-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Thursday, August 16, 2007

Masjid (mosque of) Sungai Cincin dan makam (and tomb of) Sheikh Muhammad Nur

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Kali ini, saya tergerak untuk bercerita tentang sebuah masjid lama berhampiran Kuala Lumpur dan kaitannya dengan seorang ulamak abad ke 20 yang dikatakan seorang wali Allah. Ini dia... Peace be upon you dear readers. This time I felt the urge to tell a story about an old mosque near Kuala Lumpur and its connection with a 20th Century religious teacher who is said to be a saint. This is it...



Cuma beberapa kilometer di utara sempadan Kuala Lumpur terdapat sebuah tempat bernama Sungai Cincin. Di sini letaknya peninggalan sebuah kampung tertutup termasuk Masjid Sungai Cincin yang diduduki para pengikut Tariqat Naqshabandiah-Khalidiyah yang diketuai Almarhum Sheikh Muhammad Nur.


Just a few kilometres or so north of the borders of Kuala Lumpur is a place called Sungai Cincin. Here lies what's remained of a once-closed village including the mosque of Sungai Cincin populated by a group of practioners of the Naqshabandiah-Khalidiyah Tariqat (Islamic mystic way) lead by the late Sheikh Muhammad Nur.


Sekarang, kebanyakan tulisan mengenai ulamak ini menyebut nama beliau sebagai Sheikh Mohd Noor atau Mohamad Nor. Tetapi biar saya memanggilnya sebagai Sheikh Muhammad Nur kerana saya percaya ini adalah nama dalam huruf Rumi yang lebih tepat berdasarkan nama itu yang berasal daripada perkataan Arab, iaitu Muhammad, nama Rasulullah SAW dan Nur yang bermakna cahaya, salah satu nama juga sifat Tuhan...


Now, most literature regarding this particular religious teacher mentioned his name as Sheikh Mohd Noor or Mohamad Nor. But let me refer to him as Sheikh Muhammad Nur as I believe this a more proper Romanised term of the name which is Arabic in origin, that is Muhammad as in the name of the Holy Prophet and Nur which means light, also one of the names and attributes of God...



Saya mula dapat tahu tentang kewujudan kampung ini serta kehadiran Sheikh Muhammad Nur setelah membaca sebuah buku bertajuk "7 Wali Melayu" beberapa tahun lalu. Saya tidak ingat bilakah ulamak ini hidup tetapi saya pasti dia hidup sezaman dengan beberapa ulamak terkenal seperti Tok Kenali di Kelantan dan Said Muhammad Linggi di Negeri Sembilan iaitu penghujung abad ke 19 Masihi sehingga tahun 1930an begitu.


I first got to know about the existence of this village and that of Sheikh Muhammad Nur after reading a Malay religious book "7 Wali Melayu " (The 7 Malay saints) a few years ago. I don't remember when he lived but I'm sure he existed in the same era as some religious teachers like Tok Kenali in Kelantan and Said Muhammad Linggi in Negeri Sembilan which is the end of the 19th Century until the 1930s or so.


Apa yang menarik, Sheikh Muhammad Nur telah mendapat sebidang tanah kurniaan Sultan Selangor lalu mendirikan sebuah kampung tertutup yang cuba mencontohi kehidupan zaman Rasulullah SAW selagi boleh. Maka di kampung itu, orang lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul bebas seperti di luar dan semua orang mesti menutup aurat selain tidak boleh menghisap merokok.


What's interesting, Sheikh Muhammad Nur got a piece of land granted by the Sultan of Selangor and built a closed village which tried to emulate the life-style during Prophet Muhammad's time as close as possible. And so in the village, there was no free mixing between men and women like in the outside world and everyone must cover their aurat (body parts that should be covered as prescribed in Islam including a woman's hair) besides no smoking there.


