Supai dengan satu binaan lama...
Close to the mouth of the river Linggi lies a hill, Bukit Supai with an olden construction available...
Pergi lebih dekat dan kelihatanlah bekas sebuah kota lama...
Mari naik ke atas...

Oh. Bangunan terbengkalai di bawah adalah sebahagian dari kompleks pelancongan yang dicadangkan untuk menaikkan kota yang turut dikenali sebagai Fort Supai, kota Bukit Supai tetapi nampaknya tidak menjadi. Sekian.
Dalam satu perjalanan ke Kota Kuala Linggi berhampiran sempadan Melaka-Negeri Sembilan, saya singgah ke masjid ini, Masjid Al-Muttaqin...
Sebenarnya saya singgah sebentar untuk mengambil wudhuk...
OK. Kali ini saya ingin memaparkan sebuah masjid yang tak kurang istimewa, Masjid Jamek Sultan Alauddin Riayat Shah I...
Apa yang istimewa tentang masjid ini? Lihat bangunan berwarna kuning dalam gambar...
Untuk makluman, di sini terdapat satu-satunya makam Sultan Melaka yang masih wujud di Malaysia, Sultan Alauddin Riayat Shah yang memerintah 1477-1488 Masihi. Nama baginda dicatat sebagai Sultan Alauddin Riayat Shah I kerana memiliki cucu bernama serupa, dikenali sebagai Sultan Alauddin Riayat Shah II yang menjadi pemerintah empayar Johor-Riau-Lingga...
Walaupun masjid di sebelah makam adalah sebuah masjid moden yang dibina tahun 1960an kalau tak salah ingatan, ia juga cukup istimewa.
Apa yang istimewa? Mari masuk ke dalam...
Kelihatan ia serupa dengan mana-mana masjid moden biasa. Tetapi tahukah anda masjid ini dibina atas tapak istana Sultan Alauddin?
Al-Fatihah untuk almarhum Sultan Alauddin. Sekian...