-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Wednesday, March 19, 2008

Senjata Melayu lama di Bukit Melawati (Old Malay weapons at Bukit Melawati)

Assalamualaikum semua. Malam ini, buat kali kedua di mana-mana blogspot saya, timbul gerak untuk memaparkan gambar-gambar senjata Melayu lama... Kali pertama adalah ketika membuat posting bertajuk Senjata lama di Kota Ngah Ibrahim (Old weapons at the fort of Ngah Ibrahim) . Posting itu ialah posting ke 99 di blogspot ini sedangkan ini pula posting ke 115...
Peace be upon you all. Tonight, for the second time ever at any of my blogspots, I feel like showing some pictures of old Malay weapons... The first time was when making the posting titled Senjata lama di Kota Ngah Ibrahim (Old weapons at the fort of Ngah Ibrahim) . That was the 99th posting in this blogspot and this one in turn is the 115th...
Sepertimana di posting itu, biarlah posting ini juga sekadar memaparkan gambar-gambar tanpa penerangan ya... Cukuplah diberitahu gambar-gambar ini diambil di Muzium Sejarah Selangor di puncak Bukit Melawati, Kuala Selangor... Pada 8 Mac 2008, ketika proses membuang undi bagi pilihanraya Malaysia yang ke 12 dijalankan. Sekian!
As in that posting, let this posting be made with only the pictures featured without giving any explanation ya... Enough said, the pictures were taken at the Selangor History Museum on top of Bukit (hill of) Melawati, Kuala Selangor... On the 8th of March 2008, while the votes were being casted for the 12th Malaysian general election. That's all!



















15 comments:

Anonymous said...

Gambar Kurang Jelas ?


Cuma Saya Nampak disini Baju Perisai Bugis, Perisai Bugis, Pistol Bugis

dan apa nama pedang ?

Radzi Sapiee said...

Gambar kurang jelas sebab low-lighting. Memang byk tu pakaian and senjata Bugis... Ambik pun kat dalam Muzium Sejarah Selangor yang cerita asal-usul raja-rajanya daripada anak Raja Bugis.
Nama pedang tak tahu pla.k. Tapi semuanya saya letak sini dengan harapan ada sesiapa dapat le gerak lalu memberi komen yang sesuai. Sekian! :]

Anonymous said...

begitu banyak koleksi Keris Moro , Baju Zirah Bugis dan Pedang Menyerupai Pedang Qala'i '' Hindi '' (Tulwar)

Anonymous said...

Salam MS,

Saya tak pernah masuk muzium bkt melawati ni. Cuma agak pelik pada senjata2 yg di pamerkan. Gambar keris yg dipamerkan selepas baju perang bugis itu, kebanyakannya keris jawa berdasarkan kepada bentuk sarung dan hulunya. Hulunya jenis "nunggak semi", dan sampan/sampir adalah 'ladrang' dan 'gayaman'. Oleh kerana gambar tak begitu jelas, jadi kurang pasti adakah bilahnya juga bilah jawa?

Anggapan awal saya, tentu muzium disini akan memaparkan lebih banyak senjata bugis, sementelah ada baju perang bugis dan juga perisai bugis. Yg perasan adalah, ada sebilah badik bugis. Kemana pulak pergi Keris Sepokal bugis bersama Toli2(tali pengikat pada sarung) pada sarungnya?

Mungkin Sundang (lebih terkenal dgn senjata Moro) digunakan senjata utama bersama perisai dan baju perang. Maklum juga, waktu perang, pedang dan sundang lebih efektif, dan keris/badik akan jadi senjata kedua atau ketiga, apatah lagi, ada pistol pulak. hehehe ...

Mungkin agaknya angkatan jawa ramai ikut sama mempertahankan k.s'gor semasa menentang Belanda pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim.

-awanbadai-

Radzi Sapiee said...

Wassalam.
Wah, pakar juga AwanBadai dalam mengenali jenis senjata yek, saya langsung tak tahu apa-apa.
Apapun, bab senjata Jawa tu, mungkin juga datang daripada penduduk Jawa sebab sekitar Jeram (yang dahulu pernah diperintah Paduka Mimat, anakanda Sultan Mansur Shah Melaka dengan Puteri Hang Li Po), lebih kurang 15km daripada Kuala Selangor, memang banyak orang Jawa. Dan lagi mungkin juga senjata-senjata itu daripada askar bantuan lain. Sebab Sultan Ibrahim pernah kalah dengan Belanda lalu Bukit Melawati dan Bukit Tanjung Keramat ditawan. Baginda pun berundur sehingga ke Pahang kemudian mendapat bantuan angkatan sana di bawah Bendahara Pahang (lupa yang mana) lalu dapat menawan kembali Kuala Selangor...