Lebih menarik lagi, semua penduduk diterapkan ajaran Tariqat Naqshabandiah-Khalidiyah seperti yang pernah dibawa oleh Sheikh Abdul Wahab di Kampung Babussalam di Sumatera abad ke 19. Sheikh Muhammad Nur bukan sahaja dipandang sebagai seorang ulamak yang berwibawa malah dianggap sebagai seorang wali Allah yang memiliki pelbagai karamah!


What's more interesting, every villager is taught the Naqshabandiah-Khalidiyah Tariqat as brought by Sheikh Abdul Wahab at Kampung Babussalam in Sumatera in the 19th Century. Sheikh Muhammad Nur was not only looked upon as an able teacher, in fact he was considered as a saint of Allah who possessed many charismatic gifts!




Satu perbuatan unik yang disarankan beliau untuk pengikut Tariqat yang mahu memahami serta melihat sendiri akan realiti sebenar alam ini ialah dengan cara berbaring di dalam sebuah kubur olok-olok seperti seorang mayat untuk suatu waktu. Mereka yang telah melaluinya melaporkan telah mengalami pengalaman magis (sesetengahnya sangat menakutkan!) seperti berjumpa malaikat dan disoal tentang perbuatan mereka di dunia selain melihat alam-alam yang akan datang!


One unique practice he prescribed for the Tariqat followers to understand and see for themselves the reality of the universe is to lie inside a mock grave like a corpse for certain period. Those who have done so reported experiencing such magical (some of it very scary!)things like meeting the angels and being questioned about their deeds on earth apart from seeing the other worlds to come!


Sekarang, mungkin ramai orang akan memandang serong akan perkara ini kerana ia amat susah untuk diterima pemikiran moden. Apapun, untuk mereka yang yakin, perkara sebegini memang wujud. Di atas ialah lubang kubur olok-olok di sebelah Masjid Sungai Cincin yang masih wujud sehingga ke hari ini. Cuma ia tidak lagi digunakan sejak Sheikh Muhammad Nur meninggal dunia beberapa dekad yang lalu... Nampaknya tidak ada lagi orang di situ yang mempunyai kebolehan untuk memberi petunjuk kepada orang lain agar dapat melihat alam selepas mati...


Now, some would scoff at this as it is just too incredible for the modern-mind to believe. Nevertheless for those who have faith, such things do exist. Above is a picture of the mock grave next to the Sungai Cincin mosque which still exists until today. It's just that it hasn't been used since Sheikh Muhammad Nur passed away decades ago... It seems, there's no one around as competent as him to guide people to see the world after death...



Kolam wudhuk Masjid Sungai Cincin.


Adapun saya telah beberapa kali pergi menziarahi masjid ini tetapi lawatan kali ini yang dibuat minggu lepas terlebih istimewa kerana ia dibuat atas saranan seorang teman wanita yang amat saya sayangi. Teman wanita yang pernah pergi ke Masjid Kampung Hulu di Melaka (klik Perigi (well of) Hang Tuah, Masjid (mosque of) Duyung serta (and) Kampung Hulu untuk cerita berkaitan masjid ini) sekitar setahun lalu terasa rindu hendak ke sana lagi tetapi tidak berpeluang kerana sebab-sebab tertentu. Maka dia bertanya kepada saya jika ada masjid lama di sekitar Kuala Lumpur dengan aura yang hampir serupa. Lalu saya bawa dia ke masjid ini. Alhamdulillah! Ternyata ada hikmahnya...


The pool for wudhuk (ritual purification by water) at the mosque of Sungai Cincin.


As it is, I've been to this mosque a few times but the latest visit made last week was more special as it was made upon the recommendation of a girlfriend whom I dearly love. This girlfriend have been to the Kampung Hulu mosque in Melaka (click Perigi (well of) Hang Tuah, Masjid (mosque of) Duyung serta (and) Kampung Hulu for a story on the mosque) about a year ago and wanted to go there again but don't have the opportunity yet because of certain obstructions. So she asked me if there's any old mosque around Kuala Lumpur with a similar aura. So I took her to this mosque. Thank God! It appears there's a good reason...



