-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Wednesday, October 20, 2010

Makam (Tomb of) Syarif Adam

Bersambung dari Makam (Tomb of) Sultan Syarif Ali.
Continued from Makam (Tomb of) Sultan Syarif Ali.


Di bahagian lebih tinggi bukit yang sama terdapat sebuah lagi makam orang lama yang ternama.

At a higher part of the same hill there exist another tomb of olden famous personality.

Inilah makam Syarif Adam, seorang pendakwah yang datang ke Brunei bersama Syarif Ali.
This is it the tomb of Syarif Adam, a religious missionary who came to Brunei along with Syarif Ali.

Apabila diperhatikan lebih dekat terdapat 2 buah batu nesan untuk menandakan 2 makam.
When looked at closer there exist 2 pieces of tombstones to mark 2 tombs.






Rasanya yang di kanan itu milik Syarif Adam, di kiri tak tahu milik siapa...
I feel the one to the right is that of Syarif Adam, the left one not known belonging to whom....




Oh. Semasa naik tadi papantanda ini masih tertutup, mungkin akibat baru didirikan. Saya pun membukanya untuk melihat apa yang tertulis. Di sini nama Syarif Adam disebut sebagai Sheikh Adam. Syarif Ali pula dinyatakan sebagai Sultan Brunei ketiga dan inilah yang tertulis dalam sejarah rasmi. Namun ada sumber menyebut baginda sebagai Sultan keempat kerana telah ada seorang lagi pemerintah Brunei sebelum baginda...
Oh. When coming up this signage was still closed, maybe because it was just newly erected. I then proceeded to open it to see what is written. Here the name Syarif Adam is mentioned as Sheikh Adam. Syarif Ali in turn is mentioned as the third Sultan of Brunei and this is as written in official history. However there are sources saying his majesty was actually the fourth Sultan as there was one more Brunei ruler before him...


Makam (Tomb of) Sultan Syarif Ali

Bersambung dari Masjid (Mosque of) Omar Ali Saifuddin, Brunei.
Continued from Masjid (Mosque of) Omar Ali Saifuddin, Brunei.


Seterusnya kami pergi ke makam Sultan Syarif Ali.

Next we went to the tomb of Sultan Syarif Ali.




Baginda adalah Sultan yang memerintah Brunei 1426-1432 Masihi.
His majesty was the Sultan who ruled Brunei 1426-1432 Masihi.


Untuk pengetahuan, baginda adalah satu-satunya Sultan pemerintah kerajaan Melayu yang diiktiraf berasal dari keturunan Saidina Hassan, cucu sulung Nabi Muhammad SAW. Untuk makluman ada Sultan lain dari keturunan sama pernah memerintah di rantau ini tetapi nasab sebenar mereka dikaburkan atas sebab tertentu.
For information, his majesty was the only Sultan ruling a Malay kingdom who is recognised as being from the descendants of Saidina Hassan, the eldest grandchild of Prophet Muhammad SAW. For information there were other Sultans from the same lineage who used to rule in this region but their real genealogy are concealed for certain reasons.




Terus ke bangunan makam yang terletak di bawah lereng bukit...
On to the tomb building which is situated down a hillside...








Makam Sultan Syarif Ali terletak di samping beberapa makam lain, tak pastilah ahli keluarga atau bukan.
The tomb of Sultan Syarif Ali is situated besides a number of other tombs, not sure if it is that of family members or not.





Batu nesan Sultan.
The Sultan's tombstone.






Bahagian sebelah.
The other side.


Masjid (Mosque of) Omar Ali Saifuddin, Brunei

Assalamualaikum semua. Sekarang sampailah masa untuk mengenengahkan tempat-tempat di Brunei berdasarkan lawatan yang dibuat awal Ogos 2010. Mari...
Peace be upon you all. Now comes the time to feature places in Brunei based on a visit done early August 2010. Come...


Ini adalah Masjid Omar Ali Saifuddin (juga dieja Saifuddien), satu ikon Brunei di peringkat antarabangsa.

This is the mosque of Omar Ali Saifuddin (also spelt as Saifuddien), a Brunei icon at international level.


Dinamakan sempena Sultan yang memerintah Brunei ketika masjid didirikan 1954-1958 (kini sudah mangkat) ia menjadi bangunan yang cukup sinonim dengan negara ini.

Named after the Sultan who ruled Brunei when the mosque was built 1954-1958 (now already deceased) it becomes a building which is so synonymous with this nation.




Menara masjid.

The mosque's tower.


Sayap kiri belakang di mana terdapat tempat wudhuk.

The rear left wing where lies the place for taking abolution.


Kubah yang dikatakan dibuat menggunakan emas padu!

The dome said to be made using solid gold!


Mari kita lihat lebih dekat...

Let us have a closer look...




Oh. Rasanya elok kita ambil wudhuk dahulu.

