-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Saturday, April 18, 2009

Asal-usul rumah Kutai di Perak (The origin of the rumah Kutai in Perak)

Assalamualaikum. Hari ini saya ada gerak bercerita yang sedikit berlainan. Mari! :]
Peace be upon you all. Today I have a slightly different 'movement' of storytelling. Come! :]




Ini adalah replika sebuah rumah Kutai yang terdapat di Kompleks Sejarah Pasir Salak, Perak...
This is the replika of a rumah Kutai (Kutai house) at the Pasir Salak Historical Complex, Perak...


Ini adalah replika sebuah lagi rumah Kutai di sana. Kedua-dua gambar di atas ini diambil daripada artikel Exploring the happenings around the 1874 Pangkor Treaty in Perak...Pasir Salak historical complex yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tahun lepas. Papan-tanda di sana menyebut Rumah Kutai adalah rumah lama orang Perak. Gambar-gambar ini diambil dalam satu perjalanan menyusuri sejarah keliling Perak sambil membuat video.
This is the replika of another rumah Kutai there. Both picture were taken from the article Exploring the happenings around the 1874 Pangkor Treaty in Perak...Pasir Salak historical complex which was made in the blogspot BERPETUALANG KE ACEH last year. The information boards there says the rumai Kutai is an olden house of the Perak people. These pictures were taken in a trip around Perak to follow its history while making a video.

Pembaca boleh melihat kembali apa yang telah disusuri melalui artikel-artikel bahasa Inggeris ini.
Readers could follow back what have been followed through these English articles.


Exploring the happenings around the 1874 Pangkor Treaty in Perak... Opening the 'act' at Tanjung Malim

Exploring the happenings around the 1874 Pangkor Treaty in Perak... Batak Rabit in Teluk Intan, a major ground where the story unfolds...

Exploring the happenings around the 1874 Pangkor Treaty in Perak... From the tomb of Keramat Kuala Bidor to that of Raja Ahmad...

Exploring the happenings around the 1874 Pangkor Treaty in Perak... From Kampung Gajah to Pasir Salak

Exploring the happenings around the 1874 Pangkor Treaty in Perak...Pasir Salak historical complex

Exploring the happenings around the 1874 Pangkor Treaty in Perak...Foraying into Beruas

Exploring the happenings around the 1874 Pangkor Treaty in Perak... The fort of Ngah Ibrahim

Exploring the happenings around the 1874 Pangkor Treaty in Perak... To Kuala Kangsar and 'beyond'


Atau anda boleh mengekori cerita yang sama melalui klip-klip video bahasa Melayu yang diletakkan di dalam blogspot CATATAN SI MERAH SILU
Or you can follow the story through the Malay video clips which was featured in the blogspot
CATATAN SI MERAH SILU


Teluk Intan dan masalah video yang sudah selesai!

Sultan Abdullah I, Laksamana Tok Janggut dan Tok Putih


Keramat Kuala Bidor


Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch - Petanda bandar Melayu yang hilang


Makam Raja Ahmad... Sekali lagi sampai waktu malam!


Sultan Jaafar dan Bandar Tua


Apa ada di Pasir Salak?


Beruas dan suasana misterinya


Ke Taiping untuk mendengar cerita di Kota Ngah Ibrahim


Menutup cerita di Bukit Chandan





Ini pula adalah gambar rumah Kutai yang baru ditemui tadi di http://www.sabah.edu.my/csr07003/unit2_2.htm . Kenapa saya sibuk mahu bercerita pasal rumah Kutai hari ini? Biarlah saya bercerita...
This in turn is a picture of rumah Kutai found just now at http://www.sabah.edu.my/csr07003/unit2_2.htm. Why am I so obsessed in wanting to tell a story about the rumah Kutai today? Let me relate the story...