Sebahagian daripada kompleks Masjid Sungai Cincin, sebuah bangunan kayu di sebelah bangunan utama masjid dengan menara yang amat unik...


Part of the Sungai Cincin mosque complex, a wooden building beside the main mosque building with a very unique tower...



Saya tak pasti apakah asal-usul sebenar bangunan ini. Mungkin ia adalah bangunan masjid yang asal sebelum dibina bangunan batu?


I'm not sure the real history behind this building. Maybe it is the original mosque building before the brick one was built?



Masjid ini juga memiliki sebuah dewan yang dirasmikan tahun 1989...


The mosque also has a communal hall which was officiated in 1989...



Kami sampai sejurus sebelum masuk waktu Zuhur lalu pergi solat berjemaah...


We came in time for the Zuhur prayers and joined the congregation...


Oh... Bersebelahan Masjid Sungai Cincin, terletak bangunan makam Sheikh Muhammad Nur...


Oh... Just beside the mosque of Sungai Cincin is the Sheikh Muhammad Nur tomb building...


Walaupun saya pernah sampai ke sini sekurang-kurangnya 7 kali, saya tidak pernah masuk ke dalam bangunan makam yang sentiasa terkunci sehinggalah sampai lawatan ini... Rupa-rupanya ada hikmah saya membawa teman wanita ini bersama. Entah kenapa selama ini saya tidak pernah tergerak untuk meminta kunci untuk masuk ke bangunan makam tetapi teman wanita yang baru kali pertama sampai ini pula telah bertanya tentang kunci makam... Dan dengan kuasa Allah, dia telah terserempak dengan makcik yang memegang kunci semasa solat Zuhur berjemaah tadi!


Although I've been here at least 7 times, I've never been to the tomb building which is locked all the time until this particular visit... As it turns out, there's a good reason why I brought this girlfriend along. Don't know why, all this while I never felt the urge to ask for the keys to get inside the building but the girlfriend which came for the first time was the one asking for it. And with God's permission, she met the elderly lady who kept the keys while joining the Zuhur congregational prayers!



Dipendekkan cerita, kami pun masuk ke dalam... Kelihatan lah kubur-kubur ahli keluarga Sheikh Muhammad Nur...


To cut the story short, we went it... There appears the graves of Sheikh Muhammad Nur's family members...



Inilah makam Almarhum Sheikh Muhammad Nur, seorang ulamak yang dinyatakan sebagai seorang daripada 7 Wali Melayu dalam zaman terdekat ini. Al-Fatihah untuk Almarhum serta keluarganya. Amin!


This is the tomb of Almarhum (the late) Sheikh Muhammad Nur, a religious scholar who is mentioned among the 7 Malay saints of recent times. Al-Fatihah for Almarhum and his family. Amen!

Monday, August 13, 2007

Perigi (well of) Hang Tuah, Masjid (mosque of) Duyung serta (and) Kampung Hulu

Ini adalah sebuah cerita bergambar berdasarkan satu perjalanan ke Melaka beberapa bulan yang lepas. Ketika itu, saya baru sahaja mendarat daripada Pulau Besar lalu dihubungi seseorang yang mengenali saya melalui Internet. Dia kemudian membawa saya berjalan ke beberapa tempat di Melaka. Inilah gambar-gambarnya...
This is a pictorial story based on a trip to Melaka a few months back. Then, I just landed from Pulau Besar and was contacted by someone who got to know me through the Internet. He took and drove me to a few places in Melaka. These are the pictures...

Perigi Hang Tuah di Duyung, Melaka. Perigi ini dikatakan telah digali oleh pahlawan Melayu lama tersohor Hang Tuah yang menjadi laksamana empayar Melaka abad ke 15 Masihi. Kata orang, air perigi ini boleh dibuat ubat. Wallahualam...
The well of Hang Tuah at Duyung, Melaka. The well is said to be digged by the distinguished olden Malay warrior Hang Tuah who became the admiral of the Melaka empire in 15th Century AD. People said, the water from the well can cure people. God knows best...

