-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Sunday, March 25, 2012

Museum kecil (Small muzium of) Bitai

Bersambung dari Makam (Tomb of) Teungku di Bitai.
Continued from Makam (Tomb of) Teungku di Bitai.


Dalam kompleks makam terdapat sebuah muzium kecil.
Inside the tomb complex there exists a small museum.


Ia memaparkan perhubungan antara kerajaan Turki dan Aceh.
It potrays the relationship between the governments of Turkey and Aceh.




Seorang menteri luar Aceh penghujung abad ke 19 Masihi yang pernah meminta bantuan Turki untuk menangani ancaman Belanda.
A foreign affairs minister of Aceh end of the 19th century AD who had sought the help of Turkey to deal against the threat of the Dutch.


Ini ceritanya. Sila buka dalam window lain.
This is the story. Please open in another window.


Sultan Selim II yang pernah menghantar bantuan ketenteraan ke Aceh 1567.
Sultan Selim II who had sent military aid to Aceh 1567.




Dilahirkan 1524 baginda menaiki takhta 1566 dan memerintah sehingga 1574.
Born in 1524 his majesty ascended the throne in 1566 and ruled till 1574.


Ilustrasi meriam Aceh yang dirampas Belanda lalu dibawa balik ke negeri mereka selepas 1873. Aceh mendapat bantuan Turki untuk membuat meriam-meriam berkualiti sejak abad ke 16.
Illustration of Aceh cannons which was seized by the Dutch who then brought it back to their country after 1873. Aceh received the help of Turkey to make quality cannons sinces the 16th century.


Maklumat tentang Sultan Sulaiman Al-Qanuni yang memerintah 1520-1566. Semasa zaman baginda empayar Ottoman Turki sudah diiktiraf sebagai pusat kekhalifahan umat Islam seluruh dunia. Sultan Sulaiman melebarkan kekuasaan empayar lebih jauh. Semasa itulah Aceh mula membina hubungan dengan Turki
Information on Sultan Sulaiman Al-Qanuni (known in the West as Suleyman the Magnificent) who ruled 1520-1566. During his majesty's time the Turkey Ottoman Empire has already been recognised as the centre of the caliphate for Muslims worldwide. Sultan Sulaiman extended the power of the empire much further. It was then that Aceh started to build a relationship with Turkey.


Sultan Selim II adalah anakanda Sultan Sulaiman. Beginilah perintah Sultan Selim untuk membantu Aceh.
Sultan Selim II was the son of Sultan Sulaiman. This is Sultan Selim's decree to help Aceh.


Tentang Sultan Selim
About Sultan Selim.


Ini nampaknya lambang Sultan Sulaiman.
This looks like the symbol of Sultan Sulaiman.


Ini pula kelihatan seperti salasilah keturunan Turki yang menjadi ulamak di Bitai.
This in turn seems like the genealogical tree of Turkish bloodline who became religious masters in Bitai.


Beginilah rupa kapal-kapal yang dihantar Turki ke Aceh.
This is it the look of the ships sent by Turkey to Aceh.


Sedikit tentang masjid berdekatan. Rujuk Masjid Turki di Bitai (The Turkish mosque in Bitai).
A bit about the nearby mosque. Refer Masjid Turki di Bitai (The Turkish mosque in Bitai).


Salasilah Teungku di Bitai, pemimpin Turki pertama yang dihantar untuk mengetuai masyarakat di Aceh. Rujuk balik Makam (Tomb of) Teungku di Bitai.
The genealogy of Teungku di Bitai, the first Turkish leader to be sent to head the community in Aceh. Refer back Makam (Tomb of) Teungku di Bitai.







Makam (Tomb of) Teungku di Bitai

Bersambung dari Makam para pejuang Turki di Aceh (Tombs of Turkish fighters in Aceh).
Continued from Makam para pejuang Turki di Aceh (Tombs of Turkish fighters in Aceh).


Dalam artikel sebelum ini telah ditunjukkan bangunan terserlah yang menempatkan sejumlah makam orang besar Turki. Tetapi makam paling utama sebenarnya terletak di satu bahagian yang sedikit tersorok.
In the previous article has been shown the outstanding building which houses a number of tombs of high standing people of Turkey. But the most important tomb is actually located at a section which is rather hidden.


Di sini terdapat sejumlah makam berbatu nesan Aceh.
Here exists a number of tombs with Aceh stones.


Inilah makam Teungku di Bitai yang namanya diabadikan bagi seluruh kompleks tanah perkuburan sini.
This is the tomb of Teungku di Bitai whose name was immortalised for the whole graveyard complex here.

Beliau adalah seorang ulamak dan panglima perang yang memimpin pasukan Turki terawal ditempatkan di Aceh, dipanggil Teungku di Bitai kerana merujuk pada kawasan sekitar yang bernama Bitai. Teungku adalah panggilan bagi ulamak di Aceh. Pada papan tanda yang ditunjukkan dalam artikel Makam para pejuang Turki di Aceh (Tombs of Turkish fighters in Aceh), nama Teungku di Bitai digandingkan dengan Salahuddin. Ini sebenarnya merujuk pada Sultan Salahuddin yang memerintah Aceh semasa itu. Nama tokoh dari Turki ini boleh dilihat pada artikel yang menyusul selepas ini....
He is a religious master and war general who lead the earliest Turkish team to be dispatched in Aceh, called the Teungku di Bitai referring to the area around which is called Bitai. Teungku is a calling for religious masters in Aceh. On the signage shown in the article Makam para pejuang Turki di Aceh (Tombs of Turkish fighters in Aceh), the name Teungku di Bitai is put alongside Salahuddin. This actually refers to the name Sultan Salahuddin who ruled Aceh during that time. The name of this figure from Turkey could be seen in the article following after this...


