-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Monday, April 25, 2011

Makam (Tomb of) Raja Alang ibni Raja Berayun

Bersambung dari Makam (Tomb of) Sutan Puasa.
Continued from Makam (Tomb of) Sutan Puasa.


Satu lagi makam yang menarik di tanah perkuburan Ampang ialah ini.
One more tomb which is interesting at the Ampang burial ground is this.





Pemiliknya adalah Raja Alang anakanda Raja Berayun, seorang pahlawan dan pemimpin berbangsa Mandailing yang hidup abad ke 19 hingga ke 20. Lihat artikel-artikel lama Makam (Tomb of) Raja Berayun dan Masjid (mosque of) Raja Alang, Beranang.

Its owner is Raja Alang son of Raja Berayun, a warrior and leader from the Mandailing sub-race who lived from the 19th century to the 20th. Look at the old articles Makam (Tomb of) Raja Berayun and Masjid (mosque of) Raja Alang, Beranang.


Cebisan yang pecah dari bangunan makam.
A broken piece from the tomb building.




Difahamkan di belakang adalah makam-makam kaum keluarganya.

It is understood behind lies the tombs of his family members.


Makam (Tomb of) Sutan Puasa





Di bahagian lain saya terlihat makam ini.
At another section I saw this tomb.





Ada sesuatu yang membuat saya ingin melihat lebih dekat.
There's something that made me want to look closer.



Tengok-tengok ada nama Sutan Puasa dalam tulisan Jawi. Ah, inilah Sutan Puasa yang disebut dalam buku sejarah sebagai salah seorang pembuka Kuala Lumpur pertengahan abad ke 19 Masihi. Menurut ceritanya beliau adalah seorang bangsawan Mandailing dari Sumatera yang membawa sejumlah pengikut mencari penempatan baru lalu terjumpa pertemuan Sungai Gombak dengan Sungai Kelang yang berlumpur. Dari situlah timbul nama Kuala Lumpur...
Upon looking closer there's the name Sultan Puasa in Jawi writing. Ah, this is the Sultan Puasa who is mentioned in history books as one of the founders of Kuala Lumpur in the middle of the 19th century AD. According to the stories he was a Mandailing (a sub-race) noble from Sumatera who brought a number of followers to look for a new settlement and found the confluence of the Gombak river and Kelang river which was muddy. It is from there came about the name Kuala Lumpur (literally the muddy estuary).



Makam Teuku Zakaria/P. Ramlee dan rakan-rakan (Tomb of Teuku Zakaria/P. Ramlee and friends)

Bersambung dari Tanah perkuburan Islam (Muslim burial ground) Jalan Ampang.
Continued from Tanah perkuburan Islam (Muslim burial ground) Jalan Ampang.



Di satu bahagian tanah perkuburan Jalan Ampang kelihatan kubur atau makam ini.
At one section of the Jalan Ampang burial ground could be seen this grave or tomb.


Inilah makam P. Ramlee seniman besar tanahair tahun 1960an. Nama sebenar beliau adalah Teuku Zakaria. Gelaran Teuku menandakan beliau berdarah bangsawan Aceh.
This is it the tomb of P. Ramlee the nation's major artist of the years 1960s. His real name is Teuku Zakaria. The title Teuku indicates he is of Aceh noble blood.


Di kanan atas makamnya pula kelihatan sebuah kubur berpagar.
At the right top of the tomb in turn could be seen a fenced grave.



Ia milik seniwati Saloma, rakan seperjuangan P. Ramlee yang kemudian menjadi isterinya.
It belongs to the female artist Saloma, P. Ramlee's comrade-in-arms who then became his wife.


Di kiri makam P. Ramlee ada kubur ini.
At the left side of the tomb of P. Ramlee lies this grave.



Ia milik pelakon dan pelawak Aman Ramlie (A.R. Tompel) yang bersama P. Ramlee pernah memeriahkan dunia senia tanahair.
It belongs to the actor and comedian Aman Ramlie (A.R. Tompel) who along with P. Ramlee have enlivened up the nation's art scene.


Tanah perkuburan Islam (Muslim burial ground) Jalan Ampang

Selingan.
Intermission.


Semalam saya telah pergi ke tanah perkuburan Islam di Jalan Ampang, tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Yesterday I went to the Muslim burial ground at Jalan Ampang, in the middle of the city of Kuala Lumpur.


Kelihatan ada banyak juga kubur atau makam yang terserlah.

Could be seen rather many graves and tombs which stand out.


Kalau tak salah tanah perkuburan ini adalah satu-satunya milik Islam di tengah bandaraya ini.

If I'm not mistaken this burial ground is the one and only owned by Muslims in the middle of this city.


Difahamkan ia telah wujud sejak Kuala Lumpur dibuka pertengahan ke penghujung abad ke 19 Masihi.

It is understood it has been in existence since Kuala Lumpur was opened middle to the end of thw 19th century AD.


Tentunya di sini ada kubur atau makam orang penting. Ada sedikit akan diketengahkan dalam artikel-artikel selepas ini. Sementara itu lihat sahaja gambar-gambar yang ada ya...

Verily there must be graves or tombs of important people. There are a few to be highlighted in articles after this. Meanwhile just look at the pictures available here...
































Masjid (Mosque of) As-Salam, Jedok, Kelantan

Satu lagi artikel dari Pantai Timur. Bersambung dari Masjid jamek (Main mosque of) Jeli.
One more article from the East Coast. Continued from Masjid jamek (Main mosque of) Jeli.




Dari Jeli saya mengorak langkah untuk ke Tanah Merah. Dalam perjalanan kelihatan masjid yang agak menarik ini.
From Jeli I set my steps to get to Tanah Merah. On the way could be seen this rather interesting mosque.




Namanya Masjid As-Salam, letaknya di Jedok.
Its name is Masjid (Mosque of) As-Salam, it is situated in Jedok.














Mari lihat ke dalam.

Let us look inside.
Ada beduk di serambi belakang.
There's a beduk (a traditional drum) behind.





Dewan solat.
Praying hall.



Mihrab.
Front-most section.