-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Monday, November 20, 2006

Masjid lama misteri (The mysterious old mosque)


Assalamualaikum para pembaca sekalian. Di sini adalah gambar sebuah masjid lama yang agak misteri, sudah lama ditinggalkan dan tidak digunakan lagi kerana ia sekarang terletak di dalam sebuah kawasan estet kelapa sawit, tidak jauh daripada sebuah sungai utama di Malaysia. Kenapa saya gunakan perkataan "sekarang terletak di dalam sebuah kawasan estet"? Apakah suatu masa dahulu ia pernah terletak di dalam sebuah kawasan lain, mungkin sebuah bandar besar? Di manakah ia sebenarnya terletak? Kenapa masjid sebegini cantik boleh jadi masjid tinggal? Kenapa ada begitu banyak tanda-tanya?
Di sini saya ingin mengajak para pembaca membuat spekulasi sendiri, sahaja untuk perbincangan pembuka minda. Saya sendiri sudah ada sedikit jawaban tetapi biarlah orang lain menduga. Hmm... Baiklah... Saya beri sedikit petunjuk -
Apabila melihat masjid inilah baru saya faham bagaimana sejarah kegemilangan Melayu boleh dilenyapkan begitu sahaja oleh penjajah British... Bagaimana bandar-bandar yang dikuasai bangsa asing boleh naik bermula dengan Taiping tahun 1880an lalu merebak ke seluruh Tanah Melayu sedangkan orang Melayu yang pernah menerajui segala bidang ekonomi tanah-air sendiri pula terpinggir sehingga jadi tenggelam punca dan tidak kenal asal-usul serta kegemilangan sebenar bangsa sendiri!

Greetings dear readers. Here is a picture of an old mosque which is rather mysterious, abandoned and thus not in use because it is now located inside a palm oil estate not far away from one of the main rivers of Malaysia. Why did I use the words "now located inside a palm oil estate"? Maybe it's possible, once upon a time the mosque was situated within a totally different sort of environment, like a flourishing big city maybe? Where is it actually located? Why would a mosque this beautiful be left behind? Why so much questions?
Here, I'd like to invite readers to make your own speculations, just for fun, or at least to open up discussions. As for me, I do have some answers but let others make some foray OK... Well... Let me give some clue -
Seeing this mosque for the first time made me understand how whole loads of history of the greatness of the Malays were wiped out just like that by the colonial British... How, towns and cities controlled by other races began to appear on the scene with the establishment of Taiping in 1880an (the first town in Malaysia engineered by the colonialist) until the whole concept (leave the Malays out, give economic control to others) spread throughout the Malay lands while the natives which used to lead all aspects of the local economy were pushed to the fringe until they become a lost race, not knowing where they really come from and not understanding the greatness of their forefathers!

15 comments:

Anonymous said...

Masjid Lama nie masih dlm keadaan baik. Kalau ikut hati, aku rasa nak dismantle masjid ni n reassemble kat tempat lain. Tinggal kat situ pun xde maknanya.

Pernah keluar dlm NST cerita pasal masjid ni. Mostly about the condition and architectural aspect of it. no one knows the history of the mosque.

Nanti aku tanya Tajol Rosli, boleh ambik tak masjid nie?

Badrul

EQUILIBRIUM said...

salam,

masjid ini terletak sepanjang sungai perak ke? dekat dgn belah mana ni?

Anonymous said...

salam ukhwah utk semua pembaca budiman, masjid ini saya pernah melihatnya dlm tahun 90an di satu tempat kalau tak silap telok memali namanya dalam daerah kg gajah.bagi peminat sejarah rasanya tidak salah kiranya kalau kita jadikan xtvt tahunan utk bergotong royong membersihkan kawasan sekitar masjid dan berjemaah bersama. 1 lgi sebelah kg saya (kg telok sareh/lambor kanan) terdapat makam Tok Sagor Sena tapi pengkisahanya terlalu sedikit, apakah saudara ingin kesana!

Harleny Abd Arif said...

Salaam persaudaraan...

