-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Friday, April 10, 2015

Muzium Kraf (Craft Museum), Jalan Conlay

Salam Jumaat. Beralih ke Kuala Lumpur...
Peace be upon you this Friday. Changing course to Kuala Lumpur...


Selasa baru ini saya ke Kompleks Kraftangan di Jalan Conlay. Ada Hari Kraf Kebangsaan 2015 yang akam tamat malam itu.
The recent Tuesday I went to Kompleks Kraftangan (handicraft complex) at Jalan Conlay. There is the Hari Kraf Kebangsaan (national craft day event) 2015 which would end that night.


Saya sudah pergi ke kompleks ini beberapa kali. Tetapi baru kali ini tahu ada Muzium Kraf di dalamnya.
I have been to the complex a number of times. But it was only this time that I came to know there is a Craft Museum inside it.


Saya pun masuk ke dalam...
I then went inside...

















Nampaknya terdapat banyak pameran menarik...
Looks like there are many interesting exhibits...








Wednesday, April 08, 2015

Galeri Arkeologi (Archaeology Gallery of) USM, Pulau Pinang



Adapun saya pergi ke Pulau Pinang itu  bersama 2 orang kawan. Selepas makan tengah hari kami singgah di Galeri Arkeologi yang terletak di bahagian lain USM.
As it is I went to Pulau Pinang with 2 friends. After having lunch we stopped by at the Galeri Arkeologi (Archaeology Gallery) which is located at another section of USM.


Galeri ini diselenggarakan oleh PPAG, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM.
This gallery is maintained by PPAG, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (Global Archaeology Research Centre), USM.




Sampai sahaja ke bahagian pameran kelihatan paparan yang menunjukkan lakaran pergerakan manusia awal menurut apa yang dikenali sebagai teori "Out of Africa:
Upon reacing the exhibition section could be seen a display showing sketch of movement of early human being according to what is known as the "Out of Africa" theory.


Hampir semua paparan menunjukkan hasil kajian PPAG.
Almost all displays show results of research by PPAG.





Saya diberitahu bahawa 80% kajian arkeologi di Malaysia dijalankan oleh PPAG
I was told that 80% of archaeology research in Malaysia is/was done by PPAG.





Turut bersama kami melihat pameran ketika itu adalah Profesor Dr Stephen Oppenheimer daripada Oxford University, England.
Also with us looking at the exhibition is Profesor Dr Stephen Oppenheimer from Oxford University, England.








Pada artikel Masjid (Mosque of) USM, Pulau Pinang ada disebut kami ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu acara. Ia adalah pembentangan ilmu daripada Oppenheimer yang terkenal dengan buku bertajuk "Eden of the East".
At the article Masjid (Mosque of) USM, Pulau Pinang there is mentioned that we went to Pulau Pinang to attend an event. It was a presentation of knowledge by Oppenheimer who is famous for a book titled "Eden of the East".



























Masjid (Mosque of) USM, Pulau Pinang

OK, ini pula di Pulang Pinang.
OK, this in turn is in Pulau Pinang.


Dua hari lepas saya telah membuat perjalanan balik hari ke Universiti Sains Malaysia atau USM di sana untuk menghadiri satu acara. Singgahlah di masjid universiti...
Two days ago I made a day trip to go to Universiti Sains Malaysia (Malaysia Science University) or USM there to attend an event. Made a stop at the university mosque.


Masuklah ke dalam untuk melihat keadaannya...
So I went inside to have a look at its condition...























Monday, April 06, 2015

Masjid (Mosque of) Ulu Bendol, Negeri Sembilan

Salam. Sedikit daripada perjalanan ke Negeri Sembilan Sabtu lalu.
Peace be upon you all. A bit for a trip to Negeri Sembilan last Saturday.


Dalam perjalanan ke Seri Menanti dari Seremban kami terlihat masjid ini.
On the way to Seri Menanti from Seremban we saw this mosque.



Kami pun singgah...
Thus we made a stop...


Selamat datang ke masjid Ulu Bendol.
Welcome to the mosque of Ulu Bendol.



Lihat ke dalam...
Looking inside...