Semalam saya ada perjumpaan tak dirancang dengan beberapa orang. Mereka-mereka ini adalah saudara-mara yang baru saya kenali kebelakangan ini... kerana berasal dari keturunan sama yang menurut kajian saya ada menggabungkan darah kerabat diraja Aceh dengan kerabat diraja Bugis. Cuma seorang dari mereka seperti melebihkan kaitan Bugis mengatasi kesemuanya. Saya pula tetap percaya ada banyak lagi kaitan Aceh yang tersembunyi di sebalik salasilah besar yang ditunjukkannya walaupun setiap orang di dalamnya cuma memakai nama atau gelaran Bugis.
Last night I had an unscheduled and unplanned meeting with some people. These people are relatives which I came to know quite recently... because they all came from the same lineage which according to my research have combined the royal blood of Aceh to the royal blood of the Bugis people. Its just that one of them seemed to stress the Bugis connection too much that could put it out of proportion. Me on other hand still believes that there's a lot of Aceh connection behind the big chart of genealogical tree he showed although everyone inside has only Bugis names or titles.

Paling utama dalam perbincangan kami adalah identiti sebenar seorang raja besar dan pahlawan Bugis yang dikenali sebagai La Madukelleng. Identiti sebenarnya yang berkait rapat dengan seorang pahlawan Bugis abad ke 18 Masihi dipanggil Daeng Selili membuka satu kaitan dengan Perak yang cuba dirahsiakan pihak tertentu. Sebenarnya La Madukelleng dan Daeng Selili adalah orang yang sama. Melalui perbincangan itu, baru saya tahu kenapa rumah lama Perak dipanggil sebagai rumah Kutai!
The most important thing in our discussion is the real identity of a major Bugis king and warrior who is known as La Madukelleng. His real identity which is closely linked to an 18 century AD Bugis warrior called Daeng Selili opens up a link to Perak which certain quarters tried very hard to keep a secret. Actually La Madukelleng and Daeng Selili is the same person. From the discussion, then I only knew why the olden houses in Perak is called rumah Kutai!

La Madukelleng pernah meninggalkan Tanah Bugis untuk berkerajaan di Kalimantan. Baginda kemudian membuka penempatan baru di Kutai lalu menamakannya Samarinda. Cuma sejarah rasmi tidak menceritakan baginda pernah pergi ke Perak lalu menetap di sana. Sejarah sekadar menyebut tiba-tiba muncul seorang Raja Bugis dipanggil Daeng Selili. Lalu ia menyebut baginda menjadi ipar kepada sultan Perak ketika itu, Sultan Muzaffar Shah III dan turut menjadi pengawal peribadi baginda!
La Madukelleng once left the Bugis lands to start ruling in Kalimantan. His royal highness then opened up a new settlement in Kutai and named it Samarinda. Its just official history never tells the story that he have been to Perak where he stayed next. History just mentioned that suddenly one day there appeared a Bugis king called Daeng Selili. And it further mentioned he became the brother-in-law to the then sultan of Perak, Sultan Muzaffar Shah III and he also became the sultan's private bodyguard.

Sejarah Perak menyebut Daeng Selili dianugerahkan pangkat Datuk Maharajalela dan pangkat ini dipegang keturunannya turun temurun. Lebih seabad kemudian muncul Datuk Maharajalela yang sangat terkenal dalam sejarah Malaysia kerana berani melawan penjajah Inggeris lalu membunuh residen pertamanya J.W.W. Birch tahun 1875. Kisah ini berlaku di Pasir Salak dan Kompleks Bersejarah di sana didirikan untuk mengenangkan apa yang berlaku.
The history of Perak says that Daeng Selili was bestowed with the noble title of Datuk Maharajalela and the title is inherited by his descendants. More than a century later there appeared the Datuk Maharajalela who is very famous in Malaysian history for daring to fight against the English colonialists and killed their first resident J.W.W. Birch in the year 1875. This happened in Pasir Salak and the Historical Complex was erected there to commemorate what had happened.

Menurut cerita yang mengaitkan La Madukelleng dengan Daeng Selili, baginda telah membawa orang-orang dari Kutai untuk menetap di Perak. Maka berdirilah banyak rumah Kutai yang menjadi identiti unik Perak.
According to the story linking La Madukelleng and Daeng Selili, his majesty brought along the people of Kutai to settle in Perak. So that was when plenty of rumah Kutai were built to become a unique identity of Perak.