Masjid Duyung tidak jauh daripada Perigi Hang Tuah...
The mosque of Duyung not far from Hang Tuah's well...

Di masjid itu terdapat sebuah kolam yang airnya dikatakan turut boleh dijadikan ubat...
At the mosque is a pool with water which is also said to be able to cure people...

Menara Masjid Duyung. Cantik bukan?
The tower of Duyung's mosque. Beautiful isn't it?

Kubah atau bumbung masjid yang bertingkat-tingkat...
The mosque's main roof or doom built in layers...

Sejarah masjid tertulis pada batu peringatan...
History of the mosque inscribed on a commemorative stone...

Kawasan kubur Islam di belakang dengan papan-tanda menuju ke Perigi Hang Tuah...
The Islamic cemetery with a sign-board to Hang Tuah's well...

Ini pula papan tanda untuk Masjid Kampung Hulu yang terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka...
This is the sign-board for the mosque of Kampung Hulu which is situated right in the middle of the city of Melaka...

Lihat rekabentuk masjid ini yang merupakan rekabentuk biasa masjid-masjid lama Melaka...
Look at the mosque's architecture which is the normal architecture for old mosques in Melaka...

Kolam wudhuk Masjid Kampung Hulu...
The pool for wudhuk (ritual purification by water) at the mosque of Kampung Hulu...

Pemandangan dari hadapan masjid. Untuk pengetahuan, Masjid Kampung Hulu yang dibina tahun 1728 dikatakan sebagai masjid paling tua di Malaysia yang masih mengekalkan bangunan serta tapak asal.
View from the mosque's front. For information, the mosque of Kampung Hulu built in 1728 AD is said to be the oldest mosque in Malaysia still maintaining its original building and site.

Pintu gerbang utama masuk ke kawasan masjid. Masjid Kampung Hulu juga menjadi salah sebuah masjid kegemaran untuk orang-orang yang beramal dan beriktikaf terutama mereka yang berminat dengan hal-hal kebatinan. Sekian... :]
The main entrance to the mosque compound. The mosque of Kampung Hulu is also one of the favourite mosque for those deep in practice and for spending the night in vigil especially among those interested in esotoric matters. That's all... :]

Masjid (mosque of) Zahir

OK... Sampai masanya untuk menyambung cerita...
OK... Come the time to continue telling stories...

Lihat pintu bangunan ini...
Look at this building's door...

Look at the roof from inside...
Lihat bahagian dalam bumbung...


Kalau nak tahu, inilah Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah!
If you want to know, this is the Zahir mosque in Alor Setar, Kedah!

Masjid Zahir adalah masjid diraja Kedah. Zahir bermaksud nyata, berlawanan dengan Batin yang tidak dapat dilihat. Apabila melihat nama Zahir ini, terus saya teringat akan gelaran raja-raja dahulukala yang memerintah kerajaan Pasai dalam wilayah Aceh sekarang... Gelaran raja-raja iaitu Sultan Malikul Zahir... Apakah ada kaitan?
The Zahir mosque is the royal mosque of Kedah. The word Zahir is Arabic meaning clear and apparent as opposed to Batin which can't be seen because it's inside, more spiritual and hidden in nature. When I looked at the name Zahir, what came to mind is the old royal title for the rulers of the kingdom of Pasai in modern-day Aceh... The title of kings then was Sultan Malikul Zahir... Is there any connection?

