-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Tuesday, May 28, 2013

Masjid (Mosque of) An-Nafiq

Bersambung dari Gua (The cave of) Hira'.
Continued from Gua (The cave of) Hira'.


Lewat petang itu saya dan isteri mencuba satu laluan baru dari hotel kami ke Masjidil Haram. Laluan ini jauh sedikit, harus masuk ke dalam sebuah terowong sebelum keluar di satu kawasan yang kalau tak salah dipanggil Ajyad lalu saya terlihat masjid ini...
Late afternoon me and wife tried taking on a new route from our hotel to the Masjidil Haram (holy mosque of Mecca). That route is a bit long, entering a tunnel before coming out at an area which if not mistaken is called the Ajyad where I saw this mosque...


Pada papan tanda tertera namanya sebagai Masjid An-Nafiq.
On the sign board is shown its name as Masjid (mosque of) An-Nafiq.




Saya pun masuk ke dalam untuk melihat sebentar...
 I then went inside to have a look for a little while...




Cukuplah untuk memasukkannya ke dalam koleksi tempat-tempat yang dilawati di Mekah dan Madinah.
Enough to make it into the collection of places visited in Mecca and Medina.






Gua (The cave of) Hira'

Setelah beberapa lama sampailah kita ke satu tempat yang sangat ingin saya ziarahi di Mekah...
After some time so we reached a place which I really wanted to visit in Mecca...


Awal pagi selepas Subuh Rabu 10 April 2013. Pemandangan di hadapan Gua Hira' menunjukkan sudah ramai pengunjung menunggu mahu masuk ke dalam.
Morning after Subuh (the before dawn prayers). The view in front of the cave of Hira' shows many visitors already waiting to get inside.


Gua ini terletak ke bawah sedikit dari puncak bukit yang dipanggil Jabal Nur. Ini adalah pemandangan dari atas batu sekitar 10-15 meter ke bawah puncak.
This cave is located a bit lower than the summit of the hill called Jabal Nur. This is a view from on top a rock about 10-15 metres below the summit.


Di sinilah Nabi Muhammad SAW sering mengasingkan diri dari masyarakat Mekah zaman jahiliyah. Di sinilah kemudian baginda mendapat wahyu yang menyuruh baginda berdakwah menyebarkan Islam.
It was here that Prophet Muhammad SAW often secluded himself from the community of Mecca during its ignorant time. It was here then he received the revelation asking him to preach and spread Islam.


Guanya tidak sebesar mana, sekadar muat 2-3 orang dewasa berdiri.
The cave is not that big, just enough to contain 2-3 standing adults.


Ini adalah gambar yang diambil malam sebelumnya. Untuk pengetahuan saya dan isteri telah bermalam di sini. Lihat artikel Climbing up Jabal Nur in the dark di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
This is the picture taken the night before. For information me and wife spent the night here. Look at the article Climbing up Jabal Nur in the dark in the blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Monday, May 27, 2013

Masjid (Mosque of) Hudaibiyah



Di sebelah tinggalan masjid lama terdapat masjid lebih baru ini.
Besides the remains of the old mosque lies this newer mosque.


Inilah yang diketahui ramai sebagai Masjid Hudaibiyah.
This is the one known to many as the mosque of Hudaibiyah.




Ia adalah satu lagi tempat miqat iaitu tempat berniat untuk menunaikan umrah.
It is another miqat place which is the place to set intention for conducting the umrah (an act of pilgrimage worship).






Masjid lama (Old mosque of) Hudaibiyah

Masuk hari ke-3 berada di Mekah...
Entering the 3rd day we're in Mecca.


Pagi Selasa 9 April 2013. Selepas melawat sebuah ladang unta kami pergi ke sebuah masjid lama.
Tuesday morning 9th April 2013. After visiting a camel farm we went to an old mosque.


Ia adalah tinggalan lampau dari lebih 1, 400 tahun lalu.
It is a remain of old from more than 1,400 years ago.


Letaknya di Hudaibiyah, tempat Perjanjian Hudaibiyah, perjanjian damai antara orang Islam Madinah dan orang kafir Quraish Mekah diadakan.
Its location is in Hudaibiyah, the place where the Hudaibiyah Treaty, a peace treaty between the Muslims of Medina and the non-believing Quraish (tribe) of Mecca was held.