Tadi saya tergerak membuat google search menggunakan kata-kata kunci "Rumah Kutai" lalu terjumpa gambar ketiga di atas. Yang menarik, website yang mengandungi gambar itu didirikan oleh sebuah badan rasmi Sabah sedangkan saudara yang baru saya kenali semalam, yang kelihatan seperti melebihkan kaitan Bugis juga berasal dari negeri itu.
Earlier I was moved to make a google search using the keywords "Rumah Kutai" and thus found the third picture above. What is interesting, the website containing the picture was built and maintained by a formal body in Sabah while the relative I just got to know yesterday who looks like he stressed the Bugis connection too much also came from the state.

Lebih menarik lagi, di sebelah gambar itu tertera kata-kata ini: "Reka bentuk rumah Kutai di Perak sama seperti rumah di Aceh dan Makasar (yang terletak di dalam lingkungan dunia Bugis), Indonesia. Menurut sejarah, orang Bugis dan Aceh pernah menetap di Perak." Kenyataan ini seolah mahu menjawab persoalan saya mengenai kaitan Aceh dengan Bugis. Sekian... :]
What is more interesting is, besides the picture there are these words (which could be translated as): "The design and architecture of the rumah Kutai in Perak is the same as the houses in Aceh and Makasar (which is situated within the world of the Bugis), Indonesia. According to history, the Bugis people and those of Aceh have settled in Perak." It's like this statement wants to answer my queries regarding the Aceh and Bugis connection. That's all... :]


12 comments:

anggun said...

Salam..

Kebetulan dalam mencari kaitan Bugis, Kalimantan dengan Jawa..saya ternampak artikel ini lalu saya copy and paste jer la yea:-

" Kata Kata Hikmat Dato' Onn Jaafar yang menyatukan Melayu Malaysia.Melayu Malaysia adalah hasil dari Semangat Dato' Onn Jaafar.

Kata-kata Datuk Onn yang dilafazkan pada April 1946, perlu dijadikan renungan: "Pada suatu hari kelak Umat Melayu akan bersatu di bawah satu kerajaan...semuanya akan bercantum iaitu semua negeri atau bumi yang akan mempunyai penduduk yang mengaku Melayu...kita dua setengah juta di sini hendaklah menjalankan langkah yang cermat...langkah pertama ialah menyatukan umat Melayu dalam Semenanjung ini."

Itulah cabaran terbesar Datuk Onn ketika itu, pada masa orang Melayu hidup dengan semangat suku kaum masing-masing, yang Bugis dengan Bugisnya, Jawa dengan Jawanya, Kelantan dengan Kelantan dan Datuk Onn perlu memikirkan strategi ampuh bagi menaikkan semangat mereka bersatu di bawah satu kaum dinamakan Melayu.

Untuk menentang Malayan Union sebenarnya, bukan satu tugas mudah dan Datuk Onn mencadangkan gabungan besar pertubuhan orang Melayu diwujudkan dan pada tarikh keramat 4 Mei 1946, lahir Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu atau ringkasnya, Pekembar dalam bahasa Melayu dan Umno dalam bahasa Inggeris.

Sumpahan Umno itu sendiri dicipta Datuk Onn yang membawa parti ini, mendapat daulat daripada Raja Melayu dan sebab itu, Umno bukan parti yang lahir di tepi longkang tetapi di dalam Istana."

Merbawi Jr. said...

Salam.

Kalau tengok tebar layarnya yang besar ada ciri-ciri rumah adat Aceh. Rumah Kutai sebenar yang masih didiami di seluruh Perak tinggal tak banyak lagi. Boleh dilihat disekitar Perak Tengah terutamanya. Ada antaranya masih elok terjaga dan cantik, manakala sesetengahnya telah ditinggalkan tidak berpenghuni. Saya sendiri menyaksikan dengan mata sendiri sebuah rumah Kutai di pinggir sungai Perak di Kg Gajah akhirnya menyembah bumi...