Sungai Kedah dilihat daripada kawasan masjid.
Memang ada kaitan tertentu antara kerajaan Kedah dan Pasai dahulukala. Keluarga diraja kedua-dua buah kerajaan pernah berkahwin antara satu sama lain. Malah di sebuah tempat bernama Minye Tujuh (kalau tak salah) di Aceh, terdapat sebuah batu nesan yang menyatakan Kedah dan Pasai serta perairannya berada di bawah pemerintahan raja yang sama!
The Kedah river seen from the mosque's compound.
Of course there is a certain relationship between the kingdoms of Kedah and Pasai in the olden days. The royal families of both kingdoms did marry into each other. In fact, in a place called Minye Tujuh (if I'm not mistaken) in Aceh, there is a tombstone stating Kedah and Pasai along with its waters were under the rule of the same monarchy!

Sebenarnya, catatan pada batu nesan itu yang dibuat dalam bahasa Melayu kuno bercampur Sanskrit dan Arab berbunyi begini...
Actually, the inscriptions on the tombstone made in very old Malay mixed with Sanskrit and Arabic sounded like this...

Hijrah Nabi mungstapa yang prasaddha
Tujuh ratus asta puluh savarasaa
Haji catur dan dasa vara sukra
Raja iman varda rahmat Allah.

Gutra bharu bhasa (ng) hak Kadah Pase.
Matarukk tasih tanah samuha
Ilahi ya rabbi tuhan samuha
Taruh dalam svarga tuhan tutuha.

Terjemahannya: Pada hari Jumaat 14 Zulhijjah 781 Hijrah (1380 Masihi), seorang puteri yang beriman kembali ke rahmatullah... Puteri daripada keturunan “Gutra Bharu Bhasa” atau “Kaum Bahasa Baharu”, penganut-penganut budaya baru iaitu agama Islam serta mempunyai hak dan kuasa ke atas Kedah dan Pasai, dan atas segala laut dan darat. Ilahi ya Rabbi, Tuhan semesta ‘alam, letakkanlah beliau di dalam syurga.
The translation: On Friday 14 Zulhijjah 781 Hijrah of the Islamic calender (equivalent to the year 1380 AD), a pious princess returned to the presence of God (as in died)... A princess descended from "Gutra Bharu Bhasa" or "the people of the new language", the people who brought a new culture and faith that is Islam and have authority and power over Kedah and Pasai, on land and see. God and Lord, the master of all the universe, do put her in heaven.

Siapakah puteri yang dimaksudkan. Sesetengah pengkaji percaya, baginda adalah Ratu Nur Ilah yang memerintah Pasai sebelum 1380 AD sementara Kedah telah diperintah sejak ayahanda baginda, Sultan Malikul Zahir menaiki takhta 1326.
Who is the princess referred to? Some scholars believe she is Queen Nur Ilah who ruled Pasai before 1380 AD while Kedah was already under the rule of her father Sultan Malikul Zahir Thani who ascended the throne in 1326.

Batu penanda Masjid Zahir pula menyatakan masjid ini dibina berdasarkan senibina masjid di Langkat, sebuah wilayah di selatan Aceh sekarang dan utara daripada wilayah Sumatera Utara. Sebenarnya, berdasarkan persempadanan sekarang yang ditetapkan para pemerintah Indonesia di Jakarta, Langkat setakat sebuah daerah di dalam Sumatera Utara. Apapun Langkat pernah menjadi keSultanannya yang tersendiri sementara Sumatera Utara pula merupakan wilayah keSultanan Deli. Kedua-dua kerajaan pernah berada di dalam kekuasaan Aceh sementara Aceh dahulukala berada di bawah penguasaan Pasai. Nampak tak kaitannya?
This commemorative stone at the Zahir mosque says the mosque was built based on the mosque architecture in Langkat, a province south of modern-day Aceh and north of Sumatera Utara. Actually, under the current borders defined by the rulers of Indonesia in Jakarta, Langkat is just a district within Sumatera Utara. Whatever, Langkat used to be its own Sultanate while Sumatera Utara was a province within the Deli Sultanate. Both kingdoms used to be under the rule of Aceh while Aceh of olden days was under the rule of Pasai. See the connection?