Anonymous said...

Salam MS,

Tak de la pakar. Cuma ada sikit je pengetahuan dgn bentuk2 asasnya. Lagipun hobi gak pada senjata tradisi ni. Maklum, halus seni tangan org melayu pada kerja2 kayu dan logam memang terserlah. Tu yang terasa asyik meneliti dan mengkaji keindahan disebalik terhasilnya seni begini.

Mengenai orang2 jawa di k.s'gor memang ramai yang meneroka. Sebelah ibu saya berketurunan jawa. Saya sendiri hanya dapat siasat sampai moyang saja. Beberapa nama tempat di sekitar k.s'gor juga ada pengaruh jawa, contohnya Ijok, Api2, Assam Jawa, Bkt. Badong dll.

Mengenai Paduka Mimat, teringin betul saya hendak berziarah ke makamnya. Nampaknya seperti perlu juga menjelajah menyaksikan kebenaran sejarah ini.

-awanbadai-

Anonymous said...

Gambar Pedang yang terakhir dari 2 dari Kiri menyerupai Pedang Jepun (Katana) sebab mempunyai ciri hulu yang untuk pemegang 2 tangan

Anonymous said...

Gambar Pedang


1.

Pedang Melayu dan Batak Piso Podang


2 .


dari sebelah kiri Tak berapa kenal pasti bentuk '' Tipikal Pedang Dari Asia Timur ''.

Chenangkas dan Parang Nabur

Anonymous said...

Pedang Eropah sebelah kanan

= Dutch V.O.C Klewang

Anonymous said...

Assalam.. Saya tertarik kpd Acheh ditanah melayu..Saya syorkan tuan pegi ke Makan 7 beradik ( makam Nibung ) dimana terletaknya Acheh Sultanate spt yg terdapat dlm buku sejarah shelleber. Bermula dimakan itulah jatuhnya sejarah kesultanan Melaka di Phg dan kesultanan Acheh mula memerintah di Phg. That old tomb dated about 1600 and very interesting place to visit.

Anonymous said...

saya adalah salah seorang penduduk kuala selangor.. bahawasanya arwah moyang saya dahulu ialah penjaga rumah api di atas bukit kuala selangor... sebenarnya di atas bukit tersebut bukan sewenang-wenang untuk di jadikan bahan uji kaji... hasil nya.. gambar yang di paparkan di atas menjadi kabur... jadi kepada sesiapa yang ingin mengkaji sejarah bukit melawati harus lah berjumpa dengan orang tua - tua yang ada di daerah tersebut,, tanya bagaimana cara yang paling elok untuk tujuan ujikaji... sekian....

Aemierulrizaki said...

... sebenarnya di atas bukit tersebut bukan sewenang-wenang untuk di jadikan bahan uji kaji... hasil nya.. gambar yang di paparkan di atas menjadi kabur... jadi kepada sesiapa yang ingin mengkaji sejarah bukit melawati harus lah berjumpa dengan orang tua - tua yang ada di daerah tersebut,,

assalamualaikum,
berkenaan dengan komen di atas.. saya juga adalah anak jati kuala selangor dan menetap betul-betul dibawah bukit malawati dahulu, jadi sya menyokong penuh komen saudara diatas dan meminta kepada sesiapa yang berminat untuk mengkaji sejarah dan apa saja berkaitan bukit malawati silalah datang bertandang ke tanah bersejarah kuala selangor. andaian dan kepandaian tuan akan terungkai disini. maaf kalau ada yang tersinggung tetapi ini adalah kebenaran, dan demi menjaga maruah nenek moyang. wasalam.

saifulkamarudin said...

assalamualaikum.saya suka baca pendapat anda semua.terima kasih.untuk pengetahuan anda semua saya adalah keturunan bugis dan moyang saya ada dimakamkan di bkt melawati.saya pun sedang kaji asal usul keturunan saya.kalau ada sesiapa yg arif tentang keturunan daeng tolonglah ceritakan.terima kasih

budak sekolah :D said...

assalamualaikum,saya pljr ting.4 dr smk pncak alm sdg mngkji sejarah tntg bukit mlawati,boleh sye tnye dr komen2 di ats dr siapa boleh bntu saya utk jlnkn tmu rmh drpd org yg brpnglmn?

Unknown said...

senjata bugis yang terkenal ialah sundang bugis,ia dipakai bersama baju besi bugis,semasa peperangan !