Oh. I feel it is better to take abolution first.







Dewan solat. Harus dimaklumkan bahawa pelawat dilarang mengambil gambar di dalam. Jadi biar saya mengaku mengambil gambar secara curi-curi untuk tatapan pengunjung setia blogspot ini.

Praying hall. It must be informed that visitors are not allowed to take pictures inside. Thus let me confess of taking pictures by stealth for the viewing pleasure of faithful visitors to this blogspot.




Bahagian bawah kubah.

Area under the dome.


Mimbar.

The pulpit.



Mihrab. Untuk makluman ini adalah artikel ke 424 di blogspot ini.
Front-most section. For information this is the 424th article in this blogspot.



Saturday, October 16, 2010

Rumah dengan bentuk lidah terjulur di Kuala Selangor (House with tounge-like shape hanging down at Kuala Selangor)

Sebenarnya sebelum singgah ke makam-makam saya telah pergi melihat rumah ini dahulu.

Actually before I visited the tombs I went to see this house first.

Rumah yang boleh kelihatan dari tepi jalan sebelum Kampung Kuantan (dari arah Batang Berjuntai) ini memiliki satu ciri unik, ukiran dengan bentuk yang saya suka sebut sebagai lidah terjulur di hujung bumbung.
This house which could be seen from besides the road before Kampung Kuantan (from the direction of Batang Berjuntai) has one unique feature, carvings of the shape which I like to say as tounges hanging down the corners of the roof.

Untuk makluman bentuk begini biasanya cuma dapat ditemui di Perak juga sebahagian negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Ia juga boleh ditemui di Sabak Bernam yang terletak di dalam negeri Selangor namun ini kali pertama saya terlihatnya di dalam daerah Kuala Selangor.
For information this shape is normally seen only in Perak also parts of the states of Kedah, Pulau Pinang and Perlis. It can also be found in Sabak Bernam which is situated inside the state of Selangor but this is the first time I saw it in the district of Kuala Selangor.

Makam-makam bertanda batu di Kampung Kuantan (Tombs marked by stones at Kampung Kuantan)

Bersambung dari Makam (Tomb of) Tok Laut, Kuala Selangor.
Continued from Makam (Tomb of) Tok Laut, Kuala Selangor.


Di Kampung Kuantan yang turut terletak di dalam daerah Kuala Selangor pula kami ditunjukkan sejumlah makam-makam lama yang bertanda batu.

At (village of) Kampung Kuantan which is also situated in the district of Kuala Selangor in turn we were shown a number of old tombs marked by stones.


Dipercayai ia juga milik pendatang Bugis bertaraf bangsawan.
It is believed that it also belong to Bugis migrants of noble status.



Di sini terdapat 6 atau 7 makam.
Here lies 6 or 7 tombs.


Bukan semua penduduk tempatan menyedari kewujudan makam-makam ini yang dianggap keramat.
Not all locals realise the existence of these tombs which are considered as having magical powers.





Makam (Tomb of) Tok Laut, Kuala Selangor

Hari Khamis baru ini kami pergi ke satu kawasan pendalaman daerah Kuala Selangor lalu ditunjukkan makam lama ini.
This recent Thursday we went to a rural area in the district of Kuala Selangor and was shown this old tomb.


Makam ini dikenali sebagai "kubur panjang", kerana jarak antara 2 batu nesan tidak kurang 9 kaki.
This tomb is known as the "kubur panjang" (long grave), as the distance between its 2 tombstones is no less than 9 feet.



Menurut cerita warga tempatan pemilik makam ini ialah seorang kerabat diraja Bugis yang membawa diri ke Selangor sekitar 200 tahun lalu. Kapalnya karam di kuala Sungai Selangor sebelum ditemui masih hidup. Sebab itu beliau dikenali sebagai Tok Laut.
According to a story by a local the owner of the tomb is a Bugis royal who brought himself to Selangor around 200 years ago. His ship was capsized at the estuary of the Selangor river before he was found still alive. That is why he is known as Tok Laut (the elder from the sea).

Friday, October 15, 2010

Masjid (Mosque of) Al-Ihsan, Sungai Lang, Banting

Bersambung dari Masjid (Mosque of) Ar-Rohmaniah, Sungai Lang, Banting.
Continued from Masjid (Mosque of) Ar-Rohmaniah, Sungai Lang, Banting.


Di bahagian lain Sungai Lang terdapat Masjid Al-Ihsan.

At another part of Sungai Lang lies the mosque of Al-Ihsan.


Ia adalah masjid yang lebih besar dan moden.
It is a mosque which is bigger and modern.



Menara.
The tower.


Pintu masuk utama.
Main entrance.








Serambi belakang.
Rear verandah.





Serambi kanan.
Right verandah.






Dewan solat.
Praying hall.




Mihrab.
Front-most section.