Thursday, August 09, 2007

Rumah-rumah di Langkawi? (Houses in Langkawi?)

Berikut adalah replika rumah-rumah Melayu lama di Pulau Langkawi, Kedah seperti yang didirikan di sebuah taman untuk memperingati watak lagenda Mahsuri. Sebab itu saya gunakan tanda soal dalam tajuk cerita, kerana sepanjang berjalan-jalan di Langkawi beberapa kali, belum pernah saya terjumpa rumah-rumah sebegini yang diduduki masyarakat tempatan. Mungkin kerana rumah-rumah yang didirikan untuk menarik perhatian pelancong ini dibina berdasarkan rekabentuk lebih 200 tahun dahulu? Wallahualam... Dan oleh kerana gambar-gambar in diambil Januari lalu, saya tidak ingat lagi apakah cerita di sebalik setiap rumah. Maka biarlah gambar-gambar ini dipaparkan tanpa cerita ya... Atau masuk ke blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH untuk cerita berkaitan terutama di The legend of Mahsuri in Langkawi dan Lots of walking in Langkawi...
The following are replicas of old Malay houses in the island of Langkawi, Kedah as built in a park to commemorate the legendary lady Mahsuri. That's why I use question mark in the title of the story, because as far as my travelling a few times in Langkawi goes, I've never came across such houses populated by the locals. Maybe because the houses built as tourist attractions are based on designs of more than 200 years ago? God knows best... And as the pictures were taken in January, I don't remember the story behind each house. So let the pictures be displayed without any story ya... Or enter the English blogspot BERPETUALANG KE ACEH for related stories especially in The legend of Mahsuri in Langkawi and Lots of walking in Langkawi...






Kesan Aceh di Yan, Kedah? (Aceh remains in Yan, Kedah?)

Beberapa hari setelah meninggalkan Kuala Muda, saya telah pergi ke Yan, Kedah. Saya pernah diberitahu bahawa pekan dan daerah berhampiran pantai di kaki Gunung Jerai ini telah dibuka oleh orang-orang daripada Aceh lebih 100 tahun dahulu. Mungkin bangunan-bangunan yang dipaparkan di sini menggambarkan budaya serta seni orang Aceh? Untuk cerita berkaitan, masuk ke blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH atau pergi terus ke The surau of Kampung Setul, Yan... , Yan again... The call of Gunung Jerai... dan In Yan to find the Aceh connection....
A few days after leaving Kuala Muda, I went to Yan, Kedah. I was told than this village and district near the beach at the foot of Gunung (mount) Jerai was opened by people from Aceh more than 100 years ago. Maybe the buildings featured here potray the art and culture of the people from Aceh? For related stories, enter the English blogspot BERPETUALANG KE ACEH or go straight to The surau of Kampung Setul, Yan... , Yan again... The call of Gunung Jerai... and
In Yan to find the Aceh connection....
Sebuah rumah yang agak ringkas di Kampung Aceh, Yan...
A rather simple house in Kampung (village of) Aceh, Yan...


Sebuah lagi rumah di situ yang ringkas tetapi agak menarik...

Another house there which is simple but rather interesting...


Surau Kampung Aceh...

Surau (small praying hall) of Kampung Aceh...


Pemandangan di dalam surau...

The view inside the surau...


Sebuah rumah Melayu lama di sebelah Surau Kampung Aceh... Cantik kan? Perhatikan ciri-ciri kegemaran saya... Ukiran seperti lidah terjulur daripada sudut bumbung.
An old Malay house beside Surau Kampung Aceh... Beautiful isn't it? Look at my favourite feature... The tounge-like carvings jutting out from the corners of the roof.

Ini pula sebuah surau lama tinggal yang dikatakan telah didirikan oleh orang-orang Aceh...

This is an old abandoned surau said to be built by people from Aceh...


