Di Kuala Pangsun iaitu di satu kawasan pendalaman Hulu Langat terdapat masjid kecil ini.At Kuala Pangsun which is at a rural part of Hulu Langat there exist this small mosque.
Masjid ini agak istimewa buat saya kerana menjadi tempat berehat setelah 19 jam terperangkap dalam hutan berdekatan.
Peristiwa itu berlaku tahun 2003. Ketika itu saya mahu memanjat Gunung Nuang, gunung tertinggi di Selangor dari Janda Baik di Pahang dengan niat untuk keluar di Hulu Langat.
Walaupun pertama kali memanjatnya, itupun seorang diri saya berjaya sampai ke puncak setelah lebih 7 jam berjalan kaki dan mendaki.
Masalah berlaku apabila turun dari puncak jam 6: 30 petang. Hari mula gelap sedangkan saya tidak membawa apa-apa jenis lampu.
Kegelapan yang amat sangat menyebabkan saya cuma dapat bergerak perlahan. Kemudian saya tersesat.The pitch darkness means I could only move very slow. Then I got lost.
Nasib baik saya akhirnya menemui jalan keluar. Dari jam 6:30 petang turun sehingga keluar jam 1:30 tengahari esoknya saya boleh dikira sudah tersesat selama 19 jam. Kalau campur dengan waktu mula mendaki iaitu sekitar 11 pagi, saya telah berada di hutan lebih 26 jam apalagi dalam keadaan hujan. Maka bayangkan keadaan saya yang cuma berbekalkan sebuku roti dan sebotol kecil air mineral. Di masjid inilah kemudian saya terbaring lama kepenatan dengan badan bercalar-calar, kulit kecut-kecut akibat lama berjalan dalam kebasahan...








3 comments:
Simpati dengan pengalaman. Sudah tentunya menjadi nostalgia sampai bila-bila. Silalah singgah lagi ke Masjid kariah Kg Kuala Pansun bila-bila ada kelapangan.
Haji Ismail
Ahli Kariah MKKP
Terimakasih! :]
http://masjidpangsun.blogspot.com
Post a Comment