-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Monday, June 18, 2012

Masjid (Mosque of) Astana, Tuban



Di kawasan halaman makam terdapat masjid ini.
In the courtyard of the tomb lies this mosque.






Namanya Masjid Astana. Maklumat pada pintu menunjukkan ia dibina tahun 1921.
Its name is Masjid (mosque of) Astana. The information at the door shows it was built in the year 1921.


Nampaknya ia masih baru berbanding zaman Sunan Bonang hidup lebih 500 tahun lalu.
Looks like it is still new compared to the era of Sunan Bonang who lived more than 500 years ago.



Namun ia menjadi tumpuan kerana terletak di laluan masuk ke makam.
Still it attracts attention because it is situated on the way in to the tomb.




Sunday, June 17, 2012

Makam (Tomb of) Sunang Bonang



Hampir senja kami sampai ke kota Tuban lalu terus ke makam Sunan Bonang.
Almost dusk we arrived at the town of Tuban and straight away headed for the tomb of Sunan Bonang.








Beliau juga seorang Wali Songo.
He is also one of the Wali Songo (nine saints of Jawa).








Sunan Bonang adalah abang kepada Sunan Drajat. Lihat Makam (Tomb of) Sunan Drajat.
Sunan Bonang is elder brother to Sunan Drajat. Look at Makam (Tomb of) Sunan Drajat.




Makam (Tomb of) Ibrahim Asmarakandi



Luar di tepi kiri masjid kelihatan papan tanda bertulis perkataan "Makam Ibrahim Asmoro Qondi".
Outside on the left side of the mosque could be seen a signboard written "Makam (tomb of) Ibrahim Asmoro Qondi".


Ini diikuti petunjuk ke arah makam.
This is followed by direction to the tomb.




Ibrahim ini turut dikenali sebagai Ibrahim Asmarakandi kerana katanya datang dari Samarqand di Asia Tengah.
This Ibrahim is also known as Ibrahim Asmarkandi as he is said to have come from Samarqand in Central Asia.




Beliau adalah bapa kepada Sunan Ampel. Rujuk Makam (Tomb of) Sunan Ampel.
He was father to Sunan Ampel. Refer Makam (Tomb of) Sunan Ampel.



Masjid (Mosque of) Ibrahim Asmarakandi

Bersambung dari Makam (Tomb of) Sunan Drajat.


Dari makam Sunan Drajat kami menyusuri kawasan pantai yang menghadap Laut Jawa terus ke barat. Sampai di satu bahagian kami singgah di masjid ini.
From the tomb of Sunan Drajat we followed the coastal area which is facing the sea of Jawa on to the west. Upon reaching a certain part we stopped by at this mosque.






Ia dikenali sebagai Masjid Ibrahim Asmarakandi.
It is known as the mosque of Ibrahim Asmarakandi.




Siapakah Ibrahim Asmarakandi?
Who is Ibrahim Asmarakandi?




Ini akan diceritakan pada artikel selepas ini...
This will be told in the article after this...



Makam (Tomb of) Sunan Drajat



Perjalanan diteruskan mengampiri kawasan perairan di utara Jawa Timur untuk ke makam Sunan Drajat.
The journey was continued approaching the coastal area at the north of East Jawa to get to the tomb of Sunan Drajat.




Beliau juga seorang anggota Wali Songo.
He is also a member of the Wali Songo (the nine saints of Java).




Sunan Drajat adalah anakanda kepada Sunan Ampel. Rujuk Makam (Tomb of) Sunan Ampel.
Sunan Drajat is a son of Sunan Ampel. Refer Makam (Tomb of) Sunan Ampel.






Makamnya ada di dalam bangunan kayu ini.
His tomb exists inside this wooden building.







Ia terletak di dalam lapisan dalam yang berkunci.
It is located in the inner layer which was locked.



Saturday, June 16, 2012

Makam (Tomb of) Fatimah binti Maimun



Dari Masjid Sunan Giri kami mengambil sebuah jalan untuk keluar dari lingkungan kota Gresik. Sampai di kawasan bernama Leran kami singgah ke makam seorang wanita bernama Fatimah binti Maimun.
From the mosque of Sunan Giri we took a road to go out of the vicinity of Gresik town. Upon reaching an area called Leran we stopped by at the tomb of a woman named Fatimah binti Maimun.



Bangunan makamnya dikatakan memiliki ciri-ciri binaan Jawa kuno.
The building is said to have the qualities of ancient Jawa building.


Fatimah binti Maimun dikatakan mangkat tahun 1082 Masihi.
Fatimah binti Maimun is said to have passed away in the year 1082 AD.


Maka itu beliau harus hidup 400 tahun lebih awal daripada zaman Wali Songo!
Thus she must have lived 400 years earlier than the era of Wali Songo (the nine famous saints of Jawa)!


Makamnya dikatakan makam Islam tertua di Pulau Jawa.
Her tomb is said to be the oldest Islamic tomb in the island of Jawa.


Fatimah dikatakan berketurunan Parsi. Peliknya, ayahnya Maimun bin Hibatullah dikatakan pernah menjadi raja Melaka.
Fatimah is said to be of Persian descent. Strangely, her father Maimun bin Hibatullah is said to have been the king of Melaka.




Turut terdapat dalam bangunan adalah makam beberapa orang puteri.
Also available inside the building are the tombs of a number of princesses.














Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 979 di blogspot ini.
For information this is the 979th article in this blogspot.