Di hadapannya terdapat sebuah kawasan perkuburan Islam dengan batu-batu nesan yang memiliki rupabentuk serupa dengan yang terdapat di sebuah kawasan perkuburan di sekitar kawasan Batu Uban, Pulau Pinang...

In front is a Muslim cemetery area with tombstones having the same designs like that at a cemetery around Batu Uban, Pulau Pinang...


Yang peliknya, surau tinggal yang dikatakan didirikan oleh orang-orang Aceh ini terletak di sebuah kampung lain di seberang jalan besar daripada Kampung Aceh. Hmm...

What is odd, this abandoned surau which is said to be built by people from Aceh is situated at another village across the main road from Kampung Aceh. Hmm...

Bangunan-bangunan di Kuala Muda (Buildings in Kuala Muda)

Assalamualaikum. Setelah seminggu tidak membuat apa-apa posting dalam mana-mana blogspot saya, biar kita mulakan sesuatu yang ringkas ya... Dengan gambar-gambar yang diambil dalam satu lawatan ke Kuala Muda, Pulau Pinang Januari lalu. Untuk pengetahuan, daerah Kuala Muda terbahagi kepada dua - Kuala Muda di negeri Kedah dan Kuala Muda di Seberang Perai dalam wilayah Pulau Pinang. Sungai Muda bertindak sebagai sempadan kedua-dua negeri. Silakan...
Peace be upon you. After a week not making any posting in any of my blogspot, let us start with something simple ya... With pictures taken during a visit to Kuala Muda, Pulau Pinang last January. For information, the district of Kuala (estuary of) Muda is divided into two - Kuala Muda in the state of Kedah and Kuala Muda in Seberang Perai within the territory of Pulau Pinang. The Muda river acts as the boundary between the two states. Come...

Dalam kawasan tembok berwarna kuning adalah surau di Kuala Muda tempat saya bermalam di sana selepas bertolak daripada Pulau Pinang dalam lawatan ketika itu. Ceritanya ada dinukilkan dalam blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH, dalam artikel bertajuk The Penang part of Kuala Muda.
Within the yellow-coloured walls is a surau (small praying hall) in Kuala Mudawhere I spent the night there after leaving Pinang Island in a visit then. The story is told in the English blogspot BERPETUALANG KE ACEH, in the article titled The Penang part of Kuala Muda.


Apa yang menarik, surau itu terletak di dalam sebuah kawasan perumahan murah yang saya rasa agak unik... Setakat ini sepanjang perjalanan saya ke pelbagai lokasi di Malaysia, rumah-rumah murah yang didirikan kerajaan semuanya berupa rumah batu teres satu tingkat dengan saiz begitu kecil. Tapi di Kuala Muda ini, rumah murahnya merupakan banglow di mana bahagian bawahnya adalah batu dan atasnya kayu dengan kawasan yang agak lapang dan luas!

What is interesting, the surau is situated within a low-cost housing area which I felt rather unique... So far in all my trips to various locations in Malaysia, all the low-cost houses built by the government consist of terrace brick-houses with small size. But here in Kuala Muda, the low-cost houses are bungalows with the lower part made from bricks and the upper wooden with areas which are rather spacious and large!


Ini pula sebuah rumah Melayu lama di jalan utama... Perhatikan ukiran kayu seperti lidah terjulur keluar daripada sudut bumbungnya...

This is an old Malay house at the main road... Look at the tongue-like wood carvings jutting out from the corners of the roof...


Jalan utama Kuala Muda dengan masjid jamek di latar-belakang...
The main road of Kuala Muda with the main mosque in the background...


Lagi rumah dengan ukiran seperti lidah terjulur di sudut bumbung...

One more house with tounge-like carvings coming out from the roof's corners...


Ini pun sama...

This is also the same...


Perhatikan juga rumah-rumah ini...

Look at these houses too...

Masjid jamek dilihat sebalik rimbunan pokok dan sebuah rumah. Cukuplah...

The main mosque seen behind a shade and a house. Enough...