Yang banyak dan mendominasi adalah rumah Limas... Teringat catatan yang dibuat oleh Allahyarham Abdul Halim Nasir (pengkaji seni bina Melayu) tentang jumlah (tak ingat berapa) rumah kutai yang masih tinggal hasil dari perjelajahannya memudiki sungai Perak. Namun, itupun sekitar tahu 70an.

Harleny Abd Arif said...

Salaam...

Alhamdulillah...ada juga kenyataan yang boleh dijadikan sumber sokongan seperti di atas: "Reka bentuk rumah Kutai di Perak sama seperti rumah di Aceh dan Makasar (yang terletak di dalam lingkungan dunia Bugis), Indonesia. Menurut sejarah, orang Bugis dan Aceh pernah menetap di Perak."

Saya tidaklah menjalankan penelitian khusus ttg rumah kutai ini tetapi berminat mengambil tahu tentang senibina tradisional Melayu. Sedikit sebanyak relate juga dengan bahagian tertentu pada senibina masjid tua. Tak banyak, sedikit pasti terkait juga.

Pandangan saya secara peribadi semasa menjalankan observasi di lapangan...

Wujud persamaan di antara rumah adat Aceh dengan rumah kutai (saya ambil contoh rumah kutai di Kg Masjid, Lenggong, Perak). Dah banyak kali disinggung ttg papan pator, kepala cicak, papan cantik jadi kali ni saya berbicara tentang bahagian lain pula.

Wujud persamaan di antara Rumah adat Acheh, Bugis dan rumah kutai Perak. Saya beri contoh, jarak gelegar dengan permukaan tanah rumah kutai di Kampung Masjid, Lenggong. Rumah kutai (belakang surau lama) memiliki 13 anak tangga dengan ketinggiannya 2.5 meter manakala di sisi kiri surau lama pula rumah kutai dengan 11 anak tangga dengan ketinggian 2.15meter dari aras tanah. Malah, saya turut menemukan persamaan ini semasa tinjauan ke rumah Anjung Warisan di Kampung Laut, Kuala Terengganu 19 Jun lalu. Ia sama dengan ketinggian rata-rata rumah adat Acheh, juga Bugis yang melebihi aras kepala.

Kalau lebah bergantung (hanging bee) dan tunjuk langit (sky pointer) mmg wujud persamaan antara Acheh-Perak. Kalau di Acheh, lebah bergantung ni banyak terdapat di bawah gelegar. Istana Sultan Iskandar Zulkarnain yg memerintah Perak 1756-1770 seperti lakaran Abdul Halim Nasir (berdasarkan teks Misa Melayu karangan Raja Chulan) turut menemukan ukiran lebah bergantung pada kaki tiang di anjung peranginan.

Begitu juga dengan kayu buton yang seakan menjadi ciri pengenal kepada senibina rumah lama di Perak, Acheh dan Tanah Bugis. Saya cuba membuat telahan dengan mengaitkan asal usul kayu buton dengan sebuah kerajaan Buton di Sulawesi Tenggara yang mana hasil kayu adalah di antara hasil eksport utamanya. Sama ada istilah buton itu diambil merujuk kepada jenis kayu butun atau kerajaan Buton atau suku Buton lalu digunapakai dalam menamakan kayu buton di tulang perabung/tebar layar rumah tradisional Melayu.

Kenyataan berdasarkan penulisan ilmiah di www.oldmaluku.net seakan menyokong telahan dalam mencari perkaitan:

"Orang Buton (yang meliputi berbagai sub-etnis: Wolio, Wanci, Tomia,Binongko, dan Kulisusu) adalah salah satu suku bangsa di Sulawesi Tenggara yang mendiami Kepulauan Buton dan sekitarnya. Di Kawasan Timur Indonesia, mereka dikenal sebagai masyarakat maritim
bersama-sama dengan orang Bugis/ Makassar dan Mandar. Oleh karena itu,Zuhdi (1997) menyebutnya BBM: Bugis, Butun (Buton), dan Mandar,
kerana ketiganya adalah suku bangsa maritim. Mereka secara bersama-sama menjelajahi perairan Nusantara bahkan sampai ke luar batas-batas wilayah Nusantara (Ligvoet, 1877; Heeren, 1972), seperti ke Pantai Marege (Australia), Mindanao (Phlipina), Malaysia, Singapura dan bahkan sampai ke Cina (Tamburaka, 1996)."