Saya tergerak membuat tinjauan ke lokasi masjid tua di Teluk Memali ini setelah dimaklumkan oleh penulis blog ttg mimbar yg masih kekal di dlmnya...Justeru, berbekalkan daya ingatan stlh berkomunikasi menerusi perbualan dgn penulis, brtolaklah saya ke sana dgn niat mnjalankan pemerhatian ke atas rekabentuk mimbar di sana. Dgn izin Allah hadirlah saya di hadapan masjid ini. Kagum melihat senibina Melayu tradisi yg diperlihatkan pada ukiran di papan pator, papan kepala cicak dan kayu buton di puncaknya. Leka merakam foto lantaran terpesona dgn hasil senibina dan hiasan ukirannya sehingga tertangguh niat asal melihat lebih dekat rekabentuk mimbar di dalamnya. Dlm kesuntukan waktu (hampir maghrib) tugas merakam foto tata letak mimbar terlaksana jua. Sayang, senibina masjid ini terbiar tanpa ada pihak yg menyelenggara. Berbicara ttg misteri pula...teringat ttg cerita masyarakat di sekitarnya bhw pernah suatu ketika seorang hamba Allah cuba memindahkan kitab lama di dlmmya...Apa yg terjadi? Dikhabarkan dia demam beberapa hari akibat tindakan trsebut. Saya turut dimaklumkan bhw ada seorang tua di kampung tersebut yang boleh dirujuk unt mendapatkan cerita di sebalik keberadaan masjid tua ini...Mudah-mudahan dia sudi berkongsi cerita dlm sesi kunjungan saya seterusnya...

Wassalam...
http://www.jejakmihrabmimbar.wordpress.com

Anonymous said...

salam.

kami pelajar ingin membuat case study and rase mcm tmpt ni menarik bg topik kami. Boleh kah sesiapa yg penah ke masjid ni memberitahu condition dan dimanakah terletaknya masjid ni sebenarnye. Sejarah atau apa2 detail mengenai masjid ni;; minta kerjasama anda :) terima kasih

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Letaknya antara Teluk Intan dan Kampung Gajah. Kalau dari Teluk Intan, selepas kawasan sawah di Sungai Manik diikuti Matang Pelanduk lepas jambatan Sungai Kinta, Jambatan Laxamana namanya kalau tak salah ingatan. Depan sikit ada simpang ke kiri. Ada papan tanda ke makam sultan, ada kampung tersusun.

Masuk lorong tu sampai habis, sampai bertemu tebing Sungai Perak. Kawasan sunyi, namanya Teluk Memali, jalan pun tak berapa elok. Dekat tebing ada simpang tiga. Masuk kanan, gerak dalam 300 meter gitu nampak le masjidnya...

Anonymous said...

estet,loji ayer dan sebarang bentuk peninggalan british or geng jahat yg kononnya sebagai faktor membangunkan ekonomi atau membangunkan malaysia sebenarnya adalah menutup kesan keberadaban tamadun melayu...bagi org islam sekitar sana..imarahkan balik masjid lama tu...InsyaAllah..ada sesuatu menanti sesiapa yang mencari...ya Allah...permudahkan aku dan sedara2 seIslamku dalam mencari keredhaanMu..

Anonymous said...

sepatutnya JKKK yang mengusulkan rancangan mengindahkan kawasan ini. apa yang dibutanya kalau tak jaga sejarah kegemilangan kg sendiri

Radzi Sapiee said...

JKKK dah takda dah sebab orang kampung dah dipindahkan ke kampung tersusun lebih dekat ke jalan raya.
Masjid ini terletak sekitar 2 km ke dalam hutan belukar pinggir Sungai Perak. Masuk lalu lorong lepas Matang Pelanduk, saya lupa nama tepat lorong. Kedudukannya kat tengan jalan Kampung Gajah ke Teluk Intan.
Kat pintu masuk lorong tepi jalan besar tu ada signboard untuk menuju ke makam beberapa orang Sultan Perak. Masjid ni sendiri terletak dalam 200-300 meter dari makam sultan ke-19. Ia melambangkan warisan lama kerajaan maka seharusnya ada pihak berwajib menjaganya. Atau kalau tak sanggup jaga kat situ cabut dan letak ke kawasan yang lebih terjaga, misalnya kat laman muzium...

