-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Friday, April 11, 2014

Masjid (Mosque of) Baitul Istiqamah, Gelumpang Tiga



Masuk waktu senja kami singgah di masjid ini.
As dusk enters we stopped by this mosque.







Masjidnya agak besar dan cantik. Kami solat Maghrib dan Isyak di sini...
The mosque is rather big and beautiful. We did our Maghrib (dusk) prayers and Isyak (after dusk) here...























Satu masjid persinggahan Sultan Iskandar Muda di Pidie (A mosque where Sultan Iskandar Muda stopped at in Pidie)




Petang jam 4.30 kami singgah ke masjid ini.
Afternoon at 4.30 we stopped by this mosque.







Di sebelahnya ada bangunan masjid ini.
Besides it is this mosque building.



Kami diberitahu Sultan Iskandar Muda yang memerintah Aceh 1607-1636 selalu bersolat di sini. 
We were told Sultan Iskandar Muda who ruled Aceh 1607-1636 often prayed here.



Masih ada lagi batu lantai dari masjid lama zaman itu. Yang lain adalah binaan baru...
There still exist concrete/stone floor from the old mosque of that era. The others were built anew.







Satu lagi tinggalan dari zaman 400 tahun lalu itu adalah ukiran kayu.
Another remnant from that era 400 years ago are wood carvings.



Ia adalah bahagian atas mimbar lama.
It is the upper part of the old pulpit.



Masjid jamik (Main mosque of) Al-Ittihadiyah, Seulimeum



Setelah beberapa lama kami masuk ke jalan besar. Singgah di Seulimeum di mana terdapat masjid ini untuk sarapan lewat...
After some time we entered the main road. Stopped by at Seulimeum where lies this mosque for a late breakfast...







Saya mengambil peluang untuk melihat masjid.
I took the chance to have a look at the mosque.



Mari ke dalam...
Let us go inside...



















Masjid (Mosque of) Teungku Fakinah




Kami juga singgah di sebuah masjid lama yang didirikan seorang pejuang wanita.
We also stopped by at an old mosque built by a female fighter.







Namanya Teungku Fakinah, dilahirkan tahun 1856.
Her name is Teungku Fakinah, born in the year 1856.







Selain gigih menentang pencerobohan Belanda, beliau juga merupakan seorang ulamak besar.
Apart for from perseverance in fighting the Dutch invasion, she was also a major religious master.















Makam seorang alim di pendalaman (Tomb of a knowledgeable person inland)



Perjalanan di kawasan pendalaman diteruskan menghala ke selatan. Singgah di bangunan makam ini yang terletak di tepi jalan.
Journey through rural area was continued heading south. Stopped by at this tomb building which is located besides the road.



Saya diberitahu ia makam seorang alim yang sangat dihormati masyarakat setempat.
I was told it is the tomb of a knowledgeable person very much respected by the local community.



Orangnya dikatakan bertaraf wali dan memiliki ramai anak murid.
The man is said to be of saintly status and had many students.



Katanya pernah ketika sedang mengajar beliau tiba-tiba mengambil air lalu menyiramkannya ke satu arah. Apabila ditanya kenapa berbuat begitu dia menjawab ada kebakaran di Mekah lalu beliau menolong memadamkannya.
It is said that once while teaching he suddenly fetched water and showered it to a direction. When asked why he did that he said there was fire in Mecca and he was helping to put it down.




Makam raja-raja Darul Kamal (Tombs of the rulers of Darul Kamal)

Salam Jumaat. Masuk hari ke-3 perjalanan di Aceh 23-30 Mac.
Peace be upon you this Friday. Entering the 3rd day of the Aceh trip 23-30 Mac.


Selasa 25 Mac 2014. Kami mengambil satu jalan pendalaman kampung keluar dari Banda Aceh lalu singgah di kompleks pemakaman ini.
Tuesday 25th Mac 2014. We took an inland rural road out of Banda Aceh and stopped by at this tomb complex.







Ia adalah kawasan pemakaman raja-raja Darul Kamal.
It is the tomb area for the rulers of Darul Kamal.











Darul Kamal adalah sebuah kerajaan lama yang pernah berdiri sendiri lebih 500 tahun lalu.
Darul Kamal was an old kingdom which used to stand independently more than 500 years ago.







Sekitar tahun 1490 ia diserapkan ke dalam kerajaan Mahkota Alam yang sedang diperintah Sultan Munawar Syah.
Around the year 1490 it was absorbed into the kingdom of Mahkota Alam which was then ruled by Sultan Munawar Syah.







Cucunya Sultan Ali Mughayat Syah yang menaiki takhta sekitar 1511 pula menggabungkan Mahkota Alam dengan beberapa kerajaan lain untuk membentuk kerajaan besar Aceh Darussalam.
His grandson Sultan Ali Mughayat Syah who ascended the throne around 1511 in turn combined Mahkota Alam with a number of other kingdoms to form the big kingdom of Aceh Darussalam.