-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Friday, May 06, 2011

Masjid 'baru' ('New' mosque of) Kampung Laut

Bersambung dari Masjid (Mosque of) Wakaf Baru.
Continued from Masjid (Mosque of) Wakaf Baru.



Dari Wakaf Baru kami ke Kampung Laut pula di mana terdapat masjid ini.
From Wakaf Baru we went to Kampung Laut in turn where lies this mosque.


Ia adalah masjid utama di Kampung Laut menggantikan sebuah masjid lama.
It is the main mosque in Kampung Laut replacing an old mosque.


Adapun masjid lama yang dimaksudkan telah dialih lokasi ke Nilam Puri kira-kira 19 km dari sini. Lihat artikel lama Masjid (mosque) of Kampung Laut.
As it is the old mosque in question has been relocated to Nilam Puri about 19 km from here. Look at the old article Masjid (mosque) of Kampung Laut.


Namun ada beberapa barangan dari masjid lama ditinggalkan di sini. Antaranya beduk ini...
Still there's a number of things from the old mosque left here. Among it is this beduk (Malay traditional drum)... Turut ditinggalkan adalah kolah air yang diukir dari batu pejal.
Also left behind is a water pool carved from solid rock.






Masjid dilihat dari belakang.
The mosque seen from behind.


Sekarang mari kita lihat masjid lebih dekat.
Now let us have a closer look of the mosque.



Di satu sisi ada maklumat menyatakan masjid ini dibuka 1967, bukanlah begitu baru tetapi memang baru kalau dibandingkan Masjid Kampung Laut lama yang berumur ratusan tahun.
At one side there is information saying this mosque was opened in 1967, not so new but still new indeed compared to the old Masjid (mosque of) Kampung Laut which is hundreds of years old.



Dewan solat.
Praying hall.


Mihrab.
Front-most section.



Mimbar.
The pulpit.



Difahamkan mimbar ini pula berserta panel ukiran yang kelihatan di atas adalah tinggalan dari masjid lama juga.
It is understood this pulpit in turn along with the carved panel seen on top are also left-overs from the old mosque.


3 comments:

Harleny Abd Arif said...

Saya telah menjalankan tinjuaan (15 Mac 2009) ke Masjid Kg Laut (tapak baru di Nilampuri). Tujuan untuk melihat rekabentuk mimbar. Pada awalnya, saya beranggapan mimbar tersebut mimbar lama. Namun, salah seorang pengunjung blog (guru agama anak jati Kg Laut) telah memaklumkan mimbar di Nilampuri adalah mimbar baru, manakala mimbar asal berada di Masjid Pasir Pekan. Maklumat yg lebih sahih saya jumpai tidak berapa lama selepas itu. Paparan foto dan keterangan tentang mimbar asal masjid Kg Laut terkandung dlm buku karangan Abdul Halim Nasir.

Untuk melihat lebih lebih dekat rekabentuk mimbar yang asal, saya telah menjejak lokasi Masjid Pasir Pekan di Wakaf Baharu (17 Mac 2010). Mimbar ini adalah salah satu daripada mimbar dlm kajian perbandingan yg dijalankan. Mimbar ini mempunyai ragamhias "gunungan" yg saya klasifikasikan sebagai yang terindah buatannya di Semenanjung (ke-2 barangkali mimbar Kg. Bukit Bayas yg mempunyai 3 lapisan "gunungan"). Sila ke pautan berikut untuk melihat foto mimbar asalnya > http://jejakmihrabmimbar.com/catatan-penulis/misi-jejak-mimbar-kampung-laut/

Mimbar ke-2 berada di Nilampuri dan mimbar yg MS rakamkan itu adalah mimbar ke-3 (baru). Saya difahamkan oleh informan (pihak pengurusan masjid Pasir Pekan), mimbar asal pada mulanya diletakkan secara sementara sebelum dipindahkan ke Nilampuri. Namun, mimbar asal ini kemudiannya dikekalkan di Masjid Pasir Pekan atas permintaan dan persetujuan bersama. Lalu diperbuat mimbar ke-2 mirip mimbar asal sebagai ganti di ruang dalam Masjid Kg Laut Nilampuri (tapak baru). Mimbar ke-2 punya persamaan dari segi ragamhias dan warna (coklat tua dan emas). Mimbar ke-3 ini pula sebagai ganti kepada mimbar asal di tapak asal binaan Masjid Kg.Laut. Persamaan hanya pada rekabentuk "gunungan" yang menjadi identiti mimbar tua.

Radzi Sapiee said...

Terima kasih Harleny atas maklumat ini. Pada mulanya memang saya sangkakan mimbar di masjid baru kg laut tu asal dari masjid lama. Apabila saudari memberitahu mimbar asal ada di pasir pekan (tu pun mula2 saya pelik dengar. Takkan kat Pekan, Pahang pulak?) dan Nilampuri mimbar ke-2, di masjid baru ini mimbar-3 saya sangkakan ia bermaksud ke 3-3 mimbar memang dari masjid asal kerana tidak menghairankan jika masjid tua beratus tahun seperti Masjid Kampung Laut sudah dibuat beberapa mimbar menggantikan yang sebelumnya. Rupa2nya yang ke2 dan ke3 tu kira replika aje. Sekali lagi terimakasih atas maklumat yang berguna ini. :]

Harleny Abd Arif said...

Ralat: Saya difahamkan oleh informan (pihak pengurusan masjid Pasir Pekan), mimbar asal pada mulanya ingin diletakkan secara sementara, namun ia kemudiannya dikekalkan di Masjid Pasir Pekan atas permintaan dan persetujuan bersama.