Zee Noor said...

TERUSKAN PERJUANGAN!!!

Anonymous said...

saya pernah kesana dalam 2 tahun lepas rasanya...ada beberapa foto yg diambil dlm masjid yg menjadi tanda tanya...kalau ada aktiviti memakmurkan masjid ini,sila hubungi saya ismail.hashim71@gmail.com

the legend said...

Ini satu penemuan yang menarik ni, itulah tujuan org British kan? deme nak hapuihkan warisan terutamanya tempat ibadat org Islam kat kawasan tu, mentang-mentanglah tadak apa kat situ. Persoalan jugak keluor, ada makam sultan kat situ, makna kata adalah kawasan rumah org dulu-dulu kat situ..

Masjid ni kalau hidup balik, ada ke idak org akan ke sana, sebab dah takde rumah kat situ?

the legend said...

Tuan tuan tengok kat link ni:

http://www.atsa.com.my/memalimosque/galeri.html

Ini merupakan satu usaha untuk memeliharan struktur bangunan masjid lama ni. ada architect firm chadang nak pindahkan masjid lama ni dari Kg Gajah ke Ipoh dalam area perumahan...

the legend said...

CADANGAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMINDAHAN MASJID LAMA KAMPUNG TELUK MEMALI, KAMPUNG GAJAH, PERAK KE
TAMAN SERI BOUGAINVILLEA, BANDAR SERI BOTANI, IPOH, PERAK.

USAHA BERSAMA:
ATSA ARCHITECTS bersama DATO’ (DR.) AR. HJ. BAHARUDDIN ABU KASSIM,
JURUBENA BERTIGA INTERNATIONAL PARTNERSHIP, KUALA LUMPUR

UNIT SENIBINA, POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH, PERAK

JAWATANKUASA PENAJA PEMBINAAN SURAU SERI BOUGAINVILLEA, BANDAR SERI BOTANI, IPOH, PERAK

Anonymous said...

Saya menyambut baik niat dan usaha murni tuan untuk menyelamatkan warisan kita. tapi saya tak rasa dengan pemindahan masjid lama adalah satu langkah yang baik. kerana

1. takut dengan tangan2 manusia yang buta sejarah, tak tahu asal usul merobohkan sebahagian masjid untuk pembesaran masjid ini. Sehingga lah masjid ini tidak ada lagi peninggalan/seni yang tinggal. yang ada hanyalah didalam lipatan sejarah, fizikalnya sudah tidak ada.

2. masjid dan tapak asal masjid yang perlu di harmonikan. memerlukan kumpulan2 sukarela untuk baiki keadaan masjid dari masa ke masa. mungkin untuk permulaan memang tidak ada orang yang datang imarahkan masjid. tapi percayalah apabila sejarah perak mula dimuntahkan dan menjadi buah mulut orang (insyaALLAH), ketika itu, orang akan datang mencari dimana masjid ini berada seperti kita-kita semua yang datang ke masjid ini.

3. Tapak asal masjid dan persekitarannya (makam2 sultan) akan dijadikan bahan kajian sejarah. agak sedih bila tidak ada lagi masjid disitu. yang tinggal hanyalah bekas tapak masjid. dan anak2 cucu akan persoalkan. kenapa pindahkan masjid ini?

Seperti permulaan kata2 saya tadi, saya menyambut baik niat dan usaha murni tuan. rm500k bukan nilai yang sedikit, saya yakin pasti sudah berbulan2 plan ini dibuat. saya mengharapkan dan menyeru untuk sama2 menjaga peninggalan kita termasuk masjid yang dipindahkan itu. setiap inci kayu masjid itu sangat bernilai dimata orang melayu khususnya. ini bukan harta kita seorang. wallahualam. :)