Today let me put something different. Come! :]
Minggu lepas, setelah menemani isteri pergi ke kelinik keluarga di pekan Batu Arang, isteri saya terasa mahu mengposkan sesuatu untuk anak-anak di Kelantan. Kami pun pergi ke pejabat pos pekan itu. Terus saya teruja...
Last week, after accompanying the wife to the family clinic at the small town of Batu Arang, my wife feels like she wants to post something to our kids in Kelantan. We then went to the town's post office. Immediately I became excited...
Sebenarnya inilah kali pertama saya sampai ke pejabat pos ini. Melihatkan bangunan kayunya, saya rasa amat tertarik. Saya tak ingat jika saya pernah pergi ke mana-mana pejabat pos di Malaysia yang memiliki bangunan sebegini.
Seingat saya semua pejabat pos yang saya pernah pergi berbangunan batu. Sayangnya pejabat ini ditutup sehingga selepas waktu makan tengahari.
Apapun, pejabat ini ada juga bahagian yang dibuat daripada batu. Semasa sibuk mengambil gambar, datang seorang kakitangan bertanyakan apa yang saya buat. Setelah diberitahu, saya teruja dengan bangunan kayu pejabat pos ini, dia memberitahu di negeri Selangor masih ada sekurang-kurangnya 2 pejabat pos yang berbangunan sebegini. Katanya satu di Bukit Rotan, satu lagi saya sudah lupa. Sekian.








3 comments:
Salam.
Perghh... klasik
Classic FM, hehe! :]
menarik,salam kenal..jmput follow kmbali :)
Post a Comment