Harleny Abd Arif said...

...sambungan

Berbicara ttg rekabentuk rumah ni sama juga keadaannya dgn bercerita tentang fesyen pakaian. Pelbagai potongan diilhamkan hasil adaptasi daripada potongan pakaian budaya lain. Kebaya kurung umpamanya adalah hasil gabungan potongan baju kebaya yang ditambah pesak dan kekek daripada baju kurung tradisional. Kebaya tradisional pula diberi nafas baru dengan mengubah potongan asli lehernya yang berbentuk V kepada potongan leher stand collar menyerupai cheongsam sehingga wujud istilah kebaya cheongsam.

Begitulah juga halnya dengan kepelbagaian bentuk rumah tradisional tempatan. Kalau dilihat hiasan puncak sahaja juga berbeza bentuk dan jenisnya. Itu belum lagi melihat bahagian lainnya. Jenis Rumah Potong Perak umpamanya terdapat pelbagai bentuk potongan bumbungnya. Rumah Potongan Perak ini terdapat juga di Perlis, Kedah dan Kelantan namun berbeza bentuknya lantaran telah diubahsuai dengan budaya setempat.

p/s: disebabkan pandangan ini bersifat telahan, jadi pasti ada kekurangan...setelah menjalankan tinjauan ke rumah adat dan masjid tua di Sulawesi Ogos depan, barulah yakin mengutarakan pandangan buat perkongsian... =)

Radzi Sapiee said...

Wassalam. OK, Harleny. Terimakasih atas perkongsian ilmu. Harap dapat terus berikan pandangan bernas sebegini. :]

nab said...
This comment has been removed by the author.
nab said...

Assalamualaikum. Reading your post makes me want to interview you since im doing an assignment on developing a learning module application on the topic rumah kutai. i have some questions here that i would like to ask n it would be great if u could help me answer it.
1. since u did several observations on rumah kutai, could u state the ornaments and any hiasan and special parts of the rumah kutai, for example, theres the lebah bergantung, the tunjuk langit, lari kucing, and i dunno if theres one inrumah kutai, but it refers to the pillars of the house. there might be specific names and purposes, it would be awesome if you could focus on that.
2. other than books by ah nasir, what book do u recommend for us future researchers to look into, since most of the nformations on the internet are kinda same and can be categorized as generic....

thnx for ur coorporation

nabilah othman
nabilah_othman@yahoo.com
fb: nabilah othman

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Thanks for the attention and interest. Unfortunately I'm hardly an expert on these matters in fact any matter. Mine is just casual observation based on circumstances met in travels while trying to understand a bit about old history. Perhaps you can refer to a friend of mine who knows better about such designs. She is doing a phd on such matters. Try to get in touch with her here... http://jejakmihrabmimbar.com/

Mohd Shafawi said...

rmah bentuk begini banyak terdapat di sekitar lekir sitiawan ,orang kampung kat lekir tu mmg tinggal di rumah yg pattern kutai) itu....nbanyak jugak rumah terbiar patern kutai nie...dtg perak lagi nnti ,pegi ke lekir,sitiawan,perak

Radzi Sapiee said...

OK...

Anonymous said...

Terjumpa laman ini semasa mencari maklumat mengenai rumah tradisional. Maklumat tentang asal-usul rumah Kutai ini saya hargai. Saya juga berharap saudara boleh memberitahu saya keunikan rumah tersebut berbanding dengan rumah-rumah tradisional yang lain dari segi bentuk dan bahan-bahan yang digunakan. Terima kasih.

D'Colouring Photo said...

Assalamualaikum, Saya berterima kasih dengan adanya artikel ini menjawab penasaran saya, saya dari suku Kutai di Kalimantan Timur selama ini heran kenapa ada nama rumah Kutai di Malaysia