Makam para pejuang Turki di Aceh (Tombs of Turkish fighters in Aceh)

Bersambung dari Masjid Turki di Bitai (The Turkish mosque in Bitai).
Continued from Masjid Turki di Bitai (The Turkish mosque in Bitai).


Di sebelah masjid terdapat satu kawasan lapang.
Besides the mosque there is an open area.


Ada papan tanda menyebutnya sebagai makam Tengku di Bitay (juga dieja Bitai).
There's a signage mentioning it as the tomb of Tengku di Bitay (also spelt Bitai).


Papan tanda ini pula menyebut ini adalah tanah perkuburan para komander kerajaan Ottoman, askar-askarnya serta keturunan mereka.
This signage in turn says this is the graveyard for Ottoman kingdom commanders, soldiers and their descendants.


Untuk pengetahuan kerajaan Ottoman merupakan sebuah empayar besar bertaraf dunia yang pernah berpusat di Turki.
For information the Ottoman kingdom was a big empire of world class which used to be centred in Turkey.


Ia pernah menjadi pusat pemerintahan kekhalifahan Islam dari awal abad ke 16 Masihi hingga ke awal abad ke 20.
It used to be the centre of rule for the Islamic caliphate from the early 16th century AD till the early 20th century.


Hubungan dengan Aceh dikatakan mula terjalin semasa Sultan Salahuddin memerintah Aceh (ada yang sebut 1528-1537, ada yang kata 1530-1539).
Relationship with Aceh is said to have been cemented since Sultan Salahuddin ruled Aceh (there are those who said 1528-1537, others said 1530-1539).



Sejak itu askar-askar dari Turki dihantar untuk membantu Aceh menangani penjajahan Barat di Asia Tenggara. Mereka ini berpusat di Bitai dan apabila meninggal dunia dimakamkan di sini.
Since then soldiers from Turkey have been sent to help Aceh deal with Western colonisation in South East Asia. They were centred in Bitai and when they died were laid to rest here.


Paling terserlah adalah bangunan makam ini.
Most outstanding is this tomb building.




Nampaknya ia menempatkan jasad para komander dan pemimpin masyarakat Turki.
Looks like it houses the bodies of the commanders and leaders of the Turkish community.





Masjid Turki di Bitai (The Turkish mosque in Bitai)

Bersambung dari Makam (Tomb of) Sheikh Abdullah Kanaan.
Continued from Makam (Tomb of) Sheikh Abdullah Kanaan.


Seterusnya kami pergi ke Bitai yang lebih dekat ke Banda Aceh lalu singgah di masjid ini.
Next we went to Bitai which is situated closer to Banda Aceh and stopped by this mosque.


Ia dibina masyarakat Turki yang berhijrah ke Aceh.
It was built by the Turkish community who migrated to Aceh.


Lihat ke dalam.
Look inside.


Dewan solat.
Praying hall.


Bahagian bawah kubah.
Section under the dome.


Mihrab.
Front-most section.


Makam (Tomb of) Sheikh Abdullah Kanaan



Makam utama sekitar ini terletak di dalam bangunan ini.
The main mosque around here is located inside this building.


Ia adalah milik seorang ulamak besar bernama Sheikh Abdullah Kanaan.
It belongs to a major master scholar named Sheikh Abdullah Kanaan.


Beliau dipercayai datang dari Tanah Arab ke kerajaan Perlak di Pulau Sumatera lebih 800 tahun lalu.
He is believed to have come from the Arab lands to the kingdom of Perlak in the island of Sumatera 800 years ago.


Sheikh Abdullah Kanaan kemudian menemani seorang anak raja bernama Johan Syah pergi mengembangkan Islam di kerajaan Lamuri yang berpusat kira-kira 40 km ke timur Banda Aceh.
Sheikh Abdullah Kanaan then accompanied a prince named Johan Syah to go and spread Islam to the kingdom of Lamuri which is centred about 40 km to the east of Banda Aceh.


Kerajaan Lamuri berjaya diIslamkan dan tidak lama kemudian Johan Syah diangkat sebagai raja baru.
The kingdom of Lamuri was succesfully converted to Islam and not long after Johan Syah was installed as the new king.


Johan Syah kemudian ke Banda Aceh lalu membuka kerajaan baru di Kandang Aceh. Di situ terdapat makam sejumlah anak cucunya yang naik kerajaan bersama keluarga mereka. Lihat Makam Raja-raja Kampung Pande (Tombs of the kings of Kampung Pande).
Johan Syah then went to Banda Aceh and opened up a new kingdom at Kandang Aceh. There exists a number of tombs of his descendants who became rulers and their families. Look at Makam Raja-raja Kampung Pande (Tombs of the kings of Kampung Pande).


Sheikh Abdullah Kanaan pula berperanan besar mengajar agama Islam dengan lebih terperinci kepada semua yang ditemui. Malah dipercayai beliau adalah guru kepada Johan Syah.
Sheikh Abdullah Kanaan in turn had a big role teaching the religion of Islam in more detail to all they've met. In fact it is believed he was the teacher to Johan Syah.




Makam-makam lama sekitar makam Abu Kuta Karang (Old tombs around the tomb of Abu Kuta Karang)

Bersambung dari Makam (Tomb of) Abu Kuta Karang.
Continued from Makam (Tomb of) Abu Kuta Karang.


Di sekitar bangunan makam Abu Kuta Karang terdapat banyak lagi makam-makam lama.
Around the tomb building of Abu Kuta Karang there exists much more old tombs.




Batu-batu nesannya kebanyakan dari jenis batu Aceh.
The tombstones are mostly of the Aceh stone type.








Namun ada sejumlah yang memakai batu bulat sungai.
Still there's a number which uses rounded river stones.